Lilypie

Monday, October 25, 2010

Dia dan Perubahan.

Dia dan perubahan. Siapakah 'dia' itu?. Dia adalah manusia seperti aku juga. Punya hati dan perasaan ingin itu dan ini. Andai mahu, pasti usaha kuat ke arah itu, agar tercapai matlamat yang dituju.

Dulu.
Dia memang istimewa. Bermula dari zaman jahiliyah yang sangat mengasyikkan, lalu dia hanyut. Namun, hidayah Allah tepat datang padanya. Dia bertaubat. Insan bertaubat. Insan bertaubat ini belayar mencari teman yang baik dan soleh. Itu kemahuannya. Namun kadang-kadang, terbabas jua dia melayan teman yang 'lagha'. Lalu, segera dia muhasabah diri semula agar kembali berada di genggaman Rabbnya.Indahnya kuasa Iman dari Allah.

Hadirnya Wanita Di hatinya
Wanita. Indah suara, indah rupa. Namun,apa indah iman di dadanya?. Bermuqadimahkan dengan satu salah faham. semakin lama, dia semakin tertarik dengan wanita itu. Wanita yang, kurang indah rupa, kurang indah suara namun agamanya ada. hajat untuk bernikah terus dikhabarkan. namun, ada saja halangan yang datang. tahun demi tahun begitu. sangat kuat cabaran dan dugaan hidup yang perlu dihadapinya. Namun, itulah kuasa iman dari Allah.

Perubahan
Kematangan dalam hidup bersumberkan pengalaman-pengalaman yang dilaluinya. hidup yang hadir selepas jahiliyyah itu adalah hidup barunya. mungkin hadiah dari Tuhan. Hadiah dari Tuhan, dan ujian yang dihadapinya dalam kehidupan yang baru itu, itu juga hadiah dari Allah. Ilmu agama sangat diminatinya. terkadang lupa makan dan tidur. indahnya ilmu Tuhan.

Dia yang indah
Apabila segalanya indah belaka. Apa yang terpamer juga indah. Ilmu yang dia punya, di sebarkan dan dikongsikan dengan ramai orang. Sopan santun yang diamalkan memberi impak positif kepada semua jenis lapisan masyarakat. Moga Allah ampuni dosa-dosa lalunya.

Wanita itu dan dia
Wanita itu mungkin bukan jodohnya. Hajat bernikah tidak kesampaian kerana wanita itu tidak sanggup menunggu lama lagi. Dilihatnya lelaki itu terlalu khusyuk berkasih dengan buku-bukunya. Apakah wanita itu kurang berfikir?.

Bagi dia, kasih sayang Allah adalah segala-segalanya
Tidak mendapat kasih wanita itu tidak mengapa. Moga wanita itu bertemu dengan lelaki yang sekufu dan sesuai dengannya. Semoga itu yang terbaik untuknya. Dia, meneruskan rutinnya untuk berkasih dengan bukunya. itu lebih bermakna untuk dirinya, untuk akhiratnya.

Akhirnya...
Aku kagumi dia. Tersangat kagum. mahu jadi sepertinya dalam kuat menuntut ilmu.insyaAllah. Wallahu'alam.






Tuesday, October 19, 2010

Mari Mencari Kerja!

Ya ya ya! musim untuk mencari kerja bagi pelajar semester akhir telah pun bermula. JobStreet, Jobcamp, JobMalaysia dan segala Job2 telah pun mula kedengaran untuk mereka menigisi borang-borang tersebut. Saya juga tidak ketinggalan untuk melakukan hal yang sama. hihi ^^ maklumla mahu menjadi wanita berkerjaya..woha! insyaAllah ameen ya Rabb!..

Cerita saya dan kerja

Sementelah saya sibuk mencari dan mengisi borang untuk kerja, saya mendapati pelbagai kriteria-kriteria yang diperlukan oleh sesebuah syarikat itu. Kadang-kadang terlintas juga, 'Apa pantas aku sama kerjaan itu dong'..hihi.tetiba slang indon pulak .hihi. Namun apa yang saya lakukan ialah hanya mengisi, mengisi dan mengisi. Ada juga sesetengah rakan-rakan saya yang mahu berehat dahulu dari terus bekerja selepas tamat persekolahan.sekolah?haha :p Ada juga kerja yang bagus, tetapi syarikatnya nun jauh di sana utara sana. Em, saya sebenarnya tak kisah kerana saya juga pernah menetap atau bermastautin di Perlis selama lima tahun (Sekolah Menengah di sana) dan pengalaman juga membuat saya jadi kebal dengan semua itu. Tetapi, apa kata ayah mak ye?pheww!

Al-kisah anak sulung dan ayahnya.

Tersebutlah kisah antara si ayah dan si anak tentang masa depan anaknya. Anaknya telah pun ber'ia' mengisi segala macam mak nenek borang-borang yang berkaitan dengan kerja.huhu..dan, sila ikuti sketsa di bawah...

"Salam mak.Ape khabar?"..anak dan emak berada diatas talian...
"Alhamdulillah sihat..."..
Dan berceritalah mak ngn anak ni sampaila si emak meng'offer' tepon tu kat si ayah..
"Salam ayah...ayah sihat?"...
"sihat je alhamdulillah..."
"ayah, akak da apply kerja macam2 ni, ad yg tu dekat Kedah nun..huhu..sebab syarikat tech banyak kat sinun..hehe"...
"Akak balik la umah dulu.."
"Em, tapi akk da isi, kalau dapat akak pegi kerja tu la, kalau tak dapat baru akak balik.."
"Syarikat akk tu da tunggu lame da, lebih dari syarikat kat luar tu. balikla uma terus.."..
"Gulp!...baeklah ayah.."..
'Ya ya ya..my NHE is waiting for me for a long time..'

hihi..ape lagi cik sibah?hang jadi CEO da tu..wakakaka :p

Kisah mencari kerja tamat.

Ya ya ya! kerja mencari kerja sudah tamat. ayuh berusaha untuk final! ya! :) kerja CEO sedang menunggu. wakakaka (haip! jgn gelak! cubit kang :p)

_5ibu5_

Saturday, October 9, 2010

Kalam Qalbu 1.

Ku sebut namamu pada sang ombak
dan ia membalas dengan deruan yang sangat kuat...
Ku sebut namamu pada sang burung
ia melihatku dan berdecit-decit dan terus berlalu pergi....
Ku sebut namamu pada sang pelangi
ia menempias warna indah lalu hilang pergi....
Dan...
ku sebut namamu pada sang pencipta Cinta
lalu Dia menghadiahi aku seorang dirimu yang membuatku rasa ingin selalu bersyukur atas kurniaanNya itu...
Allah..
Ya...
Hanya Allah sebaik-baik tempat pengaduan...


Ish! Akak ni!

Hohoho..adik ilah o adik ilah! Kamu bikin akak ketawa macam nak bergolek-golek! ^^. Al-kisah si akak sulung dan si adik bongsunya...

"Assalamualaikum.."..
"Waalaikumussalam..."..
"Eh adik! Adik balik eh. Mak mana?"..
"Mak gi kedai.."..
"oooo..dah tu, adik watpe tu?"..
"Makan..."..slow je dia jawab..
'Pergh! Makan aje dak ni..' Getus hati si akak..
"Ish, adik ni. Asyik makan aje, gi la tolong mak kat kedai..hehe.."..
"......"...
"Adik nak tau tak? Sape yang makan banyak tapi tak kenyang2 kan, maksudnya ada cacing dalam perut dia yang makan makanan tu. Sebab tu dia tak kenyang-kenyang. Em, maksudnya cacing dalam perut adik tu banyak la kan?!..eiiii! takot! "..si akak menerangkan dengan penuh perasaan.
"Ish, akak ni! Abis tu akak Dhira tuh?". Budak kecik ni menuding jari kepada akak Dhira yang berbadan 3 kali ganda dari dia (em..em,..Dhira tu memang agak besar la badannya)..hee
"Akak Dhira tu takde cacing la maksudnya, sebab akak Dhira kalau makan cket dia terus dah kenyang..aiyook! adik...ei takot!.."..si akak berlalalala dalam hati ..hihi ^^
"Mane ada adik makan la kak, dah kenyang da ni.."..hahahahaha jawapan yang tak bole i go away!..

"Adik!.."..
"........."..senyap..
"Heloo! Aaaa! Aaaa!"..si akak ber'aaa'2 dengan nada rendah,namun hampa sebab si adik dah menyampah dengan usikan si akak. Si akak pon hape lagi...

"Yelatu, tanak cakap da la tu. Ok la, nanti minta mak tepon akak eh."..
"mmm.."..ade balik da suara walaupun kelihatan agak muram dan suram.hihi ^^
'Takot la tu' hua3..^^

Sekian saja, wassalam. [actually, sedang bergelumang dengan projek akhir. dan di sinila medan untuk me'release' tensi.huhui]

~rin rin duuu kat adik!~

Friday, October 8, 2010

A moment with Mr. Drupal.

Salaam :) entri kali ini, lebih saya tumpukan pada homework FYP saya - Developing a Social Network using Drupal. Fuh! memang sakit! wuwu T_T. Ape yang sakitnye ye sib sib hus?? saya adalah seorang student Netcentric [network setengah + web tech setengah= Netcentric] harap maklum ye. Saya juga seorang yang agak lemah dalam programming, walaupun sudah banyak language yang telah saya setadi hihi. Antaranya :
  1. PHP
  2. XML
  3. C++
  4. Java - Data Structure
  5. HTML
  6. Java Tech - jQuery, AJAX dll
Namun ini semua adalah tersangat memalukan saya apabila saya gagal untuk mengaplikasikan language2 tersebut dalam idop saya. wuwu T_T (nangis lagi). Tidak saya katakan saya terus lupa akan mereka2 itu, tetapi saya memerlukan masa untuk setadi semua itu bagi meng'refresh' terms2 yang ada.

Tentang Mr. Drupal

Berkenaan dengan incik Drupal saya ni, saya telah menggunakan beliau sebagai salah satu main tools saya fyp saya (incik Yabou jangan lupa lagi ye fyp tu ape maksudnye..haha). En. Drupal adalah salah satu powerful CMS (content management system) yang digunakan bagi meng'up'kan website yang berunsurkan plain or community or social nets dll. Seperti CMS yang lain (contoh lain utk CMS ialah joomla dan mambo) incik Drupal mempunyai orang bawahan beliau yang disebut modules (sesuaikah?haha). Sebab kalu Elgg dia pakai plug-in, begitu juga dengan Joomla.

Modifying Mr. Drupal Modules

Modules2 yang digunakan untuk membina SN (stand for social network) ada la dalam 10 or 11. Jadinya, untuk me'modify' module2 tersebut, ia nya memerlukan kepada kepakaran yang sangat tinggi (paling tidak pon moderate) dalam pengetahuan language PHP plus HTML (lagi bagus kalu expert dalam Java. wuwuwu T_T (kali ni nanges teruk).

Untuk progress developed this SN --> 50% (kesian x?) sebab?
Sebab, dari seorang saya yang low rate tentang language2 tersebut, saya terpaksa men'tabah'kan serta meng'gagah'kan diri untuk mengenali Mr.PHP dan Mr.HTML dengan telus dan ikhlas. (oh! oh! oh!). Pencarian dan pendakian dalam meneliti setiap step dalam drupal sememangnya perlu kepada ketekunan. (daripada haku yang tidak tekun ini menjadi super 'TEKKEN' haha)

Pencarian kawan baik Mr. Drupal

Agak2 sesape yang ade terbace blog ini, dan kamu iala seorang yang expert dalam CMS or Mr. Drupal tu snirik, bolela YM saya. wuwu T_T plez2! Nanti saya belanja makan RFC..hik3

Ataupun korang2 yang ade pdf or sebarang alat membantu mengajar untuk drupal tu pun sudah sangat bagus rasenye untuk di kongsi dengan saya.


Doa dan harapan

Doa saya agar awk yang bernama Sib Sib Hus tu dapat menyiapkan fyp nya on time! haaaa! Nak grade on time tak?? wuwu T_T . Korang pon tolongla doakan saya ni yang da super nazak ni (nazak ngadap FYP ye >,>)
InsyaAllah, sampai sini je dulu yeah! thanx for read this entri buruk ngee^^

~sibhus yang sudah super nazak..oh..oh~