Tuesday, March 13, 2012

Kasih Seorang Suami


Jam menunjukkan hampir ke angka 12 tengahari. Aku sedang leka menaip entri ini. Ewaaah! Macam nak karang cerita la pulak. Huhu. Tetapi, ini serius. Bukan lawak Pak Pandir lagi dah. Entri kali ini membicarakan isu serius tentang rumahtangga. Memang semenjak berumahtangga ni, entri aku banyak berkisar mengenai soal berumahtangga. Bukan cerita bujang-bujang lagi dah.

MIMPI
Mimpi? Mimpi dan aku. Aku dan mimpi. Mimpi dan kamu semua. Haha. Semua orang pernah bermimpi bukan. Begitu juga aku. Masuk yang malam tadi sudah dua kali bermimpi benda yang sama. Aku bermimpi, aku berlari-lari seperti berlumba-lumba dengan manusia lain untuk mengejar title pemenang. Namun, dalam latihan aku untuk berlumba lari, aku dilatih oleh seorang komender yang tegas dan kasar. Orang itu bukan suami aku tapi orang tua dewasa lah. Aku macam pernah nampak orang tu, tapi tak ingat dekat mana (tak tahulah kalau orang tua itu selalu muncul kat TV kan, aku ni memang suka menonton drama) haha. Semasa dalam sesi latihan itu, aku merasakan sangat penat macam nak tercabut  terpisah kaki lutut aku ini dari badan. Mana taknya, banyak kali round jugaklah kena lari. Lama-lama aku menangis. Terduduk. Aku penat. Aku tak larat.

Dalam mimpi itu aku menangis. Dan rupanya, di luar mimpi juga aku menangis. Tiba-tiba, aku dipeluk oleh dua tangan yang aku cukup kenal dengan tangan itu. Tangan itu memelukku erat. Dalam pelukan itu, ada suara yang berlalu di telinga aku, "Sayang, abang ada dengan sayang ni. Abang tak tinggalkan sayang. Sayang jangan takut." Masa dengar suara tu, aku perlahan-lahan hilang tangis di situ. Aku bangun, dan kembali berlatih berlari. 

Sampailah di hari pertandingan itu. Aku pun berlari. Lumba lari. Dan aku menang. Tup3! Aku terjaga. Tangan itu masih memelukku. Erat. Aku tangkap sayu pulak. Dan, aku terus tengok jam. Pukul 2.30 pagi. Mataku terpejam kembali. Terus lemas dalam pelukan itu.

Aku dan Suami.
Dalam dunia aku dan suamiku. Kami selalu lah jugak bercanggah pendapat. Tiap-tiap hari ada saja yang tak kena. Namun, perkara seperti itulah yang membuatkan kami saling mengerti dan memahami antara satu sama lain. Apa yang ya dan apa yang tidak. Malah, apabila berjauhan, percanggahan anatara kamilah yang sentiasa menjadi kenangan manis buat kami untuk dirindu-rinduan. Dan apabila tiba malam untuk aku mengigau, dialah suamiku yang menjadi teman untuk tenangkan aku. Ya Allah! Sayunya. Semoga kami menjadi hambaMu yang soleh dan solehah. InsyaAllah. Amin. Oleh itu, sayangilah mereka yang ada dengan kita sebaiknya, lindungi dan jagailah mereka kerana Allah. Kerana ukhwah yang dibina atas nama Allah sangat indah. InsyaAllah ^^

Sekian untuk entri kali ini :"> 

Thursday, March 1, 2012

Vanilla Coklat dan Kami ♥

VANILLA COKLAT ? 


Sinopsis ? Anda-anda bolehlah pergi ke alamat di sini. Hehe. Cerita ni tentang 2 orang remaja yang muda lagi belasan tahun nak masuk 20-an. Dan asalnya mereka berdua ni tidak sehaluan, sokmo gaduh kat kolej. Pantang jumpa, mesti gaduh dan ada saja yang tak kena. Tapi, akhirnya mereka dipaksa kahwin atas sebab family mereka sudah kenal lama dan inginkan persahabatan mereka sesama keluarga dikekalkan selama yang mungkin. Best!

VANILLA COKLAT dan KAMI 


"Abang! Malam ni jangan lupa tau, Vanilla Coklat pukul 9". Ai jerit dari dapur.
"Jangan lupa tu, setting siap2 streaming tv3 nye tuh."..
"Yelah3, tengah setting dah ni"..

Jam menunjukkan hampir pukul 9. Tapi kitorg tengah ngajar budak ngaji lagi nih. wuwu. sadis. :p Tak lama tu, kitorg siap da ngaja dak ngaji. Masa tu jam pukul 9.15 dah. huhu. Lalu tercongoklah kami duk depan laptop. huhu. Makluman: Rumah kami takdak en. TV. tapi ada en. Stemix..kih3..alhamdulillah..

Masa duk tengah melayan Vanilla Coklat tu, tetbe gambar blurrr, pastu channel cam on off tau. aduhlah... (besela, guna streaming online kan)..en. abam pun cakaplah..

"Dahlah, donlod je cite tu mlm ni..okey?"..
"sedih!" hahaha..yela yela..

KAMI

Kami minat cerita ni sebab kelakar, dan sebab diorg tu Zara dan Amir adalah pasangan husband and wife yg muda. lebe kurang kamilah. hahaha. Kalau bab-bab romantikus tu ada, nanti en. abam ai ada lah modal die buat yg sama macam Amir tu buat. If Amir buat kat wife dia Zara, then my en. abam buat kat ai lah..ngahahaha.. macam ngape :p salah satunya yang time Amir dah fall in love kat Zara tu, yg Amir kata..

"Zara, am really really love you, really really love you" dengan lagi satu ni..
"I tak kisah kalau apa-apa jadi kat I, but not you"...ngahahaha :)

Memang nak tergelak jek.. pastu sejak da nak episod last-last ni, banyak part sedih, then kami sama2 menangis dan sedih..huhu  "sedih!" haha


Papepon layan jek la :) Alhamdulillah, Allah masih kurniakan kami perasaan cinta dan sayang sesama kami. semoga ia berkekalan hingga ke syurga. Amin. To ol of u too! ^^

Monday, January 2, 2012

Al-kisah tentang 'poyo'


Assalamualaikum wbt! :)
sihat sume? (okeylah, suke sy nk highlight kat sini, siyes mmg takde org view blog ni..hihi..tp one n only person yg mmg top sure yg visit my blog ialah....jeng3...my husband! miahaha..poyos je sibah ni.:p haip! biorlah, tak matinye..hihihi)

Al-kisah, semalam sy, my bby boy (ngahaha) dan mertua pergi ke sekolah. Sekolah? Yep! haha. Pergi sekolah hantar adik ipar sy daftar sekolah daaa.. (^,^) Nur Naqiah Iffah ini nak masuk tingkatan 5 sudaa. huhu. Ganbatte kudasai tau Yah! Semoga cita-cita yang dihajati tercapai. oyeah! Lepas selesai daftar tingkatan (yuran), asrama dan koperasi. Kami berlalu pergi keluar membeli sedikit barang kepunyaan Yah sebab ada barang tertinggal. Kisah tentang poyo berlaku ketika mak mertua dan Yah dah turun pergi masuk pasaraya, dan tinggallah sy dan my hubby kat kereta. Bacalah sketsa di bawah :

Hubby : Bby nak keluar tak?
Sy : Tak naklah, buat ape, kita takde barang nak beli pun..
Hubby : Jom je la, jalan2 je dalam pasaraya tu..
Sy : Yela sayang! (Sekali suami da cakap 'Jom' tu, memang jarang sy kata 'xnak' huhu)

Masa sy nak buka pintu tu, tetiba hubby dah kunci pintu. Dia duk luar dah. Saja nak main2. Dalam hati masa tu kata, 'Apa abg ni, main2 pulak' plus dengan  muka cam marah sikit. Haha. Tak guna pun buat muka marah, sebab dia dah ready jelir lidah kat sy. Pastu hubby unlock balik pintu, sy pun cepat2 bukak pintu. yeah! lepas pun. Tetiba dia marah (main2 je tu, buat orang cuak)..

Hubby : Ish apa buat macam tu, rosaklah kereta ni..
Sy : dah abg buat tadi tu, baguslah.?.(ish3, xbagus menjawab macam ni..astaghfirullah.ngee)

Tetiba masa duk menyalah2 tadi, ada seorang pompuan cun dukung sorang bayi pompuan, comel! Lepas tu dan2 hubby tarik tangan sy dan...

Hubby : Bby, cepatlah jalan. Mak tunggu kat dalam dah tu..(tetiba berubah jadi romantikus)
Sy : Lorh abg ni, tetiba jek, tadi garang ngan ayg..pape jek (pelik)
Hubby : Ish mana ada lah, syg silap dengar kut..
Sy : Hmm...yelatu..
Hubby : Meh sini pegang tangan, xmaulah lepas2, abg syg bby lah..
Sy : (ceit hubby aku ni, bior betui..poyo gak die ni..takpela..papepun, bila dia buat macam tu, macam kelakar, nak tergelak pun ada)

Sekian tamat.
Ngee.
Moral of the story : Lelaki ni nilai harga dia tinggi. Jadi jarang dia pamerkan sikap negatif dia pada orang lain. ngahaha. Sampaikan sy minta 'Sabun Misai Kucing' kat hubby, tetiba die jerit kata

Hubby : Laa, kan tadi abg da tanya nak beli ke tak sabun tu..
Sy : Ayg nak sabun Misai Kucing, bukan Sabun Susu kambing..
Hubby : Pelik la awk ni..
Sy : (hai, aku pulak yg pelik)

Tengok, dia memang takkan ngaku dia salah, dan sy sebagai isteri jua wanita dalam hidup 'lelaki ini', sy gembira bila jadi macam tu, sebab kelakar.hahaha ;) Takpelah, mengalah je, insyaAllah..semoga pahala untuk kita deh..amin..;)

Wednesday, December 28, 2011

Isteri Idaman Suami

Hari ini 29/12/2011. Hari ini adalah detik-detik pengakhiran 2011. Alhamdulillah, aku masih berada di bumi waqafan ini, dan masih dapat bersama dengan Mr. Baby Boy (miahaha :p) dalam menjalani hidup penuh pancaroba ini. Aku bersyukur kepada Rabbku. Alhamdulillah100x. Kebahagiaan itu bukanlah terletak pada banyaknya ketawa dan senyum sahaja, tetapi pada ketawa dan menangis bersama. Dengan ini, saya ingin menghadiahi diri saya sebuah sajak sebagai perkongsian pengalaman bersama dengan visitor2 saya (yg entah berapa kerat, entah2 takde pun, bunyi burung je kut yg ada..haha..takpelah, sila bersyukur)...

Kelmarin, aku tersenyum mengingatkan cincin emas yang disarung olehmu ke jari manisku..
indah..banyak mata yang melihat..
aku dan kamu serasa menjadi raja dan ratu sehari..
kamu katakan "cantiknya awak hari ni.."
aku menjawab.. " hihi..yeke?terima kasih..abg pulak kacak sekali.." 

hari ni, di rumah kita..
bila kamu bertanya .."Bby, mana kunci motor abg?"
isteri jawab " ha?semalam abg letak mana?kan abg je yg pakai motor tu, letak mana pastu?"
"memanglah, awk la patutnya amek tahu abg letak mana..."
dalam hati.."hohoho..begitukah?"

itu tandanya dia memang jenis tak hamek kisah sangat dengan barang2 kecik dan remeh-temeh(kunci motor dan kepit kuku tu benda kecik hokey), suka letak barang rata-rata pastu tanya kat kita pastu bila cari selalu tak jumpa, pastu akan tanya ke kita jugak, dan kita lah yang kena carikan jugak..

sebenarnya...kita ini sebagai isteri...jeng3
if oul's dapat suami sebegini..u ol's cuma kena beri banyak perhatian terhadap usben2 uol's..antaranya...
.....
......

