Lilypie

Monday, August 15, 2011

Ramadhan Mahu Syawal Juga Mahu?


Kelihatan ramai orang sedang berpusu-pusu menuju ke gedung-gedung pakaian kerana tidak mahu ketinggalan membeli pakaian baru dan cantik buat menemui Syawal nanti. Tidak kurang juga mereka yang sedang bertungkus-lumus menggaul dan menguli tepung untuk berbiskut dan berkuih tatkala Syawal nanti. Namun, apa sudah kita menggaul dan menguli ibadah kita di dalam bagi memperbanyakkan ibadah dan mencantikkan Ramadhan kita ini?Cukupkah? Sudahkahkita berpusu-pusu mengejar untuk membaca dan menghayati Al-Qur'an kita? Allah. Memang lemahnya diri kita ini. Ketahuilah! Tiada makna Syawal kita andai Ramadhan kita tidak hebat. Allahuakbar! Ya Allah, pengangilah hati2 kami agar sentiasa berada di landasan yang benar yang ingin sentiasa ada bersamamu..

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah s.a.w yang sedang menaiki mimbar, lalu Baginda menyebut "amin" sebanyak tiga kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut "amin" sebanyak tiga kali?

Rasulullah s.a.w menjawab bahawa Jibril datang ketika itu dan berdoa. Sangat kecewa dan rugilah bagi:
1. Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat atasnya.
2. Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
3. Orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya.

"Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya azabNya sangat pedih"

Mari renungkan dan amalkan :)