Lilypie

Monday, October 25, 2010

Dia dan Perubahan.

Dia dan perubahan. Siapakah 'dia' itu?. Dia adalah manusia seperti aku juga. Punya hati dan perasaan ingin itu dan ini. Andai mahu, pasti usaha kuat ke arah itu, agar tercapai matlamat yang dituju.

Dulu.
Dia memang istimewa. Bermula dari zaman jahiliyah yang sangat mengasyikkan, lalu dia hanyut. Namun, hidayah Allah tepat datang padanya. Dia bertaubat. Insan bertaubat. Insan bertaubat ini belayar mencari teman yang baik dan soleh. Itu kemahuannya. Namun kadang-kadang, terbabas jua dia melayan teman yang 'lagha'. Lalu, segera dia muhasabah diri semula agar kembali berada di genggaman Rabbnya.Indahnya kuasa Iman dari Allah.

Hadirnya Wanita Di hatinya
Wanita. Indah suara, indah rupa. Namun,apa indah iman di dadanya?. Bermuqadimahkan dengan satu salah faham. semakin lama, dia semakin tertarik dengan wanita itu. Wanita yang, kurang indah rupa, kurang indah suara namun agamanya ada. hajat untuk bernikah terus dikhabarkan. namun, ada saja halangan yang datang. tahun demi tahun begitu. sangat kuat cabaran dan dugaan hidup yang perlu dihadapinya. Namun, itulah kuasa iman dari Allah.

Perubahan
Kematangan dalam hidup bersumberkan pengalaman-pengalaman yang dilaluinya. hidup yang hadir selepas jahiliyyah itu adalah hidup barunya. mungkin hadiah dari Tuhan. Hadiah dari Tuhan, dan ujian yang dihadapinya dalam kehidupan yang baru itu, itu juga hadiah dari Allah. Ilmu agama sangat diminatinya. terkadang lupa makan dan tidur. indahnya ilmu Tuhan.

Dia yang indah
Apabila segalanya indah belaka. Apa yang terpamer juga indah. Ilmu yang dia punya, di sebarkan dan dikongsikan dengan ramai orang. Sopan santun yang diamalkan memberi impak positif kepada semua jenis lapisan masyarakat. Moga Allah ampuni dosa-dosa lalunya.

Wanita itu dan dia
Wanita itu mungkin bukan jodohnya. Hajat bernikah tidak kesampaian kerana wanita itu tidak sanggup menunggu lama lagi. Dilihatnya lelaki itu terlalu khusyuk berkasih dengan buku-bukunya. Apakah wanita itu kurang berfikir?.

Bagi dia, kasih sayang Allah adalah segala-segalanya
Tidak mendapat kasih wanita itu tidak mengapa. Moga wanita itu bertemu dengan lelaki yang sekufu dan sesuai dengannya. Semoga itu yang terbaik untuknya. Dia, meneruskan rutinnya untuk berkasih dengan bukunya. itu lebih bermakna untuk dirinya, untuk akhiratnya.

Akhirnya...
Aku kagumi dia. Tersangat kagum. mahu jadi sepertinya dalam kuat menuntut ilmu.insyaAllah. Wallahu'alam.






Tuesday, October 19, 2010

Mari Mencari Kerja!

Ya ya ya! musim untuk mencari kerja bagi pelajar semester akhir telah pun bermula. JobStreet, Jobcamp, JobMalaysia dan segala Job2 telah pun mula kedengaran untuk mereka menigisi borang-borang tersebut. Saya juga tidak ketinggalan untuk melakukan hal yang sama. hihi ^^ maklumla mahu menjadi wanita berkerjaya..woha! insyaAllah ameen ya Rabb!..

Cerita saya dan kerja

Sementelah saya sibuk mencari dan mengisi borang untuk kerja, saya mendapati pelbagai kriteria-kriteria yang diperlukan oleh sesebuah syarikat itu. Kadang-kadang terlintas juga, 'Apa pantas aku sama kerjaan itu dong'..hihi.tetiba slang indon pulak .hihi. Namun apa yang saya lakukan ialah hanya mengisi, mengisi dan mengisi. Ada juga sesetengah rakan-rakan saya yang mahu berehat dahulu dari terus bekerja selepas tamat persekolahan.sekolah?haha :p Ada juga kerja yang bagus, tetapi syarikatnya nun jauh di sana utara sana. Em, saya sebenarnya tak kisah kerana saya juga pernah menetap atau bermastautin di Perlis selama lima tahun (Sekolah Menengah di sana) dan pengalaman juga membuat saya jadi kebal dengan semua itu. Tetapi, apa kata ayah mak ye?pheww!

Al-kisah anak sulung dan ayahnya.

Tersebutlah kisah antara si ayah dan si anak tentang masa depan anaknya. Anaknya telah pun ber'ia' mengisi segala macam mak nenek borang-borang yang berkaitan dengan kerja.huhu..dan, sila ikuti sketsa di bawah...

"Salam mak.Ape khabar?"..anak dan emak berada diatas talian...
"Alhamdulillah sihat..."..
Dan berceritalah mak ngn anak ni sampaila si emak meng'offer' tepon tu kat si ayah..
"Salam ayah...ayah sihat?"...
"sihat je alhamdulillah..."
"ayah, akak da apply kerja macam2 ni, ad yg tu dekat Kedah nun..huhu..sebab syarikat tech banyak kat sinun..hehe"...
"Akak balik la umah dulu.."
"Em, tapi akk da isi, kalau dapat akak pegi kerja tu la, kalau tak dapat baru akak balik.."
"Syarikat akk tu da tunggu lame da, lebih dari syarikat kat luar tu. balikla uma terus.."..
"Gulp!...baeklah ayah.."..
'Ya ya ya..my NHE is waiting for me for a long time..'

hihi..ape lagi cik sibah?hang jadi CEO da tu..wakakaka :p

Kisah mencari kerja tamat.

Ya ya ya! kerja mencari kerja sudah tamat. ayuh berusaha untuk final! ya! :) kerja CEO sedang menunggu. wakakaka (haip! jgn gelak! cubit kang :p)

_5ibu5_

Saturday, October 9, 2010

Kalam Qalbu 1.

Ku sebut namamu pada sang ombak
dan ia membalas dengan deruan yang sangat kuat...
Ku sebut namamu pada sang burung
ia melihatku dan berdecit-decit dan terus berlalu pergi....
Ku sebut namamu pada sang pelangi
ia menempias warna indah lalu hilang pergi....
Dan...
ku sebut namamu pada sang pencipta Cinta
lalu Dia menghadiahi aku seorang dirimu yang membuatku rasa ingin selalu bersyukur atas kurniaanNya itu...
Allah..
Ya...
Hanya Allah sebaik-baik tempat pengaduan...


Ish! Akak ni!

Hohoho..adik ilah o adik ilah! Kamu bikin akak ketawa macam nak bergolek-golek! ^^. Al-kisah si akak sulung dan si adik bongsunya...

"Assalamualaikum.."..
"Waalaikumussalam..."..
"Eh adik! Adik balik eh. Mak mana?"..
"Mak gi kedai.."..
"oooo..dah tu, adik watpe tu?"..
"Makan..."..slow je dia jawab..
'Pergh! Makan aje dak ni..' Getus hati si akak..
"Ish, adik ni. Asyik makan aje, gi la tolong mak kat kedai..hehe.."..
"......"...
"Adik nak tau tak? Sape yang makan banyak tapi tak kenyang2 kan, maksudnya ada cacing dalam perut dia yang makan makanan tu. Sebab tu dia tak kenyang-kenyang. Em, maksudnya cacing dalam perut adik tu banyak la kan?!..eiiii! takot! "..si akak menerangkan dengan penuh perasaan.
"Ish, akak ni! Abis tu akak Dhira tuh?". Budak kecik ni menuding jari kepada akak Dhira yang berbadan 3 kali ganda dari dia (em..em,..Dhira tu memang agak besar la badannya)..hee
"Akak Dhira tu takde cacing la maksudnya, sebab akak Dhira kalau makan cket dia terus dah kenyang..aiyook! adik...ei takot!.."..si akak berlalalala dalam hati ..hihi ^^
"Mane ada adik makan la kak, dah kenyang da ni.."..hahahahaha jawapan yang tak bole i go away!..

"Adik!.."..
"........."..senyap..
"Heloo! Aaaa! Aaaa!"..si akak ber'aaa'2 dengan nada rendah,namun hampa sebab si adik dah menyampah dengan usikan si akak. Si akak pon hape lagi...

"Yelatu, tanak cakap da la tu. Ok la, nanti minta mak tepon akak eh."..
"mmm.."..ade balik da suara walaupun kelihatan agak muram dan suram.hihi ^^
'Takot la tu' hua3..^^

Sekian saja, wassalam. [actually, sedang bergelumang dengan projek akhir. dan di sinila medan untuk me'release' tensi.huhui]

~rin rin duuu kat adik!~

Friday, October 8, 2010

A moment with Mr. Drupal.

Salaam :) entri kali ini, lebih saya tumpukan pada homework FYP saya - Developing a Social Network using Drupal. Fuh! memang sakit! wuwu T_T. Ape yang sakitnye ye sib sib hus?? saya adalah seorang student Netcentric [network setengah + web tech setengah= Netcentric] harap maklum ye. Saya juga seorang yang agak lemah dalam programming, walaupun sudah banyak language yang telah saya setadi hihi. Antaranya :
  1. PHP
  2. XML
  3. C++
  4. Java - Data Structure
  5. HTML
  6. Java Tech - jQuery, AJAX dll
Namun ini semua adalah tersangat memalukan saya apabila saya gagal untuk mengaplikasikan language2 tersebut dalam idop saya. wuwu T_T (nangis lagi). Tidak saya katakan saya terus lupa akan mereka2 itu, tetapi saya memerlukan masa untuk setadi semua itu bagi meng'refresh' terms2 yang ada.

Tentang Mr. Drupal

Berkenaan dengan incik Drupal saya ni, saya telah menggunakan beliau sebagai salah satu main tools saya fyp saya (incik Yabou jangan lupa lagi ye fyp tu ape maksudnye..haha). En. Drupal adalah salah satu powerful CMS (content management system) yang digunakan bagi meng'up'kan website yang berunsurkan plain or community or social nets dll. Seperti CMS yang lain (contoh lain utk CMS ialah joomla dan mambo) incik Drupal mempunyai orang bawahan beliau yang disebut modules (sesuaikah?haha). Sebab kalu Elgg dia pakai plug-in, begitu juga dengan Joomla.

Modifying Mr. Drupal Modules

Modules2 yang digunakan untuk membina SN (stand for social network) ada la dalam 10 or 11. Jadinya, untuk me'modify' module2 tersebut, ia nya memerlukan kepada kepakaran yang sangat tinggi (paling tidak pon moderate) dalam pengetahuan language PHP plus HTML (lagi bagus kalu expert dalam Java. wuwuwu T_T (kali ni nanges teruk).

Untuk progress developed this SN --> 50% (kesian x?) sebab?
Sebab, dari seorang saya yang low rate tentang language2 tersebut, saya terpaksa men'tabah'kan serta meng'gagah'kan diri untuk mengenali Mr.PHP dan Mr.HTML dengan telus dan ikhlas. (oh! oh! oh!). Pencarian dan pendakian dalam meneliti setiap step dalam drupal sememangnya perlu kepada ketekunan. (daripada haku yang tidak tekun ini menjadi super 'TEKKEN' haha)

Pencarian kawan baik Mr. Drupal

Agak2 sesape yang ade terbace blog ini, dan kamu iala seorang yang expert dalam CMS or Mr. Drupal tu snirik, bolela YM saya. wuwu T_T plez2! Nanti saya belanja makan RFC..hik3

Ataupun korang2 yang ade pdf or sebarang alat membantu mengajar untuk drupal tu pun sudah sangat bagus rasenye untuk di kongsi dengan saya.


Doa dan harapan

Doa saya agar awk yang bernama Sib Sib Hus tu dapat menyiapkan fyp nya on time! haaaa! Nak grade on time tak?? wuwu T_T . Korang pon tolongla doakan saya ni yang da super nazak ni (nazak ngadap FYP ye >,>)
InsyaAllah, sampai sini je dulu yeah! thanx for read this entri buruk ngee^^

~sibhus yang sudah super nazak..oh..oh~

Saturday, May 29, 2010

Terima Kasih awak :)





Ucapan penghargaan terima kasih tak terhingga pada awak yang sudi melayan kerenah saya yang macam budak-budak ni. (Tapi kadang2 je tu kanak2nya). Ber'chatting' dengan awak, jarang saya tak ketawa atau senyum. Pasti SENYUM atau KETAWA! Luv to chat wit u more n more. Actually, the first person i'd like to see on my friend list is U. Because i luv to chat, and i like to talk or discuss anything than to call or sms on hp. Ini jugak menyatakan bahawa saya suka menaip keyboard berbanding menaip SMS atau chatting thru phone. hihi.

Kadang2, kami berbicara santai tentang isu semasa, isu sewaktu dolu2 atau isu sekarang. Mostly, ingat mengingati dengan santai tentang apa jua peringatan. i luv that! chat wit u, sometimes it remind me to the old u that actually not u at all. Apa pun, terima kasih tak terhingga pada awak! hihi Jangan bosan tuk chat dengan saya lagi ya!

Nota kaki:
Ini tiada kaitan dengan soal hati dan perasaan yang menjerumus kepada perkara yang serius. Tetapi ini lah soal persahabatan, saling faham memahami sehingga buat kita jadi selesa untuk bebicara dan menyelesaikan masalah.Tidak terbatas utk masalah peribadi sahaja. insyaAllah..(^^,)

FRIENDS FOREVER..yeah!

He is.. [final]

Di dalam biliknya Sofea meniarap menghadap dinding katilnya. Matanya terpaku tajam pada dinding katil itu. Kalaulah mata Sofea ade api, mungkin sudah terbakar dinding katil itu. hihi...

Sofea memikirkan tentang criteria apakah yang ada padanya yang menyebabkan Safiuddin jatuh hati padanya. Namun lama-kelamaan fikiran itu terbang jauh sehingga membawa Sofea ke alam tidurnya.

Safiuddin terlihat isterinya dengan penuh rasa cinta dan sayang, walaupun isterinya tidak begitu padanya. Safiuddin tersenyum teringatkan kisah lima tahun lalu, dan sekarang gadis itu telah sah menjadi isterinya.

‘Alhamdulillah’, bisik hatinya..

Safiuddin menghadiahi tidur Sofea dengan sebuah kucupan sayang di dahi Sofea. Dan tidak semena- mena Sofea senyum dengan mata yang tertutup.

‘Ingat mimpi la tu…’ bisik hati Safiuddin..

Berlainan kisahnya dengan Sofea yang sedang enak di alam mimpinya. Di sana, dia berlari-lari bersama Saifuddin seperti sedang bermain lumba lari dan akhirnya Saifuddin memenangi perlumbaan itu. Sofea hanya ketawa dan gembira walaupun kalah. Dia terasa penat dan puas.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Safiuddin dan Sofea, kisah dua insan yang tidak melalui zaman cinta remaja. Tetapi melalui zaman cinta di alam rumahtangga. Dari Sofea yang tidak mengenali Saifuddin, akhirnya menjadi Sofea yang begitu menyayangi dan mentaati Saifuddin. Bagi Sofea…

He is ….Saifuddin yang sememangnya dia tidak pernah kenal dan akhirnya menjadi suaminya.

Mereka melayari hari-hari mereka dengan penuh kebahagiaan berpaksikan panduan dari Al-Quran dan As-Sunnah.

“Semoga Allah redha dengan kita ye sayang…”, bicara Saifuddin sambil mengucup dahi Sofea..

“Ye abang….”, terzahir sudah perkataan abang dari mulut dan hati Sofea…

Ameen…. Happy!

Friday, May 28, 2010

He is.. [final I]


sekarang aku duduk disebelahnya...dan dia mula berbicara tentang hatinya terhadap sy..cerita tentang die, sy dan masa dulu..
"Ya Allah!", hatiku menjerit
...............................................................................................................................................................................................................
"Ya Allah!", hatiku menjerit.
'Aku seperti tidak percaya dengan apa yang dibicarakan sebentar tadi. mengapa hatinya terlalu murni sehingga sanggup memperisterikan diriku yang tidak seberapa baik untuk dirinya. Saat dia menceritakan kisah tentang waktu dia ternampak aku, aku cuba kembali mengimbau saat itu, saat dia jatuh hati kepadaku, saat itu juga aku tidak menyangka itu adalah dia, suami ku yang kini berada di hadapan mataku.

Saat itu.
Saat itu, saat yang telah berlalu selama lima tahun lamanya. Saat sewaktu umurku melonjak ke 20-an. Jika dihitung, saat itu umur suamiku adalah 25 tahun. Dan aku, 21 tahun. Ketika itu, aku seorang yang sangat lincah. Lincah untuk berkata-kata, lincah pergi mencari kawan untuk di jadikan sahabat dan pendek kata lincah untuk meneroka alam remajaku.

