Lilypie

Tuesday, December 11, 2012

Almera CVTC 1.5 In my Wishlist??


Almera CVTC 1.5

Hai uollzzz! :) Happy mode ke sibah ko arini? Lain macam aja hari ini. Haha. Tak kisahlah lain macam ka, macam-macam ka. Yang penting hari ini ak nak ceghito pasai kereta. Tajuk kereto tu Nissan Almera CVTC 1.5. Bagi ak, Almera ni telah menyebabkan segala tumpuan sendi-sendi dan saraf-saraf ak bergerak bila melihat Almera ini. Wuwu (T_T) Awat pulak dok bergerak sibah?Apa dah dia buat kat hang sibah? wuwu..

Banyak benda Almera dah buat kat aku..Designnya, Keluasannya, Keeksklusifannya, Keremajaannya, Kekacakannya (Jangan marah ye Abam, ni kereta je kan?) Ha ha hak tuih. :p Dan yg paling penting Kejimatan keduitannya..walaoh! Enjin 1.5 + CVT pulak..memang tahap kejimatan bergandala kan. Sabo jela. Menangis je la ak sekarang ni. Maklumla ak tak mampu lg nak beli kereta secanggih itu.

Lihat pada harganya, memang sangat menakjubkan. Ia berharga serendah dari RM66,000 dan ke atas. Yang ak tengok brochure dy aritu, kalau yang Auto 1.5 CVTC tu adela 69K tak sampai ke 70K pon. Memang fantastic dan bombastic kan????? (Angguk please)

Hari tu masa abam bawak pergi masuk Giant Kuantan nak cari barang sikit, tetiba ada promotion kereta Nissan kat situ. Dan yang paling men'sadis'kan adalah kereta Almera ada dekat situ kot. Wuwu. Ak bukak pintunya, ada function cam magnet, sebab bila nak tutup tu kita biar je dia gerak menutupkan sayapnya sendiri nanti dia akan tertutup kemas tanpa kita hempok dia kuat-kuat untuk tutup kemas-kemas. Lepas tu but belakang yang sangat luas! Isi anak gajah boleh kot. Haha mengarut la ko sibah.. Taklah, isi beg nak gi obersea yg besar2 tu dalam dua beg pon bole buat. huhu..dasat kan!

Lepas tu, bila dikira dan dilihat dari segi designnya pulak memang agak superb la. Sebab, bak kata abam ai katanya," Design Nissan ni semuanya design orang tua. Hancusss!". Tapi bila tengok design Almera ni, dia kata camni, "Wow, hampir kepada Toyota Dugong (Vios) tu, tp ini memang cantik dan lg cantik yg ni dr yg dugong tu". Tengok, dia pun suka. Mak mentua ak pun aritu call semata-mata nak kabo, pilihan kereta Almera tu sangat bagus sebab Almera cantik dan luas. Wuwu

"Awak nak beli ke Almera tu Ibah?", ibu mertuaku bertanya.
"Haha, tak lagi ummi, bukan masa terdekat ni lah."
"Oh,nak beli sekarang pun ok, ada gaya, cantik dan luas..hihi,..oklah assalamualaikum..".
"Waalaikumussalam." Tetttt..

Tak kot. Sebab nak kumpul duit dulu. Tunggu naik pangkat sikit nanti ke (err?ko berangan ke sibah) :p.. Yang paling penting suami ak kata semalam,"Ok gak beli lambat-lambat sikit, mana lah tahu Almera jadi lagi baik sebab nanti mesti ada penambahbaikan.". Lega hati ak dengar. Tq Abam.

Dan, demi mencapai cita-cita ak itu. Telah ak sematkan gambar Almera brochure tu dekat sebelah tempat tidur ak. Haha. InsyaAllah. Errr, En. Purple Pearl jangan majuks plaks. Ai tetap sayang you okay! :)

oklah, tu je kot. Tq sudi baca. Teehee :D

Monday, August 6, 2012

Keputusan Temuduga dan Penempatan PPPT DH41 aku.

Alhamdulillah. Hari ni aku dapat pos laju dari SPP untuk tarikh lapor diri di Putrajaya tengah September depan ni.
Alhamdulillah aku ditempatkan di tengah-tengah antara aku dengan mak ayah aku di Johor. Dan rumah suamiku di Raub, Pahang. Iaitu di Kolej Komuniti, Gambang, Pahang.

Sekilas proses sepanjang dari temuduga sampailah ke hari aku dapat surat ni:
1) 29 Mei 2012 aku temuduga di Putrajaya.
2) 16 Julai 2012 aku dapat keputusan  berjaya temuduga online di web SPP.
3) 23 Julai 2012 aku menerima surat berjaya temuduga di rumah.
4) 7 Ogos 2012 aku dapat pos laju dari SPP tentang surat lantikan dan tawaran.
5) 12 September ni aku lapor diri di Putrajaya.

Aku pos mende alah ni agar jadi panduan kepada sesiapa yang tertanya2 berapa lama proses2 di atas berlaku. Terima kasih banyak-banyak kepada yg dah sudi mendoakan aku. Aku terima amanah dan tanggungjawab yg memang besar ini dengan sepenuh hati dalam mendidik anak-anak agama dan bangsa ini. Semoga Allah permudahkan urusan aku dan korang.

Tambahan :
Update on : 14/5/2013
 Masa mendaftar diri di Putrajaya 12/9/12 dulu, dalam waktu yg sama aku mendapat peluang untuk bertukar ke Kolej Komuniti Temerloh disebabkan ada seorang mamat ni nak tukar kolej dengan aku. Kire suka sama suka la kan. Alhamdulillah sangat3. At least, Bera dekat dengan Temerloh. Dan rumah yang aku sewa tu, aku dah dapatkan depositnya balik. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Sekarang aku kat KK Temerloh. 

Wednesday, May 30, 2012

Sekilas Perihal Temuduga SPP - PPPT DH41 Bidang Sistem Komputer

Assalamualaikum, 
tengok tajuk kat atas tu memang agak panjang. Bukan mengada-ngada ye nak panjangkan tajuk tu. Sebabnya adalah untuk memudahkan insan-insan untuk membuat rujukan. Aku telah pun selesai menghadiri iv(interview) kelmarin, 29/5/12. Ya, itulah tarikhnya yang bersamaan dengan hari Selasa. Surat panggilan telah pun aku dua minggu lebih sebelum tarikh iv tersebut. 

Thursday, May 17, 2012

Keputusan Temuduga Huawei

Assalamualaikum ^^
Minta maaf sebab saya tak update pun tentang keputusan Interview Huawei tahun lepas kan..huhu
Actually, saya tak terasa nak update memandangkan tak penting untuk saya..
Tapi bila memikirkan, bagi memuaskan para pembaca yang mesti nak tahu whether dapat or tak job tu kan...
tambahan lagi, bila kita dipanggil temuduga oleh satu-satu syarikat or gov, kita mesti akan cari blog2 yang ada cerita tentang keadaan interview dan orang tu dapat ke tak job tu kan..
saya juga begitu...

Huawei.
Macam biasa yang diketahui ramai orang yang menceburi bidang telekomunikasi..
Huawei is a gigantic company..hoho
tahun lepas saya telah menghadiri interview dari Huawei..
2 weeks after the interview, there are two people from Huawei call me and they said that I've pass to the first interview, and then they will call me later for attending to the next interview..
Tapi, memandangkan saya sukar untuk berpindah-randah, plus dengan keadaan kehidupan di KL, dan juga memikirkan pekerjaan di Huawei yang sememangnya akan berada di office lebih masa menghadap kerja-kerja yang tidak pernah putus, saya berdoa moga Allah sentiasa berikan keputusan yang terbaik untuk saya...
Saya sentiasa berdoa untuk tidak dipanggil ke situ (Huawei)...
Alhamdulillah, setakat ini mereka tak panggil lagi.. tak taulah if saya jadi calon simpanan kan..haha
Sebab, kalau diikutkan siapa yang lepas interview pertama, memang tiada masalah untuk ke peringkat seterusnya..huhu

insyaAllah, setakat ini perkongsian dari saya, sem0ga mendapat manfaat (^,^)
untuk yang nak tahu tentang keadaan saya semasa interview di Huawei tahun lepas, klik link di bawah :
http://hatidiaries.blogspot.com/2011/11/interview-dengan-makhluk-huawei.html

Friday, May 11, 2012

Alahai anak murid

Assalamualaikum semua. (cip3!) hee (: updates kali ini berkisar dengan kerja saya sekarang sebagai guru kafa. Bekerja hanya tiga kali seminggu. Sehari 3 jam. (: . Yeah. Masuk bulan ini, hampir 2 bulan lebih saya memegang title guru kafa. Nampak mudah kan? Nampak macam biasa je kan? Huh! Ya, itulah intrepretasi saya terhadap kerja guru kafa ini dulu. >.> sekarang, hamek kaw! :"( Nak menangis pun ada. Wuwu.