1. Bila dia balik, kena siap sedia depan pintu (dengan comel dan miut nye), sambut Mr. Bby dengan senyuman dan peluk dia dari belakang :)

2. Siapkan hidangan untuknya, nasi + lauk dalam pinggan, mesti berada dekat dengan dia, kalau boleh makan dgn mr. bby sekali..hokey!
p/s: tapi if mr. bby korang jenis suke amik senirik it's okaylah, tapi kalu buat pun xsalahnyee..

3. Then, bg dia rehat (kalau boleh jgn bagi ur hubby baring terus, bahaya! sebab perut cepat buncit if baring lepas makan..ngee)..agak2 dah timing die nak tidur, pergi amekkan bantal, buka butang2 lengan baju dan yg sama waktu dengannya, agar si manje (uhuk3) dapat rehat dgn selesa...sambil belai2 rambut + urut kaki + belai kaki = smpai si manje tertidur..haha..jgn lupa juga untuk set alarm! hehe. 

4. Kejutkan si manje dgn penuh syahdu merdu (hokey!) Contohnye : "Bby, bangun bby, da pukul 1.45 ni..chupppp!(cium pipi) nti lmbat pulak..meh sini anje urut belakang"..tarik badan si manje dan urut kepala dan badan belakang dengan cergas..urut+picit ye bukan belai..^^

5. Siapkan tuala untuk si manje mandi, then lepas dia ready nk pergi kerja semula, hantar si manje hingga ke depan pintu. minta dia hadiah iaitu ciuman, dan beri juga hadiah ciuman kembali, dan cium tangan si manje anda..dan kalau boleh, bile si manje agak dah jauh dari muka pintu, jerit sikit.."Assalamualaikum sayang!" haha (hokey! sy selalu buat macam ni..agk2 mr.bby xjawab sy akan buat lg,smpai dy jwb..tapi kalau smpai 3 kali xjwb..confirm telinga dia kurang tangkap la tu)

6. Kita kena pastikan rumah sentiasa indah dan tersusun rapi barang2. Barang2 kepunyaan si manje haruslah di letakkan dengan tertib dan anda mesti tahu di mana barang2 itu berada supaya apabila si manje inginkan barang itu, anda sudah tahu posisinya.

7. Anda kena tahu benda apa yg disukai dan benda apa yg tidak disukai oleh si manje anda, contohnya: si manje sgt tidak suka anda masak lewat, basuh baju lewat, kemas rumah ala kadar, dan macam2 lagi..anda sebagai isteri harus bijak menguruskan rumahtangga..^^ (sy pun masih belajar nih. serius banyak lagi mende tak settle. kire, kena mantopkan lgi)
..........................................................................
hokeylah! insyaAllah..setakat ini dulu :) nanti sy update lagi hokey..
sebagai isteri, apa jua tanggungjawab dan kerja harian yg kita dah buat tuh, at last kita kembalikan kepada Allah urusannya..semoga pahala untuk kita ameen.. ;)




Wednesday, December 14, 2011

Dapatkan satu Samsung Galaxy W untuk keperluan anda!!!


campaign image



Most Wonder-ful Galaxy Series!!!

Looking for mobility and connectivity on-the-go without burning holes in your pocket? 

Look no more, designed for the fast and furious, the Galaxy W serves with 1.4GHz processor and a spacious 3.7” touch screen. With this impressive gadget in your hand, you’ll be gaming, video-viewing and web-browsing at every corner! And hey, it’s built with mammoth memory of 4GB!

Sekarang, awak nak kan satu? Klik sini : Samsung Galaxy W huhuhu~!

Monday, December 12, 2011

Suara yang menyumpah!

Suara itu kedengaran lagi. Ahh! Hatiku terasa disiat. "Kakak! tengoklah adik tu!!!!!"jerit makcik blok sebelah aku. Mungkin anaknya ralit bermain sendirian sehingga adiknya menangis menjerit-jerit yang tak tahu mengapa. Suara itu memang menyakitkan. Menggeramkan. Haih! Allah! Tiap-tiap hari berbunyi. Bila suara itu berzikir untuk menidurkan anaknya, suara itu tetap akan kedengaran sehingga ke rumah aku. Padahal blok lain-lain.Pergh! 'Makcik, suara makcik memang kalah Jaclyn Victor dengan Adibah Nor'. Serius memang aku jadi menyampah. Buatkan aku tiap hari fikir apakah hikmahnya di sebalik situasi ngeri ini. Oh Allah! >.> runsing. Apa yang makcik ni selalu suarakan adalah, time berzikir untuk tidurkan anak dia, time marahkan anak dia, time bercakap dengan anak dia. Semuanya dilakukan dengan menggunakan suaranya yang super duper high volume. Mungkin suara makcik nih memang macam tu. Tiap kali berbunyi je suara makcik ni, aku rasa macam nak pasang lagu Nowseeheart tu bertajuk Damai yang hilang. wuwu (O_o") nak pasang kasi kuat-kuat, bagi makcik tu terdengar sikit. Sikit pun jadilah. Aku tahu rumah aku takde tv, jadi mungkin Allah nak kasi drama berbentuk audio free kat aku, supaya aku faham bahawa jadi Ibu ni memang macam tu, iaitu kerja ibu ni tiada hentinya, sampai kena cakap kuat-kuat bagi melepaskan tensi dalam diri tu sekali.Bling3! ~,~ hoho, senyap sebentar dari suara itu, mungkin anaknya dah tidur.huuuuuuu....shruuu shrruuuu..angin damai menyusup masuk ke rahang jiwa aku ni. Oh Allah! Posotifkan aku selalu ~~

Wednesday, November 30, 2011

Telusuri Rongga Hati Bernama Isteri

Ehem3! Tajuk atas memang nampak macam sy nak buat karangan sastera kan?hir3. Idok pong sebenarnya. Cuma nok coret-moret sikit ja. Tatkala, jejari sy ni terasa nak pukul2 keyboard lappy malam ni. kuang3 ^^. Semenjak mempunyai title isteri ni kan, terkadang sy akan ter'recall' semula zaman2 ribena muda-mudi dahulu. Serius 'adventuring and challenging'! Yelah, sewaktu di UiTM dulu, asal nak pergi mana-mana tempat je, tak kisahlah dewan makan ke, kedai2 pasaraya ke, shopping mall ke, tasik ke, nampak benda yang tak pernah nampak ke, mesti ikut suka-suki hati ini pergi dan rasakan tempat2 dan benda2 tu. Sebab sy jenis kalau terasa macam nak tahu satu benda tu mesti sy akan pastikan dan rasakan benda apakah itu? Dan gimana rasanya? baru puas toh! Bukan jenis, "Ha?Ape tu?Ish taknaklah, tak biasalah tangan lembut ai ni pegang2 benda macam tu!" Cett! Jadi, semenjak jadi isteri. mottosikal  hidup dah lain la sikit. Ada corner ke tempat baru. kih3 =p If nak keluar pergi mana2, nak beli apa2, nak buat benda2 yang berkait dengan hidup bersama ni perlulah kepada merancang bersama. Bila merancang sama2 ni, ia akan mengeratkan lagi hubungan 'husband and wife' ini. 