Cerita bermula..
Cerita bermula apabila aku menghubungi adikku Fateh untuk berjumpa dengannya di rumah sewanya. Aku dan Fateh berada di universiti yang sama. Jadi, mudah untuk aku pergi kemana-mana dengan hanya bertemankan dia. hehe. Dialah teman aku sewaktu aku berselera untuk makan malam di luar, teman aku sewaktu pergi membeli-belah di pasaraya dan teman aku sewaktu balik ke kampung. Rumah sewanya tidak jauh dari rumah sewa aku. Hanya mengambil masa 2 hingga ke 3 minit sahaja untuk sampai ke rumahnya. Semasa dalam perjalanan ke rumahnya, aku menghubunginya untuk siap-siap berada di luar rumahnya supaya senang proses untuk mengambil barang yang dikirimkan ummi aku pada dia.

"Fateh, kau tunggu di luar siap-siap tau..", aku membuat permintaan..
"Okey-okey..", Fateh bersetuju..

Keretaku menluncur perlahan dan sudah hampir ke perkarangan rumah Fateh. Tiba-tiba..

"Aik, ni bukan Fateh..", aku kehairanan melihat lelaki yang sedang terpacak di hadapan rumah sewa adikku itu. Jika dilihat dari segi wajahnya, memang tidak pernah aku melihatnya. Jika mahu dikatakan itu ahli bait adik aku, bukan juga. Sebab lelaki itu kelihatan seakan sudah berumur sedikit dari aku yang agak muda lagi ni. hihi.Hmm, abaikan saja lah.

'Subhanallah, perempuan dalam kereta itu. Tudungnya yang hitam itu menampakkan kulit wajahnya yang sawo matang, dari riak mukanya yang kelihatan seperti seorang yang berkeyakinan dan punya karisma. Cara pemanduan kereta yang penuh hati-hati. Dan aku begitu tertarik dengan semangat juangnya yang meletakkan mafla Palestin di hadapan dashboardnya. Sungguh, siapakah gadis ini?' hati Safiuddin berkata-kata lantaran terlihat gadis di dalam kereta itu. Setelah kereta itu hilang dari pandangannya, Safiuddin terus melintas jalan untuk pergi ke keretanya yang berada di seberang jalan bersama hati yang penuh tanda tanya.

Sofea yang tidak nampak kelibat adiknya itu terus memberhentikan keretanya di bahu jalan yang berdekatan dengan rumahnya adiknya. Terkumat-kamit mulut Sofea seolah-olah geram dengan adiknya yang tidak kunjung tiba, mahu sahaja di telan hidup adiknya itu. Sambil menekan butang call di telefon bimbitnya, tiba-tiba Fateh mengetuk cermin tingkap pintu Sofea.

" Kau ni pergi mana aje tau..", Sofea marah..
"Sorry2, aku urgent tadi pergi toilet, sakit perut loh..hehe", Fateh berseloroh.
"Mane barang akak?"..
"Ni ha..", Fateh memberikan barang kakaknya..
"Ok terima kasih..hihi", Sofea kembali ceria.

Sofea terus meluncur kereta pergi setelah mendapat barangnya. Happy!
Rupa-rupanya ada mata lain yang melihat adegan adik-beradik tadi dari sebuah kereta yang menapak tidak jauh dari tempat Sofea berhenti bertemu dengan adiknya. Kini Safiuddin telah tahu bahawa gadis itu adalah kakak kepada sahabat juniornya, Fateh. Safiuddin tersenyum kerana hatinya berbunga-bunga setelah mengetahui akan hal itu. Tetapi, cepat-cepat dia beristighfar takut-takut itu adalah mainan syaitan.

"Ya Allah, sekiranya benar dia bakal isteriku. Permudahkanlah jalanku untuk memperisterikan dia..", hati Safiuddin berdoa..

...........................................................................................................................................................................................................

'Ya, aku pernah lihat dia. Tapi aku tak pernah menyapa dan berhadapan dengan dia. Sungguh! Aku memang tidak mengenalinya..", Hati aku terus berkata-kata..
"Sayang..", Safiuddin berbisik nama Sofea..
"Ye awk..."..
"Dah ingat ke?"..
"A'ah dah..", Sofea membalas..
"Habis tu kenapa senyap aje ni? Sayang tak suke ye? Saya minta maaf ye.."..
"Tak ada apelah..awk, saya masuk bilik dulu boleh?"..Sofea membuat permintaan..
"Boleh sayang..", Safiuddin cuba menjadi pemberi terbaik..
Sofea bangkit dan pergi meninggalkan Safiuddin. Safiuddin faham akan permintaan isterinya itu untuk bersendirian dan sedang belajar untuk menerima dia dan kehidupan rumahtangga mereka itu.

'InsyaAllah..semoga kami kekal hingga ke syurga. Redhai kami Ya Allah!'. hati Safiuddin berdoa. Safiuddin senyum dan kembali membaca kitabnya yang berada ditangannya itu.

Di dalam biliknya Sofea meniarap menghadap dinding katilnya. Matanya terpaku tajam pada dinding katil itu. Kalaulah mata Sofea ade api, mungkin sudah terbakar dinding katil itu. hihi...

bersambung..( tengah ada guruh ni..maaf eh) wuwu ^^Y








Thursday, May 27, 2010

Isu crocs !!!

ulasan saifulislam (ust. hasrizal) dan ahli FB laen berkenaan crocs. dan sebagai pengguna dan org dewasa pikir2kanlah dan buatlah keputusan dengan matang . ^^Y http://ummsyuhada.blogspot.com/2010/05/isu-kasut-crocs.html

Monday, May 24, 2010

He is.. [part2]

Hari-hari senyum.
Senyum senyum dan senyum.mulut ni seolah-olah sudah ad 'button' senyum. tiap kali teringat die, button tu automatic 'on'. [senyum].

