Monday, December 12, 2011

Suara yang menyumpah!

Suara itu kedengaran lagi. Ahh! Hatiku terasa disiat. "Kakak! tengoklah adik tu!!!!!"jerit makcik blok sebelah aku. Mungkin anaknya ralit bermain sendirian sehingga adiknya menangis menjerit-jerit yang tak tahu mengapa. Suara itu memang menyakitkan. Menggeramkan. Haih! Allah! Tiap-tiap hari berbunyi. Bila suara itu berzikir untuk menidurkan anaknya, suara itu tetap akan kedengaran sehingga ke rumah aku. Padahal blok lain-lain.Pergh! 'Makcik, suara makcik memang kalah Jaclyn Victor dengan Adibah Nor'. Serius memang aku jadi menyampah. Buatkan aku tiap hari fikir apakah hikmahnya di sebalik situasi ngeri ini. Oh Allah! >.> runsing. Apa yang makcik ni selalu suarakan adalah, time berzikir untuk tidurkan anak dia, time marahkan anak dia, time bercakap dengan anak dia. Semuanya dilakukan dengan menggunakan suaranya yang super duper high volume. Mungkin suara makcik nih memang macam tu. Tiap kali berbunyi je suara makcik ni, aku rasa macam nak pasang lagu Nowseeheart tu bertajuk Damai yang hilang. wuwu (O_o") nak pasang kasi kuat-kuat, bagi makcik tu terdengar sikit. Sikit pun jadilah. Aku tahu rumah aku takde tv, jadi mungkin Allah nak kasi drama berbentuk audio free kat aku, supaya aku faham bahawa jadi Ibu ni memang macam tu, iaitu kerja ibu ni tiada hentinya, sampai kena cakap kuat-kuat bagi melepaskan tensi dalam diri tu sekali.Bling3! ~,~ hoho, senyap sebentar dari suara itu, mungkin anaknya dah tidur.huuuuuuu....shruuu shrruuuu..angin damai menyusup masuk ke rahang jiwa aku ni. Oh Allah! Posotifkan aku selalu ~~

0 butir bicara: