Lilypie

Wednesday, May 30, 2012

Sekilas Perihal Temuduga SPP - PPPT DH41 Bidang Sistem Komputer

Assalamualaikum, 
tengok tajuk kat atas tu memang agak panjang. Bukan mengada-ngada ye nak panjangkan tajuk tu. Sebabnya adalah untuk memudahkan insan-insan untuk membuat rujukan. Aku telah pun selesai menghadiri iv(interview) kelmarin, 29/5/12. Ya, itulah tarikhnya yang bersamaan dengan hari Selasa. Surat panggilan telah pun aku dua minggu lebih sebelum tarikh iv tersebut. 


Sebagai seorang guru sementara, persediaan-persediaan aku untuk ke iv menjadi agak terbatas. huhu. Namun begitu, Allah banyak memudahkan perjalanan aku dalam membuat persediaan tersebut. Tak lupa juga sokongan dan dokongan dari kedua-dua pihak keluarga, but the mostly help me is my husband. Thanks Allah! :)

Antara persediaan :
1. Membuka forum-forum, blog-blog yang banyak menceritakan perihal iv di SPP. contohnya :http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=534451&extra=&page=84
2. Persiapan bertutur dengan baik dan lancar. Mulakan je dengan latar belakang keluarga dan akademik. Sebab ada orang kalau tak berlatih, dia akan gagap.
3. Sentiasa motivate diri untuk jadi yakin diri dan berpengetahuan :) dan akan sentiasa buat satu-satu hal dengan baik dan terbaik! Yosh~ huhu

Straight to the point (antara keperluan dan persiapan yang perlu dibuat) :
1. Bila dapat surat tu, baca betul-betul surat nye. Pastikan tarikh bila, tempat kat mana (jangan last minute baru nak google map tempat kat mana, kalau tak pun, hari iv or sebelum tu, pergilah round-round tengok tempat iv korang. Sebab masa aku kelmarin, bertolak pukul 7dari Raub, then sampai KL jammed kat lebuhraya MRR2.huhu..masa tu memang tawakkaltu 'ala Allah)

2. Dalam surat tu akan ada dia minta dokumen yang perlu dibawa, dan anda semua perlulah menyusun dokumen-dokumen tersebut mengikut susunan di dalam surat tersebut.  Ini akan memudakan orang yang akan check fail anda. Dan kalau nak tahu, orang yang check itu ada markah dari dia. Jadi, susun mengikut susunan!

3. Tentang gambar passport, huhu. Aku ada sekeping je asalnya. Dan aku terlupa untuk tangkap gambar yang baru. Lalu masa Isnin malam tu masa lepas solat Isya' aku berdoa, 'Ya Allah, apa lagi yang aku lupa nak buat?' Bila aku fikir balik rupanya, gambar aku tak buat lagi. Jam dah pukul 1130 malam. Oh apakah?! Suami aku, jangan tanyalah, dah naik angin dah. Huhu. Ya ampun! Ributlah pergi cari kertas glossy paper, segala adik ipar mak mentua dan suami aku pergi mencari glossy paper untuk print out gambar aku. memang haru. Aku buat 4 keping. At last,siap! 
    Esoknya masa pergi iv, orang tu takdak pun mintak gambar passport, bila dia tengok ada gambar dekat borang maklumat iv tu, dia takdak dah minta gambar passport yang lain. Aku rasa macam =.=". Tak apa, mungkin ini nak mengajar aku agar lebih berhati-hati dan teliti. Kesimpulannya, satu sudah cukup, dan lekatkan pada borang iv anda itu. Tapi, spare jelah, kut tetbe dia mintak pulak kan.

4.  Untuk pakaian, lebih bagus sekiranya anda semua yang nak pergi iv untuk jawatan (pensyarah) ini memakai nametag dan blazer tak kira lelaki atau perempuan. Penemuduga aku tu adalah Pengerusi lembaga temuduga, markah akan diberikan dengan penampilan yang begitu. Perempuan pakai baju kurung ye. Hari tu, ada budak satu group aku tu, dia pakai baju kurung jugak tapi kain macam ala-ala songket, then dia kena tegur dengan penemuduga tu. Mungkin, dia taknak nampak macam ala-ala batik kot. Sebab batik tu untuk mesyuarat or hari Khamis je kut. Entahlah, memang straight sangat... Lepas baju, dia tengok kasut pula, dia kata nak tengok kasut tu bertutup dan berkilat. Kalau boleh bertumit lah ye...Lagi satu nak ingatkan, bila masuk tu, terus bagi fail dan anda bolehlah berdiri dahulu, jangan duduk selagi dia tak bagi arahan duduk. Wuwu. Sedihkan, nervous punya pasal bolehlah aku terduduk sebelum arahan diberikan. Haruuuu....