Isteri ini.
Pn. isteri yang sedang menge'post' entri ni sebenarnya nak meluahkan sesuatu. Iaitu, jadi isteri ini makin lama jadi tak puas dengan keadaan rumah dia. Sebab, tiap minit ada saja benda yang kena buat. Basuh baju, basuh pinggan, mop lantai, sapu lantai, sidai kain, lipat kain, basuh bilik air, kemas pakaian dalam almari, lap tempat masak, susun pinggan mangkuk, kemas tempat tidur, basuh sarung bantal, basuh tuala, kemas dan susun atur buku, dan yang seangkatan tentera dengannya. Pendek kata, hampir seharianlah dan hari2 kerja rumah ni. huhu. Memang 'challenging' jadi 'wife' ni. 'I loikeeee!'. haha. 'Loikeee!' lah sangat, masa awal2 fening gak dan ada merungut gak, tapi last2 alhamdulillah dapat 'adapt'. Hapepun, yang paling penting sekaliiiiiiiiiiiiiiiiii ialah, apabila isteri pehnat macam nak tertanggal kaki tangan nyawa , semuanya mestilah dikembalikan semula urusannya kepada Allah, semoga penilaian Allah itu memberikan syurga kepada sang isteri tu. Ameen! :) Lepas tu, yang paling penting juga sang suami perlulah berterima kasih pada isteri anda, sebenarnya perkara berharga yang isteri perlukan dari suami yang dinikahinya adalah perhatian dan kasih sayang. huhu ^^ Penat macam mana isteri tu, 'if' dapat pelukan dan kasih sayang dari suaminya, ai gerenti, hilang wooo segala makhluk pehnat tuh..keh3 

Apapun, zaman bujang sy memang lain dengan zaman dah tak bujang.hir3. >,< Walauapapun, sy suka kehidupan sy dulu kini dan yang akan datang. InsyaAllah. 

Monday, November 21, 2011

Interview dengan makhluk Huawei.


                                                                                  Klik Sebelah :>>Huawei Technologies

Assalamualaikum :) juz nak share tentang pengalaman interview dengan Huawei semalam. Huawei? Apakah dia? Huawei adalah satu syarikat gergasi yang ada di Malaysia ni. Untuk lebih detail, leh tanya atok google. hiks3. Dan masyarakat akan perasan perkataan 'Huawei' ni pada software broadband mereka. Tak kiralah yang guna Maxis ke, Digi ke or Celcom or lain2. :) Sepanjang berada di Huawei HQ semalam, yang kuar masuk syarikat tu semua Chinese, Malay boleh kire, tak silap deria adalah sorang. Tak pasti yg dalam tu berapa. hoho~ Okeh, straight to the point. hehe. Sy haritu interview untuk position Pre-Sales Product Engineer. Dan produknya ialah Wireless, Core Network dan Transmission. Huhu~ Sangat2 berkaitan dengan apa yang sy belajar masa dalam bidang Netcentric Computing :). Dan kalau nak tahu, yang temuduga tu Chinese pure rasenya.hoho~

Soalan2 interview:
1. Please describe yourself?- Sy explained pasal diri (nama, umur,asal) sikit, pastu terus education background, mase yg sampai dekat belajar yg tentang Network and Netcentric tu, kat situ memang sy explained banyak kait dengan role kerja yang kita mintak tu la. 

2. Then, terus dia bagi case, 3 case tu, satu individual problem, satu masalah yg melibatkan company, dan satu melibatkan fakta. kuang3. case2 ni semua memang sy belajar tapi tu lah, buku dah tak tengok. Hari tu study, banyak ingatkan balik nama2 macam LTE/UMTS dan lain2 tu apa. Dan alhamdulillah, kira sy boleh jugaklah goreng. Cuma bila dia tanya pasal LTE, boleh pulak stuck, kuang3. Pastu hape lagi, ai pun jawabla, 

"LTE actually  is kind of telecommunication system 'lah "..hoho, punyala nak kawal english malay ai tak nak kasi ada 'lah', dan time di situlah terkeluar 'lah' tu. memang syahdu betol. Bila sy jawab gitu, Zhu (nama interviewer tuh) tu pun senyum dan cakap "Yes..yes..yes"..