imbas.jam 6.15 pagi.
Tidurku indah. lalu ku rasakan ciuman segar hinggap di pipiku. Ya Allah! Apesal indah sgt mimpi ni!.
"Sayang..".
Aku senyum, aku suka dengar perkataan itu keluar dari mulut die.
"Sayang, bangunla. Subuh sayang.."...
Erk, subuh??alamak! kelam kabut aku bukak mate..rupenyee..
"Syg sy ni, tersenyum2 ni nape? Syg tak mimpi la. Ni ha, sy tgh kejut syg sy ni..", die menghadiahi subuhku itu dengan senyuman sambil tersandar di sebelah kepalaku. dan aku..
".....". malu.
"Awk xpergi keje lg?", aku berseloroh.
Die hanya senyum dan mencium pipi sy. Aku kepelikan..
"Syg ni, hari ni sabtu la syg.."..
"Whoaaaaa!", jeritku dalam hati!
"Hehe..ok. Maaf sy betul2 lupe, sy masuk bilik air dlu ye..". malunyee aku. janganla die pikir aku ni suke klo die takde kt uma. sebb aku suke klo die ad, aku nak dgr crita die lg dan lg.wuwu.

kisah 'saya' dan 'awak'.
Kawan2 aku yg da kahwin sume panggil suami diorg "hubby","baby","abg(yg ni mostly la)" dan beberapa perkataan romantik yg laen.aku?hehe.masih lg panggil si die "awk".kenapa?entahlah. sememangnya tidak aku nafikan aku susah untuk rapat dengan orang yang tidak ku kenali dengan begitu pantas walaupun aku ni seorang yang peramah. walaupun untuk perkataan 'abg', lidah aku masih belum tegar untuk menuturkannya.jadinye, utk "awk", sila bersabar eh.hehe. maafkan sy, wak.

"Awk, sy mnta maaf sebb xpanggil awk a...ba..ngg.", Ya Allah, nak sebut perkataan abg tu punyalah cam perkataan tu emas.
"Takpe lah syg.."..die senyum sambil matanya kembali kepada buku yg sedang dibacenya.
"Hehe..sy..sy..mnta maaf awk.."..
"Muaaah!"..die cium pipi sy..
"Gulp!". Sy telan air liur.lalu merah padamla muka ku ini.
"...", sy ambil buku, betulkan tmpt duduk dan bace buku di sebelahnya dgn rase yg tidak dapat ditafsirkan.


Siapa dia?
"Siapakah dia?", lirik hati ini lagi..
"Aku pernah berselisih jalan ke tak ngn dia?..", fikiran aku mula mencorak2 memori lampau. kot2 ad yg terkena..
"hurm..", penat dan puas aku berpikir tp takde satu pun yg bisa meleraikan ungkaian itu..
"Ya Allah, siapakah dia..?"..
Dia yg terlalu pemurah dgn senyuman, dgn cerita ttg pengalamannya, ttg ilmu yg dipunyainya dan pemurah dgn kelakuannya yg baik dn lemah lembut sebagao seorang lelaki..

"layakkah aku?"...seakan menjadi pilu hati ini bila memikirkan ttg diri yg sesuai atau tidak menjadi seorang istri yg taat kepada suami yg soleh ini..

panggilan.
"Syg, mari sini kejap..."..suara die..
"Ok awk sy datang.." aku menyahut..

sekarang aku duduk disebelahnya...dan dia mula berbicara tentang hatinya terhadap sy..cerita tentang die, sy dan masa dulu..
"Ya Allah!", hatiku menjerit
.......................................................................................................................................................................

Thursday, May 20, 2010

He is.. [part I]

Jam melangkau ke waktu 1130malam. Aku membiarkan skrin laptop ku terbuka kerana hajatku mahu menghabiskan download game rappelz itu. Mata sudah meronta-ronta untuk ditutup tirainya. Aku akur. Aku masuk bilik dan menepuk2 bantal. Bismillah dan ZZzzz..

"InsyaAllah dia akan menikah dengan akk", suara emak dibelakangku..
"Ha?"..aku terkejut..
"Dalam minggu ni akadnye.."..
"Siapa dia mak?"..
"Nanti da akad kenal la.."..emak tidak berterus terang..

Tibalah hari untukku di akadkan.aku hanya mampu melihat bakal suamiku dari belakang.aku seakan redha dengan segala perancang keluargaku. mungkin kerana penangan umurku yang semakin meningkat ini menyebabkan aku tidak tegar untuk memilih2 pasangan lagi.

"Sah!"..saksi2 mengesahkan akad yang dilafazkan oleh lelaki itu..
"Alhamdulillah.." dan doa terus berkumandang..
Aku masih tiada apa rasa.hanya gementar sedikit. juga terharu kerana hanya sekali lafaz saja akadnya.
"Kak, pergi salam..", emak berbisik.
Dengan perasaan gemuruh dan malu, dia berada di hadapanku.menyuakan salam. dan...aku membalas salamnya diikuti dgn ciuman di tgnnya.lalu aku mengangkat muka dan senyum padanya. Sungguh! aku tidak kenal siapa dia. Tapi, dialah suamiku.

seusai majlis akad itu.
tibalah di suatu hari aku sedang berkemas barang. sekarang aku berada di rumah kami. hari itu, hanya kami berdua, berdua berada di rumah kami. malam itu, dia bercerita tentang dirinya.katanya..

"Saya dari keluarga yg miskin, sy berkahwin dengan awk sebb sy pernah ternampak awk dan sy berusaha mengumpul duit utk berkahwin dgn awk. dan inilah hasilnya. sy ckup bersyukur dpt berkahwin dgn awk. terima kasih sudi menjadi isteri sy. sy harap awk terima sy seadanya."

romantik.
setiap hari, setiap kali aku bangun tidur pasti akan dia tinggalkan nota kaki di meja solek.

"Selamat pagi, sila senyum ye. sy sayang awk salu.nanti sy balek kita makan same2. tunggu sy balek eh awk. salam sayangku."

Hari2 sy penuh dgn senyuman. sy hanya byk berdiam kerana dia seorang yg terlalu peramah dan pemurah dengan cerita.

semoga Allah redha dengannya.
.......................................................

Thursday, May 13, 2010

Praktikal oh praktikal!

:)

Wednesday, May 5, 2010

new updates! Perhimpunan Perdana Palestin 8 Mei.

Layari www.bulansubuh.blogspot.com.. atau www.lifeline4gaza.com..

Perubahan masa : iaitu dari 5 ptg - 1130 mlm..
Ayuh! Semarakkan laungan Jihad..Allah..

Thursday, April 29, 2010

Miss the old u. [Final]

Because the only old u. who are u dat always make me waiting 4 u?hihi. u're my old game online, that is Travian. =.="

Nota kaki:
Kamu pergi di saat aku sudah membaka biak askar2ku..
Kamu pergi di saat serangan dari pihak musuh yang bertubi2..[aku suka part yg ini]
Kamu tinggalkan aku di saat aku sudah menyelesaikan assignment..
Tetiba.. Bila aku login username dan password..server tell me that.." There is no this username in the server.please try again or sign up"..
Saat itu aku memang kehilangan kamu..
Aku tamau buat yg baru..i wanna the old u

Mood:
blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, April 28, 2010

Miss the old u III

Dia semakin hilang dari pandanganku. Aku tetap setia membaca post2nya. Walau berulangkali, aku tidak bosan kerana itulah dia yang dulu. Andai kau kembali, kembali dengan kamu yang dulu. Jika tidak, tidak perlu datang kepadaku lagi.

Tuesday, April 27, 2010

Perhimpunan Perdana Palestin 8 Mei 2010


Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm

Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

Tetamu Jemputan
- Skeikh Hussein KH Awawidah, Penasihat kanan Rabithah Ulama Palestin
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air

Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung
Bawa bersama sejadah untuk solat berjemaah di Stadium

Anjuran
* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Global Peace Mission
* Muslim Care

Dengan Kerjasama
* Majlis Bandaraya Shah Alam
* Nasyeed.com
* Muadz4peace.com

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.lifeline 4gaza.org

603 7846 4146
info@lifeline4gaza. org

Miss the old u II

am waiting for u. may be for a years, two years or many years. only Allah knows this feeling. why u?not others? because it is about your old u

Miss the old u.

yes, i miss the old u. i only can find the old u thru the pak cik google, read ur nice posts on the forums. that's the old u.the way u talking to the public, ur comments, ur suggestion. i lurve ur old way, that's the old of u.

miss the old u.

Monday, April 19, 2010

The Wisdom of Abdul Qadir Al-Jailani I

"Dunia akan segera pergi. Segala kenikmatan dunia pasti sirna. Dan, akhirat semakin mendekat. Anehnya, kalian sama sekali tidak memikirkan hal itu. Yang terbayang dalam benak kalian hanyalah duna dan bagaimana mendapatkannya. Kalian ini musuh nikmat Allah. Jika mendapat keburukan, kalian menampakkannya, tetapi jika mendapat kebaikan, kalian menyembunyikannya. Jika kalian menyembunikan dan tidak mensyukuri nikmat Allah, Dia akan mencabut nikmatNya itu dari kalian.."

~.~


Friday, April 2, 2010

1..2..3..go!! - part 5


Tak kan dapat ku ungkapkan kata-kata yg sedih ini pada manusia..sungguh tak dapat kuluahkan..kerana mereka juga punya masalah-masalah seperti aku..namun ini bukanlah masalah yg aku rase membebankan..aku selalu mengambilnya sebagai satu cabaran yg perlu aku tempuhi.. cabaran di alam belajarku, cabaran utk memilih pasangan hidupku (ecehh..), cabaran menjadi seorang ketua adik-beradik dan sebagai seorang anak dan sebagai seorang dai'e di abad millenium ini..sungguh mencabar!!

Tepat!! kadangkala aku juga pernah merasakan bahawa saat itu , dan kadangkala saat ini aku seperti mahu menjerit dan menangis kerana kebuntuan yg menyesakkan dada..sungguh menyakitkan perasaan itu.. namun tidak dapat tidak, aku cuba utk tidak meluahkan pada manusia, kerana insan-insan yg hadir dalam hidupku sgt bermakna buat aku..biar mereka tidak merasakan aku menyayangi mereka, namun jauh disudut hatiku mahukan mereka sentiasa gembira apabila bersamaku..

Aku juga insan biasa, yg ad masenye memerlukan aku utk berfikir dan mengambil mase dlm menyesuaikan diri terhadap satu-satu keadaan dan situasi yg baru.. aku punya hati yg sentiasa berbolak-balik, oleh sebb itu doa sentiasa ku panjatkan agar iman dan taqwa sentiasa subur dalam hatiku ini. Hidup kerana Allah adalah perkara yg paling dalam ertinya bg seseorang muslim yg beriman. Aku berusaha utk jadi pemberi yg terbaek buatMu ya Allah, utk diriku, keluargaku dan agamaku..

Aku juga ketawa, aku juga menagis, dan aku juga punya rasa cinta.. Ya Allah, cintakanlah dan tetapkanlah hatiku utk bertemu para pencintaMu di jalan Dakwah dan Tarbiyah ini ya Allah..aku ingin berjuang bersama para pencintaMu di medan DnT ini..kuatkanlah kami ya Allah..

doakan aku sentiasa berkobar semangat syahidahku..ameen~



Monday, March 29, 2010

weeehuuu!

i've been hacked!!! reli sad blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, March 24, 2010

1..2..3..go!! - part 4

(tomey jewk blogger-emoticon.blogspot.com)

Tajuk: Nasibah dan hobi barunye.
Imbasan : 24 Mac 2010


Bersama dengan semangat hobi barunye, Nasibah melangkah ke pintu masuk dewan renang UiTM. Yang ni adalah kali ke dot dot..agagaga :)
motif crite ditulis : misi breaststroke berjaya :)

Crite bermula apabila latihan sebelum tidak berjaya kerana terlalu rileks dn selesa dengan gaya renang yg bese2 atau dikenali dgn renang kampung. Renang yg tidak memerlukan kuakkan tangan,hanya mengibaskan kaki dn sekali sekala mendongak keatas utk ambil nafas.

Crite semangat breaststroke bermula tatkala rakan serenangnya telah mencuba dan mencuba banyak kali breaststroke itu di depan mata nasibah, namun selalu Si aida hilang stepnye apabila di tengah jalan. Nasibah geram. Nasibah pikir .."Susah ngat ke breaststroke..??"..kebetulan, ad expert breaststroke hadir bersama nasibah dan aida. Kak Rah namenye. dialog bermula..

"Kak Rah...wat jap breaststroke..kite nak blaja ..ngeee..".nasibah senyum manis.
"Boleh..oke,tgok akk wat ea"...
"Baeklah...."..
'syuuuuuuuuuuuuuuuu...gedebush'..breaststroke digayakan..agk lame dalam 2 meter jauh..blogger-emoticon.blogspot.com
"Wow..lajudan rileks jek...".getus hati Nasibah.

"Cane cbah??"...kak Rah tanya Nasibah..
"Okek2..kite try ...hee"...

Dimulai dengan gerakan menguak tangan...kuak dengan luas2 sampai pandai..
Seterusnya, kuak kaki sehingga nmpak mmg cm katak berenang...
seterusnya synchronization antara kedua2 pergerakan..
akhirnya..

Kategori:
1. tangan - pass
2. kaki - pass
3. nafas (mendongak amek nafas) - pass
4. synchronization - pass

alhamdulillah..
"Alhamdulillah.. cepatnye cbah blaja..xsampai sehari pon ..".kak Rah memuji.
"hehe..malu ." ...Nasibah membalas.
'Alhamdulillah,insyaAllah utk Islam'...getus hati Nasibah..

"Aida, beat me..".sengaja mahu mencari lawan utk menilai tahap kepandaian breaststroke nye..
"okeh..".aida tersenyum manis ..plus penat berlatih..
'gedebush...........'

"huwaaaaa..cbah xaci,da pndai ..meh nk ikat kaki tuh"..haha
"ahahaha..ikatla.."mengejek...

p/s: da kawen nti nak aja usband berenang, klo dye xpandaila.pastu ad baby nk aja baby berenang dr kecik lg..agagaga blogger-emoticon.blogspot.com






blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, March 12, 2010

1..2..3 go! -part3

Imbasan : 13/3/2010..(besdaY qoyim)

nasibah menghadap laptopnya. Surf FB, baitulmuslim (eceh), ILI (iluvislam) dan tidak lupa untuk melayari blog2 rakan2 yg laen..
tetiba....

ym 'Aken_fear95' mengjenguk dan menyapa nasibah...
"salam akak.." ..adik2 ku di sane ..(izzah, ilah, dhira, aup, dan amer) ..maklumla cuti sekolah mase ni...hihi blogger-emoticon.blogspot.com
"salam adikku2..." nasibah menjawab dengan rasa seronoknya ..hik3blogger-emoticon.blogspot.com

"bla...bla...bla..haha..hoho..huhu"...seronoknye nasibah apabila dapat berchatting dengan adik2nya yg tersayang..huhu.
point2 bercerita :
1. tanya khabar? sihat ke idak? sampai uma bile?..
2. cite berkenaan masalah duniawi..hp.. motosikal..kete..kolam tepi uma..tv..astro..tenet..etc..ngeh3
3. cite berkenaan belajar.. amer --> SPM , aup --> PMR, dhira --> UPSR..hoho..emak ngn ayh bermalam2 dgn tahajudnya..Allah..
4. cite masalah semasa . lebe kepada menasihat . hati ke hati dr akk kepada adik2..
5. .......hehehe..
~
"amer auf..mathurat jgn tinggal, tu pendinding korang tu..sekarang ni mcam2 bole jadik.."..
"SPM wat betul2..lillahita'ala..target mesti betul2...", aim for ace bak kate cite jepun tuh..ngeh3 ^^.
"akak, nmpk x kitorg??", adik ilah jerit melalui microphone thru ym..hek3
"xnmpk la dik..suh abg invite webcam kat akk..", hehe...
' aken_fear95' invite you to see his/her webcam...accept!!!
"akak nmpk x kitorg?"..adik ilah jerit lg...
"nampaaaak!!~~"...rindu..rindu...rindu...aaaaaaarrrrh!!~~
bile da bg webcam, mcm2 la aksi yg diorg buat..muke senyum, monyok, tunjuk gigi, tunjuk peyut, tunjuk smileys yg pelik2 lg la xterkata..kelako woo00oo!!~~blogger-emoticon.blogspot.com
"akak bile nak balek??"..mereka bertanya..
"jap g akk sampai"..
"tp dlm mimpila..wakakaka XD".nasibah bersenda...hehehe
"akak ni...", mereka membalas dengan hampa..
"bah, nti ko amek aku bwak pegi bookfair kt sane.."..aup megajak dgn penuh harapan...blogger-emoticon.blogspot.com
"hek3...oke3..nti akk bincang ngn abg.."..tak semena2,adam pon termasok dlm rancangan nasibah...ngeh3
dan akhirnya..nasibah menganjurkan pada adik2nya utk mendownload cite dr syok.org..ini adalah kerana dirumah tiada tv..ngeh3..ayh telah berkeputusan utk xgune tv...alhamdulillah...blogger-emoticon.blogspot.comtp bg adik2 ku??diorg akanblogger-emoticon.blogspot.comhahaha...
"ok la bah..aku nk tgk2 cite pe yg best..".ameer mencelah..
"oke2,papehal inform akk.."nasibah menamatkan critera adik bradik ini..
"kim salam mak ayh, salam 'alayk", hehehe...bahgienyew..blogger-emoticon.blogspot.com

nota kaki : thanks to Allah sebb kurniakan daku adik2 yg membahagiakanku, yg bisa buatku menangis,ketawe dn gembira..aku sayangkan mereka tersangat3!~ Allah..~ smg Allah lindungi mereka sentiasa...>,<>,<
nasibah bahgia...daa~~

Saturday, March 6, 2010

1..2..3..go! -part II

imbasan : januari 2010, rumah sewa.

Hp menyanyi.."Sweet Home calling!"..nasibah tersenyum..:)
"Assalamualaikum..." nasibah memberi salam.
"Waalaikumussalam...akkkaaaakk!" adik Ilah punya suaralah..detik hati nasibah..
"Ye dik,nape??"nasibah bertanya..
"Bile akak nak belikan beg adik tu??", soalan itu...huhu
"Nanti akak nak balik uma akk belikanla..ok?", ..
"Yelah,akk balik bile?"..
"Lg seminggu je...huhu"..

Adik ilah ni, selagi tak dapat ape yg dihajati selagi itula die akn menanyakan ttg brg yg diminta.sungguhla budak kecik ni. sayang sgt kat dye.ngeh3 blogger-emoticon.blogspot.com klo da tepon akak die tu, mesti tny psal beg dye. kotla nak tny akk sihatke? da makan ke? akk nak nak guke2 ke? ok la jgak..blogger-emoticon.blogspot.com
seminggu berlalu..

imbasan: februari 2010, rumah...

nasibah lalu dihadapan adik Ilah yg sedang khusyuk berimaginasi dengan brg mainannya yg tak bernyawa itu..
1..2..3..go!

"Adik..."..
"Ape?"..
"Org gila ckp sorg2 tau.."..
"Adik ni org gila la eh..?", nasibah yg saja mahu menempah kemarahan adiknya..
".......", adik ilah tahan..
"Adik gila eh,adik ckp sorang2?"....saje mahu meletupkan gunung berapi..
"akk ni nape ha!!!!!"....trus menarik pipi nasibah,lalu dicubit2 sekuat hatinya, di tarik rambut nasibah dn dicubit2 badan nasibah...
"hahahahahaha,,,geli2!!!!".....
"amik ni (smbil cubit)...sape suruh kacau adik"...seolah2 bg amaran...
"wekwek..."hahahaha....


adik Ilah yg manja dan berdikari...love her very muchblogger-emoticon.blogspot.com

1..2..3..go!



blogger-emoticon.blogspot.comRindu kat adik ilah...teringat kt dia...
imbasan : februari 2010, ruang tamu.
cuti sekolah..

Nasibah berjalan keluar dari biliknya ke ruang tamu. Dia ternampak adik Ilah sedang khusyuk melayan perkakas permainannya sehingga tidak perasan yg kakaknya mahu lalu didepannya....tetiba...

"Praaaaaaaaank!!!"...nasibah meyepak sume perkakas permainan adik Ilah..
"Akk ni nape??tetiba jek ! " adik Ilah. Sambil menghadiahkan jelingan mata dari matanya yang besar itu...
"Hahahaha...akk terlanggar la dik..." nasibah tersenyum sinis...
Nasibah yang suka membuli adik Ilahnya itu..hihi...dia terasa puas...tapi itu belum ckup lagi....

sekembalinya dari bilik emaknya di ruang hadapn..
Nasibah akan lalu di hadapan adik Ilah kembali...tiba saatnya....

"Praaaaaaaank!!!" permainan bertaburan...
"Hahahahahaha....tak sengaja la dik,kecik sangat mainan tuh"...sukanya Nasibah..
"Akk ni!!!" adik ilah jerit. dia berdiri dan meligan akknya hingga ke dapur.
Nasibah sembunyi belakang maknya, adik Ilah tarik baju Nasibah dan mencubit sekuat hatinya di tangan kakaknya..Nasibah hanya ketawa sampai mengah.blogger-emoticon.blogspot.comSungguhla si akak dan si adik ni...


rindu kt adik Ilah....blogger-emoticon.blogspot.comrindu nak sepak mainan dye...blogger-emoticon.blogspot.com hehe..

to be continued...


Wednesday, March 3, 2010

Aasif..

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...


Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...


Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...


Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...

aasif.. aasif jiddan pada insan yg telah bersamaku hampir 4 tahun kerana melukai dirimu..aku tidak berniat menyakitimu dengan kelakuanku serta kata-kataku..namun aku memikirkan tentang masa depan kite yg seharusnya berakhir dengan baek..mg kamu lalui hidupmu dengan penuh rasa kecintaan pd Allah ..dn bukan kerana manusia.. aasif..

~nasibaHusna~

Monday, March 1, 2010

Berubah ??

blogger-emoticon.blogspot.comnangis je hari ni..eiii! maluu..kui3..manyak cgt wat mnde yg Allah xsuke, kan da sedih jek..mg Allah pandu hati ni menuju jalanNyablogger-emoticon.blogspot.com

think positive yaah!~ blogger-emoticon.blogspot.com

Sunday, February 28, 2010

Am down!

Hari ni, 1/3/10..hatiku menjadi pilu tatkala insan yg ku kasihi mesej kepadaku meluahkan rasa cintanya kerana Allah kepadaku..dialah Ummi Kalsom. Aku tersangat sedih dan terkilan akan kelakuanku terhadapnya malam tadi. Pagi ini aku mesej padanya, mengucapkan "maat taufiq wannajah" utk ujian (test) nya pd hari ni. Smg Allah permudahkan urusanmu ummi. Aku menyayangimu jua kerana Allah. Hati sebak bertambah pilu bila melihat wajah k.zan..k.zan juga telah mem'brain wash' aku malam tadi..

sungguh, aku tidak mampu menjaga sume hati2 insan yg aku syg..tekadku utk salu membuatkan mereka gembira keranaku..namun,terkadang ad juga salahku yg membuatkan hati mereka terluka keranaku..

utk melepaskan rase sebak dan pilu ini..aku menghubungi emakku..aku lepaskan segalanya..dengan tangisan dan airmata hiba aku hamburkan..aku rase tersangatlah lemah..aku masih xcukup kuat..namun,aku sentiasa memohon agar Allah terus membri aku kekuatan..

ummi..kak zan...sy minta maaf.. :"(