5.  Masa aku iv hari tu, kami masuk group by group, ada group yang empat ada yang tiga, group aku tiga orang. Ada group tu sampai 6 orang. huhu. Dan kami adalah budak-budak bilik temuduga 1. Actually, dia ikut bidang kita. Bilik temuduga 1 ni untuk bidang sistem komputer dan sokongan. Bilik 9 tu untuk agroteknologi. Dan banyak lagi. Tak silap aku ada 20 kot bilik temuduga ni. Penemuduga ada 2 orang, seorang lelaki (pengerusi lembaga - dari jabatan sumber manusia), perempuan (puan sharifah dari jabatan politeknik). FYI, markah dari sumber manusia adalah 70, dan dari jabatan poli adalah 30. Haaa,amacam? Mesti nak tau kan soalan-soalannya? 

6.  Antara soalan2 yang diberikan :
     Puan jabatan politeknik :
  •      Apa pendapat awak tentang social network yang berkait rapat dengan e-Learning?
    • Aku jawab, benda ni sangat baik dan aku sokong benda alah ini. Ia menjadikan pembelajaran dan pengajaran menjadi sangat dinamik dan fleksibel. (Aku taip apa yang aku ingat..)
  •      Bagaimana nak elakkan pliagarism di kalangan pelajar?
    • Aku jawab, yang pertama bagi amaran dalam kelas, kedua buat banner kat fakulti, ketiga penelitian oleh pensyarah yang check assignment pelajar. 
    • Aku ter'miss' point, bagi amaran dan terangkan tentang padah plagiarism tu..wuwu.
  •      Penggunaan English dalam pembelajaran dan pengajaran, apa pendapat awak?
    • Aku jawab, aku sangat bersetuju sebab pendidikan kita sedang menuju ke arah global dan international, segala kerja seperti MoU, kerjasama sana sini, menggunakan Bahasa Inggeris. dan ini juga dapat meningkatkan tahap kemahiran pelajar.
    • Namun, tidak lupa juga kepada pelajar yang datang dari desa dan luar bandar, yang mana mereka ini sangat sedikit yang dapat menguasai English dengan baik, jadi dapatlah di buat pembelajaran secara bertahap...(itu ja yang aku ingat)
  •     Adakah satu web portal itu, boleh di develop atau boleh menggunakan CMS?
    • Aku jawab, nak develop boleh, nak guna CMS boleh, nak gabung dua-dua pun boleh..entah betul entah tak, itu yang aku rasa dan itulah yang aku akan jawab...
    Daripada Tuan Pengerusi Temuduga :
  • Sila nyatakan latar belakang anda...
    • Okey, ikut apa yang aku dah kena. Anda perlulah menyatakan nama, umur, asal, mak ayah kerja apa, kerja dekat mana, adik-beradik berapa orang, belajar dekat mana, pengalaman berkerja, belajar apa dulu, kaitkan dengan bidang kerja sekarang, nyatakan sekali bujang or berkahwin, kalau dah kahwin pulak anak berapa atau takda anak...(seriously, aku pun tak sangka ini akan terjadi, sebab setahu aku ada orang kata cukup nama,umur,asal dan terus pergi ke akademik..tapi inilah yang terjadi pada aku dan group aku)
  •  Sila nyatakan konsep 1malaysia..
    • Kalau boleh, korang yang terkena soalan ini, sebut dulu 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakn' dan preparelah dari segi segala aspek 1malaysia tu, sejarah yang berkaitan, 8 nilai yang penting tu, kena hafal dan kenalah pandai hurai juga.
  • Apakah maksud yang Dato' Najib kata, "jangan lupakan sejarah yang berkait dengan 1malaysia ni"
    • Ini maksudnya dia minta korang untuk huraikan pasal sejarah yang start perang dunia kedua tu, yang ada kait dengan ekonomi tanah melayu, orang melayu berpecah-pecah, pastu bersatu balik, pastu ada yang 5 perkara dalam memorandum yang diminta oleh tun abdul rahman pada British, pastu bila dah merdeka tiba-tiba muncul lah men in white, dan yang sekufu dengannya untuk menuntut Malaysian malaysia..hahahahahahaha (hakikatnya aku menangis masa dapat soalan ini). Aku memang failed sejarah.
    • Siapa yang dapat tuan temuduga yang ini (if tak silap, nama dia Hj Ali Husain) , bersedialah anda dengan pujian dan kritikan yang amat membina dari beliau. Jangan tak tahu, kami berada dalam bilik itu selama 2 jam. 
  •  Apakah Malaysian Malaysia?
    • Ya, jawapannya adalah orang-orang yang mahukan siapa sahaja yang digelar malaysian itu layak  untuk mendapat apa sahaja seperti yang melayu dapat, contohnya kalau raja tu mesti kena ada juga raja cina raja india.
    • Inilah yang diperjuangkan oleh men in white.
    • Serius, aku failed. Masa dia tanya, aku jawab jela apa yang aku yakin nak jawab, walaupun aku tahu ianya salah!. Yang penting jawab! Jangan pernah cakap, saya tak tahu tuan/puan!..
  •  Apakah itu modal insan?
    • Modal insan adalah orang-orang yang berguna untuk negara, sebab mereka ini adalah aset negara dalam meningkatkan ekonomi negara. Biasanya, orang-orang ini bekerja dalam bidang ekonomi seperti tenaga kerja industri, bidang pendidikan, bidang apa lagi, anda fikirkanlah. Dan orang-orang ni perlu ada ketrampilan komunikasi, ketrampilah antarabangsa, dan ketrampilah apa tah satu lagi... 
  • Banyak soalan dari tuan ini aku failed. Tapi aku cuba juga dengan yakin yang aku rasa betul sikit. Memang down mental aku. Tapi aku senyum dan tunjukkan muka berkaliber aku ni. Soalan isu semasa tak ada pun. Aku dan mereka kena soalan fakta. Dan di brain wash tahap jeans dalam bilik temuduga 1 itu. huhu.
7.   Selesai sesi iv, tuan tu cakap, 'okey, boleh ambil fail awak ni'. Dia takda tanya pun, ada apa-apa ke soalan yang kami nak tanya. Huhu. Memang berbeza sangat dengan iv swasta aku pernah aku attend. Iv gomen ni memang straight sebab memang mereka nak cari yang betul-betul berkualiti.

