Lilypie

Monday, July 18, 2011

Ketawa itu bahagia?

Siapa bilang ketawa itu bahagia? Siapa bilang mentertawakan itu bahagia? =.=" Aku menggalas seribu satu ujian yang diberi Allah untuk menjadikan aku insan taqwa dan insan rabbani. Hanya dengan lafaz hati antara mahu atau tidak sahaja untuk melalui ujian penuh ranjau dan duri. Aku ketawa bukan erti aku bahagia tetapi itu adalah faktor untuk aku melaluinya hari-hari aku. Manusia punya banyak ragam. Ada yang orang suka dan ada yang tidak suka. Namun percayalah wahai manusia bahawa suka dan tidak suka itu adalah ujian Allah untukmu. Usah membenci kepada manusia lain atas sikapmu yang begitu. Kerana kamu bukan Allah dalam menghukum manusia itu penipu dan berlakon. Itu hanya mainan hidup. Andai Allah ada dalam hatimu, itu takkan menjadi peganganmu. Saling menyalahkan itu bukan sangkaanmu. Bersangka baik kepada Allah atas setiap kejadian yang berlaku. Aku tetap aku. Ketawa aku bukan bahagia. Dan bahagia itu bukan ketawa.

Peringatan buat diriKU yang lupa.

0 butir bicara: