Lilypie

Wednesday, July 15, 2009

Kisah Benar Mujahid atau Kisah Benar Hidup Manusia?

Aku menjadi terkedu tatkala membaca sebuah artikel dari blog seorang sahabat yang mana membicarakan soal penulisan dalam blog. Menyingkap kembali permulaan saya untuk membina blog ini, saya selalu menyusun dan berkira-kira untuk menulis kisah hidup atau diari saya di atas blog saya ini. Tatkala saya sedih, saya gembira, saya pergi melancong dengan keluarga dan sebagainya pasti saya tak lupa untuk coret kisah hidup saya itu. Yang pada asalnya matlamat saya adalah untuk berkongsi rasa dengan pembaca-pembaca blog saya. Namun, Allah telah membuka pandangan mata dan hati saya kepada sebuah hadith ini...
yang berbunyi...
"Berahsialah dalam melaksanakan keperluan-keperluan mu, kerana sesungguhnya setiap yg beroleh nikmat pasti ada yg hasad padanya"( hadis sahih diriwayatkan oleh al-imam at-Tabrani)
Lalu, saya berkemas-kemas cuba menutup dan membaiki kelemahan saya ini. Hidup saya untuk Islam. Lalu, setiap apa yang saya buat perlu ada link dengan Rabb saya. Dan melangkahlah dalam melakukan pembersihan hati dan menuju matlamat saya yang pasti itu. Allah sangat baik memberikan saya nikmat-nikmatnya yang tidak berbelah bagi. Lalu nikmat apakah lagi yang saya hendak dustakan?Ingatlah segalanya Allah yang punya. Usah perasan itu milik kamu, hak milik kekal kamu. Usah perasan, itu hanya akan mengundang kemurkaan Allah.Nauzubillah..benci apa yang Allah benci, redha apa yang Allah redha..
Menyingkap catatan arwah 'Ammar Zulkifli....
"Tidak ingin saya jadikan blog ini sekadar catatan diari kisah hidup saya atau tempat saya luahkan segala isi hati saya. Saya tidak mahu jika Dalam Jiwa Hamba ini sekadar menjadi wadah berkongsi cerita perihal pelajar perubatan dalam rutin hariannya yang tipikal ataupun hikayat jejaka melayu di bumi afrika bernama Mesir.Yang diharapkan adalah muntahan buah fikir dari sumber yang jelas, sarat dengan iktibar. Dan ibrah ini dikongsi dalam bentuk pandangan dan pengalaman yang membuah untung kepada saya terutamanya, serta pembaca sekalian.Kerana itu, Dalam Jiwa Hamba wujud dan terus beroperasi.Operasinya adalah meraih sebesar mungkin Redha Allah. Kerana itu, modus operandinya harus konsisten rentaknya, bersih jalannya, teguh tapaknya dan yang penting dan paling susah Istiqamah. Hasilnya, terus menerus roh perhambaan kekal mekar, segar menawan".Moga blog ini dimanfaatkan dengan baik...biarkan ianya hidup dan terus hidup sampai bila2. Hidup dengan roh-roh iman dan ketekunan dalam dakwah!
~s-i-b-h-u-s~

Usah Jadikan Masalah Sampingan sebagai Matlamat!

"Apa matlamat kamu wahai Nasibah" dia bertanya.
"Matlamat saya untuk mencari keredhaan Allah dalam setiap apa amalan yang sy buat." saya menjawab.
"Kalau begitu, mengapa menjadi terlalu stress sampai kena menangis?", dia bertanya lagi.
"......", saya kelu.
Saya redha dengan pertanyaan tersebut. Saya menjadi malu, kenapa? Dari seorang muslimah yang dirinya selalu berkobar-kobar mengibarkan jiwa Islamnya, hari ini menjadi lemah dan hampir tertunduk dengan permasalahan sistem buatan manusia yang memerlukan kerahan tenaga manusia bagi mendapatkan kepuasan secara total. Komitmen amat diperlukan untuk hal-hal sebegini seperti belajar (kuliah), group project, assignment dan termasuklah perkara-perkara sampingan seperti menunggu bas dan penempatan di kolej yang masih belum tetap. apakah?
"Awak kena kuat.", dia menyambung perbualan.
"Ya..", saya menjawab.
Kekuatan asli terbina hasil dari jiwa yang beriman. IMAN. Saya mohon semoga Allah sentiasa memberi saya kekuatan untuk melalui detik-detik perjalanan yang dibentangkan kepada saya yang dipenuhi dengan onak dan duri dugaan dan cabaran. Apakah contoh-contoh cabaran itu?banyak, memang terlalu banyak. Sehingga transport pun menjadi masalah kepada saya. Transport? yelah, saya terpaksa bergesel-gesel badan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana kesesakan yang teramat di dalam bas tersebut. Ya Allah! kenapa sesak? Ini pula adalah kerana sistem manusia yang menginginkan pemgambilan pelajar yang ramai ke dalam sesebuah kampus tersebut yang menginginkan peningkatan dari segi kuantiti yang banyak akan menghasilkan pengeluaran dari segi kualiti yang baik. Malu! malu? Malu dengan Allah! Andai setiap hari saya perlu melalui saat ini, semoga Allah ampunkan dosa saya, dosa mengumpat di dalam hati saya ini yang selalu merungut dengan kejahilan sistem buatan manusia ini. Bukankah setiap yang berlaku itu sudah Allah susun?pasti ada hikmah kan?ya, saya redha lagi.
Kerapkan berzikir agar networking kita dengan Allah sentiasa successfully connected. Antara protocol untuk sentiasa connected dengan Allah, 'amar ma'ruf nahi munkar. Siapa yang melakukan kemungkaran, di saat dia melakukan kemungkaran itu tiada iman di hatinya di saat itu.Nauzubillah. Mengaku orang Islam tetapi jiwanya?Islamkah?atau Jahiliyahkah?atau Islam di waktu solat Jumaat atau membaca Yaasin di saat kita kematian ahli keluarga kita?Ya Allah, sedih sekali bila memikirkan kemuncak kemusnahan Islam pada akhir-akhir zaman ini.
Sentiasa membuat research tentang Islam, lalu amalkanlah. Apa yang Islam nak sebebanrnya?Islam hendakkan seorang muslim atau muslimah itu hidupnya kerana Allah. Bila dikatakan kerana Allah secara langsung, bila muslim itu belajar, menunggu bas, berbual dengan teman, makan hingga ke perkara-perkara kecil pun, muslim itu sentiasa mengingati Rabbnya iaitu Allahu Rabbi..subhanallah, sungguh tidak dapat digambarkan di saat Malaikat di bahu kanan kita ini senantiasa menulis segala kebaikan kita di bukunya itu lalu dipersembahkan kepada Allah dengan gembiranya. Adakah kita pernah fikir sedalam itu?pernahkah?!
Wahai orang-orang yang sedar, di sini saya linkkan bebrapa web yang boleh anda dapatkan bacaan dzikir atau mathurat untuk kita sama-sama sentiasa mengingati Rabb kita. Hayatilah maknanya. InsyaAllah, hati kita sentiasa online dan Allah akan memberi ganjaran pahala di atas setiap kebaikan yang telah kita lakukan itu.InsyaAllah...mari bekerja dan belajar untuk Allah.
Ingatkanlah aku, seandainya aku terlupa atau terleka akan matlamat hidupku ini. Mari berlumba mencari redha Allah bersamaku...
>>Klik di link di bawah<<
~s-i-b-h-u-s~