8.    Kesimpulannya, berdoalah pada Allah orang yang akan temuduga kita itu akan tanya soalan-soalan yang kita boleh jawab. Sebab, tak semestinya penemuduga aku dan anda adalah orang yang sama. Tapi, mungkin ya mungkin tidak. Apapun, jangan lupa untuk keep update tentang isu semasa. Dan all the best untuk semua bakal-bakal yang akan pergi iv. Blok 3 tu, kalau dari depan pintu guards tu korang straight je sampai hujung bangunan nun kemudian belok kiri. Takpun tanya je orang dalam tu :)



8 butir bicara:

PELINDUNGcahayaKebahagiaan said...
This comment has been removed by the author.
PELINDUNGcahayaKebahagiaan said...

salam kak, iv PPPT DH41 memang semua by group ke sekarang ni? ada mock teaching x?

sibhuscollection said...

setakat yg akk pegi aritu, semua bilik masuknya by group :) mock teaching takde pulak :) gi iv jugak ye? all the best yah.. ttg mock teaching tu, keep going tny org lain sama, sebb bilik ad byk, yg akk dpt org yg xtny ttg mock teaching, bilik lain akk xpasti :)

Duniaku86 said...

thanx akak for the note..Mintak email bole?

sibhuscollection said...

boleh3...nasibah_husna@yahoo.com :)

Unknown said...

Awk yg interview sama ngn saya kan??sy duk sebelah knn awk..meh private msg..email sy scryonex@gmail.com

Masrurah said...

705sis nak ty camne mase apply thru jobsmalaysia dan ikut area yg kite nak.cthnya mase permohonan sis dalam bidang sains komputer tp dalam spp just tulis pegawai perkhidmatan pengajian tinggi dh41 sahaja.actually sy confuse setiap kali keluar iklan jawatan yang berkaitan dgn area saya, sya try hantar yang baru tapi rezeki pun.

寂寞女孩 said...

akak, berapa copy salinan yang akak sediakan untuk temuduga tu ya? Satu cukuk tak?