Lilypie

Monday, February 7, 2011

Berat ujian ini..

Sementelah aku tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengkomputeran Netsentrik, aku menjalani latihan industri yang di jalankan oleh sebuah syarikat yang agak besar. Sepanjang latian itu berjalan, aku sentiasa berkira-kira sama ada ingin meneruskan usaha ke arah bidangku itu atau berpindah ke bidang yang aku minati selama ini iaitu bidang keusahawanan. Sepanjang tempoh sebulan itu memang aku sentiasa mengitung hari dan detik demi merancang masa depanku. Aku kerapkali menemui jalan buntu. Doa demi doa aku terus panjatkan. Dengan harapan Allah sentiasa mudahkan jalan hidupku ini. Allah..hatiku merintih.

Akhirnya hari terakhir latihan itu tiba, aku telah lulus ujian akhir itu. Soalannya agak memeningkan kepala. Huhu.. Fikiran aku dan hati aku sentiasa mencongak-congak apakah ujian Tuhan padaku selepas ini. Susah atau senang? Mampu atau tidak aku menempuhnya?..huuu..oh angin, tolong bawakan hembusan itu pergi. Hadirkanlah keikhlasan dalam diriku ini. Ikhlas dalam menempuh ujian-ujian dari Tuhan ku...

Aku melatih diri untuk sentiasa bersedia dalam menempuhi apa jua ranjau dan duri sepanjang perjalanan hidupku ini. Allah.. Kuatkan aku ya Allah..Sekarang aku berada di rumah. Segala resume untuk memohon kerja telah aku siapkan dan telah aku pohon. Mengenai kerja di syarikat besar itu telah aku padamkan hajatku untuk bekerja dan memohon bekerja disitu. Ini adalah kerana aku memandang dari segi beberapa aspek kesesuaian dan persekitarannya. Apa pun itu bukan tempatku.

Di rumah, genap seminggu aku membantu mak dan ayah mengurus kedai. Dan dengan izin Allah ayah mendapat satu panggilan dari temannya. Dari butir bicara ayah, sepertinya temannya itu meminta aku menghantar resume ku kepada sekolah temannya itu. Masa itu, aku agak terpaku mendengarkannya. Aku terpaku kerana di dalam fikiran tidak terlintas langsung untuk aku menjadi seorang pendidik dalam masa terdekat ini. Namun, apabila aku fikir-fikirkan semula, memang aku pernah meminta dan mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pendidik suatu ketika dahulu. Dan, rasa itu semakin hilang tatkala aku melangkahkan kakiku ke dalam bidang akademik yang bukan berada di dalam skop pendidikan.

Akhirnya, aku menjadi tersenyum sendiri lalu aku dapat merasakan kehangatan kasih sayang Allah serta rezekinya yang melimpah ruah untukku. Terima kasih Allah kerana jalan ini yang telah Engkau tunjukkan padaku...Aku fakir ya Allah dalam menyayangimu..ampunkan aku..aku sentiasa berusaha untuk menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur kepadaMu..

Terima Kasih Allah....

2 butir bicara:

usop_zali said...

setelah sekian lama tidak menulis...=)

Shahida Safferi said...

Salam. Ya Allah,memberi sedikit motivasi pd diri sy slps baca entry akak ni.sy dpt sama mcm akak,pngkmptrn netsentrik.sy mmg sedih sbb dpt course yg sy xprnh dgr.bantu sy.boleh bagi infrmtn ttg netsentrik ni.terima kasih