Lilypie

Monday, August 6, 2012

Keputusan Temuduga dan Penempatan PPPT DH41 aku.

Alhamdulillah. Hari ni aku dapat pos laju dari SPP untuk tarikh lapor diri di Putrajaya tengah September depan ni.
Alhamdulillah aku ditempatkan di tengah-tengah antara aku dengan mak ayah aku di Johor. Dan rumah suamiku di Raub, Pahang. Iaitu di Kolej Komuniti, Gambang, Pahang.

Sekilas proses sepanjang dari temuduga sampailah ke hari aku dapat surat ni:
1) 29 Mei 2012 aku temuduga di Putrajaya.
2) 16 Julai 2012 aku dapat keputusan  berjaya temuduga online di web SPP.
3) 23 Julai 2012 aku menerima surat berjaya temuduga di rumah.
4) 7 Ogos 2012 aku dapat pos laju dari SPP tentang surat lantikan dan tawaran.
5) 12 September ni aku lapor diri di Putrajaya.

Aku pos mende alah ni agar jadi panduan kepada sesiapa yang tertanya2 berapa lama proses2 di atas berlaku. Terima kasih banyak-banyak kepada yg dah sudi mendoakan aku. Aku terima amanah dan tanggungjawab yg memang besar ini dengan sepenuh hati dalam mendidik anak-anak agama dan bangsa ini. Semoga Allah permudahkan urusan aku dan korang.

Tambahan :
Update on : 14/5/2013
 Masa mendaftar diri di Putrajaya 12/9/12 dulu, dalam waktu yg sama aku mendapat peluang untuk bertukar ke Kolej Komuniti Temerloh disebabkan ada seorang mamat ni nak tukar kolej dengan aku. Kire suka sama suka la kan. Alhamdulillah sangat3. At least, Bera dekat dengan Temerloh. Dan rumah yang aku sewa tu, aku dah dapatkan depositnya balik. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Sekarang aku kat KK Temerloh.