Lilypie

Wednesday, July 6, 2011

Kamu tiada kawan??

Jam 6 petang. Hp Abg berbunyi. Dia angkat. Rupanya adiknya, Naqiah. Dia menelefon Alongnya hanya kerana ingin mengajak abangnya berbual. Naqiah atau panggilan manjanya 'Yah' adalah seorang anak yang agak manja. Dia adalah anak perempuan bongsu. Bersekolah di sebuah sekolah yang agak famous di dalam negeri Pahang itu. Nama sekolah tu, TAHAP. Yah ni, mempunyai satu masalah besar (Yah tu la ngadu) tapi bagi kami kecil je huhu iaitu, dia tidak mempunyai kawan di sana. Tiap hari dia akan menelefon Alongnya. Maka, Alongnya pun pas la Hp ke akak iparnya ni..


"Assalamualaikum Yah..hehe"..
"Waalaikumussalam kak Ibah..hehe.."
"Yah sihat? Dah makan belum?"...
"Yah sihat. Yah tak makan lagi, makan pukul 630 jap lagi. Yah takde kawan la kak .."..sedih..
"Yah janganlah kata gitu..."..

Aku cuba menjelaskan kepadanya bahawa dalam dunia ni kita dapat lihat terlalu banyak orang. Namun, tak semua itu kita boleh jadikan mereka kawan. Aku memberi nasihat pada Yah, bahawa di TAHAP ada ramai orang, tapi tak semua itu adalah kawan kita yang akan menegur kita selalu berjalan dengan kita selalu makan dengan kita selalu. Sebenarnya, kawan ini adalah perkara yang subjektif. Buku juga boleh jadi kawan. Kerana ilmu di dalam buku tersebut sentiasa kita bawa ke mana-mana. Ia ibarat kawan yang setia selagi mana kita ingat kepadanya. Seperkara lagi, saya cuba menigngatkan kepada Yah bahawa ujian KAWAN ini adalah ujian dari Allah yang mungkin Dia uji kita untuk melihat sejauh mana kesedaran kita untuk kita mendekatkan diri kita kepadaNya.

"Yah, Yah ada Allah. Jangan lupa yang tu tau Yah."..
"Ye kak..."..
"Akak ngan Along sayang Yah.."
"Ye kak...akak tak sayang Along ke?"..
"Uish..mestilah sayang..hahaha.."..Aku menjeling suamiku disebelah...
"Ok Yah, pergi makan ye..jaga diri baik-baik tau.."...
"Terima kasih kak , Along.."...
"Takde apela Yah, insyaAllah..Assalamualaikum.."..
"Waalaikumussalam..."...Tamat.

Hidup yang kita lalui ini, mungkin kadang-kadang kita sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya dan menghadapinya. Oleh itu, cuba sematkan dalam hati dan pemikiran kita bahawa kita mestilah sentiasa pantas merujuk Al-Quran dan As-Sunnah bagi melicinkan perjalanan hidup kita. InsyaAllah, latihlah hati agar Dia ada dalam hati kita.

Jom jadi soleh solehah!!! ;)

5 butir bicara:

Begins & Ends said...

i can feel her.. hmm buku blh jd kwan. tp kdg2 trsa sunyi bla xada teman berborak... :(

sibhuscollection said...

huhu..tu la..every person they feel the different kinds of test from Allah..then, as the mankind on the earth we've must try to help each other..huhu syg min ;)

Laiyyinur Harir said...

nasihat yg sgt bagus kpd adik.. :) suka bace yg buku pn boleh jd kawan tue,good idea! :)
TAHAP..sek lame angah..rinduunyee kt warga TAHAP...comell adik ipar cbah,mengadu dgn abg n kakak iparnye.form 1 ke?

adik2 angah pn selalu ape2 masalah mesti ngadu dgn angah.I'll try my best 2 solve the probs but sometime I couldn't..& it's hurt me..rase sedih bila x dpt tlg dorg.. =(

sibhuscollection said...

Yah tu form 4, bru masuk thn ni..huhu..insyaAllah, dalam hidup ni kena sentiasa mohon Allah permudahkan urusan kita dan semua umat Islam..insyaAllah Allah akan bantu kita...if kita bantu Allah jaga Islam, insyaAllah Allah pasti menolong kita..;)

Unknown said...

Kalau takde kawan bersangka baiklah ngan allah.allah sayang kan umatnya.allah tak nak kita mengumpat mencela mencaci.allah nak kita Sentiasa dekat ngannya.bukan itu lebih baik?