3. Pastu dia tanya, perbezaan WiMAX dan UMTS. hir3. 
4. Dia tanya lagi, pasal Chinese culture. Leh ke ai ni kerja ngan Chinese? Ada pengalaman ke dengan Chinese? 
5. Then, mase sy gi trraining ngan Huawei dulu, apa yang Huawei dah training...huhuhuhu...
6. dia tanya balik, "ada nak tanya pape ke?" (in english la) hehe. Sy tanyalah tentang salary, then die kata, kalau nak tahu salary kena tunggu lepas 3 interview sekiranya betul2 sy ni dah di terima masuk dalam Huawei. Interview sy adalah stage pertama. If lepas then go to next interview dan if lepas gi seterusnya plak. Pergh! (dalam hati). Banyaks gila  betul interview. Biasalah, ni gigantic company kan, bak kata Arham Zulqarnaen. hehe. Pastu sy kata takde soalan dah. Dia kata, "if u're selected, then we'll call u for the next final interview".
Maksud die, ada saringan kali kedua pula. Sangat berhati2 dan teliti kan. Inilah Chinese culture (hagaknyelah) :p Lastly, dia ucap terima kasih. Dan kami pun bangun dan pergi dari situ. Camtu jep. 

Seriously, dasat gakla soalan2 die. huhuhu. Yang pasal study case tu memang agak terkebil jugak mata. Sebab ai ni memang tak handal bab specific range yang setiap system tu kendalikan. Ada satu tu dia tanya range untuk WiMAX, berapa frequency range dia? Kalau terror cuba korang jawab?kui3. Ai jawab, "WiMAX range is about 4 Gig and below.."..dalam hati ai, 'kuang3'. Zhu tu senyum, "that's okay, kind of good".. Ai pun taktau apa yang good.nanananana.. >.>

Inilah interview yang kali pertama sy. Sy memang berminat untuk bekerja dengan Huawei. Sampai terbawak-bawak masuk mimpi woo. 2-3 hari lepas mimpi tuh ada dapat call dari Huawei. Tapi, sy tahu kekurangan diri ni. Memang tak layak woo. Kire, memang rasa syukur gila sangat99 pada Allah sebab dah bagi peluang buka hati Chinese tu review resume ai kat jobstreet dan di interview.Itu pun kira cukup lah buat diri yang banyak kurang sesangat ni.  yosh~! Dapat jejak kaki kat Huawei tu memang rasa gumbira dan macam tak percaya woo. Diiringi Cik Abg dan ibu mentua juga adik ipar. Rasa macam hati kena rebus, sebab ada ramai yang sudi teman. Alhamdulillah100x. ^^. 

Se lagi peristiwa yg sukar memori ai nak padam adalah, di saat sy nak pulangkan kad pelawat kat level bawah tu. Akak kaunter tu tanya dengan ramahnya.. "Yang pakai kopiah tu bapak ye?"..Sy tanya dan tunjuk kat Cik Abg sy tu..Then akak tu hangguk..Sy hape lagi, tergelak kat situ jugaklah. "Eh takla, itu suami..." Suami ai tu adalah bapak ai ye? Kuang99x. :p Ai pun cerita kat Cik Abg ai. Terus mencuka muka dia. Umi da gelak2 dah. Ai pun saja usik Cik Abg tu.. " Hai bapak..hahahahaha"...hir3. Macam-macam. Dan itulah cerita interview sy. :) Semoga dapat membantu, if tak banyak, sikit pun ok. Ye dakk? hehe..hokeylah. Jumpa lagi ya di post yg lain ;)

                                                                                 
wassalam.     

Sunday, October 30, 2011

Aku dan hari ni.

Hari ni. Perasaan aku dicengkam sembilu yg amat3 memedihkan. Pedih macam haram  kena tikam. Huh! 'Dia' pemilik cinta aku selepas Allah dan Rasul. Apa orang lain yang bukan mahram mampu memilikinya jugak? Kalau makhluk tu kata 'ya'! Memang nak kena kutuk dengan aku hidup2. 

'Haishhhh'..
'Allah..'
'Kembalikan kekuatan aku supaya aku bersangka baik denganMu.'
'Mungkin ada silap yg aku buat terhadapMu.'
'Semoga ini menjadi ibrah agar aku lebih berani bertindak dan mempertahankan sesuatu keranaMu.'
'Fighting!'


Wednesday, October 19, 2011

Hohohoho~~~

Nasibah Husna  Ai saja nak test editor yang blogger recommend ni..keh..not bad la (: