Lilypie

Tuesday, September 13, 2011

Matri dan berita kematian.

Aku dan MATRI. Dahulu di situ tempat aku belajar. Tempat aku bermain. Tempat aku berlaku nakal. Oh!. Aku gembira di sana. 5 tahun aku menimba ilmu dan pengalaman di sana. Aku bahagia. MATRI bagaikan rumah ketigaku selepas rumah dan kampungku. Walau tiada ikatan keluarga namun insan-insan di sana sentiasa punya ukhwah Islam yang sentiasa hangat mengalir dalam tubuhku.

Hari ni. Emak call aku. Mengatakan MATRI ditimpa kejadian yang meyedihkan. Emak kata darahnya berderau mendengarkan berita. Kerana ia melibatkan kematian insan-insan dari MATRI. Allah. Dari Engkau kami datang, dan kepada Engkau kami kembali. Aku cukup sedih. Salam takziah untuk ahli keluarga mangsa. Semoga arwah diletakkan bersama para solihin di sana.

Cerita kematian untuk muhasabah diri.

Wednesday, September 7, 2011

[Photo Shoot] Photo Story

Gambar ni. Antik. Haha. Candid by Angah kot. :) Ni gambar masa Tok Wan ngan adik beradiknya sedang rancak berkongsi cerita. ;) Jom eratkan silaturrahim!

Sunday, September 4, 2011

Outing Pantai Batu Itam,Pahang . [Photo Shoot]


"Dam dam dum! Bunyi merecun..hoho" itulah sebaris lagu raya yang sudah lali didengari oleh telinga mulus kita tu.keh3.kali ni ai pos tentang photo shooting kami di beberapa buah tempat di atas bumi Ilahi ini. Untuk photo shoot ini, kami outing ke Pantai Batu Itam. Memang hitam ye kawan2 batunya. Pantai Batu Itam ni pantainya luas dan sering menjadi tarikan manusia yang gemarkan suasana tenang dan meriah. Meriah pantai tu dengan orang.huhu.


Haaa...! Gambar atas ni abang ai yang tangkap. berbekalkan SLR nikon d3000 dan guna A dan ISO berpatutan sehinggalah dapat menghasilkan gambar di atas. Fuhh! penat woo jadi subjek sebab if kamera tu snap pada A dan ISO yang tak tepat, kenala tunggu sampai tepat. Maksudnya kena posing dan kamera akan menangkap menangkap dan menangkap terus gambar anda .hehe. sampailah cameraman kata okey. Gambar atas ni berlatarbelakangkan batu bata laut. Abang kata ni sebenarnya dasar laut. Tapi sebab air surut sangat, jadi nampaklah batu-batunya. wink ^^