Lilypie

Monday, October 25, 2010

Dia dan Perubahan.

Dia dan perubahan. Siapakah 'dia' itu?. Dia adalah manusia seperti aku juga. Punya hati dan perasaan ingin itu dan ini. Andai mahu, pasti usaha kuat ke arah itu, agar tercapai matlamat yang dituju.

Dulu.
Dia memang istimewa. Bermula dari zaman jahiliyah yang sangat mengasyikkan, lalu dia hanyut. Namun, hidayah Allah tepat datang padanya. Dia bertaubat. Insan bertaubat. Insan bertaubat ini belayar mencari teman yang baik dan soleh. Itu kemahuannya. Namun kadang-kadang, terbabas jua dia melayan teman yang 'lagha'. Lalu, segera dia muhasabah diri semula agar kembali berada di genggaman Rabbnya.Indahnya kuasa Iman dari Allah.

Hadirnya Wanita Di hatinya
Wanita. Indah suara, indah rupa. Namun,apa indah iman di dadanya?. Bermuqadimahkan dengan satu salah faham. semakin lama, dia semakin tertarik dengan wanita itu. Wanita yang, kurang indah rupa, kurang indah suara namun agamanya ada. hajat untuk bernikah terus dikhabarkan. namun, ada saja halangan yang datang. tahun demi tahun begitu. sangat kuat cabaran dan dugaan hidup yang perlu dihadapinya. Namun, itulah kuasa iman dari Allah.

Perubahan
Kematangan dalam hidup bersumberkan pengalaman-pengalaman yang dilaluinya. hidup yang hadir selepas jahiliyyah itu adalah hidup barunya. mungkin hadiah dari Tuhan. Hadiah dari Tuhan, dan ujian yang dihadapinya dalam kehidupan yang baru itu, itu juga hadiah dari Allah. Ilmu agama sangat diminatinya. terkadang lupa makan dan tidur. indahnya ilmu Tuhan.

Dia yang indah
Apabila segalanya indah belaka. Apa yang terpamer juga indah. Ilmu yang dia punya, di sebarkan dan dikongsikan dengan ramai orang. Sopan santun yang diamalkan memberi impak positif kepada semua jenis lapisan masyarakat. Moga Allah ampuni dosa-dosa lalunya.

Wanita itu dan dia
Wanita itu mungkin bukan jodohnya. Hajat bernikah tidak kesampaian kerana wanita itu tidak sanggup menunggu lama lagi. Dilihatnya lelaki itu terlalu khusyuk berkasih dengan buku-bukunya. Apakah wanita itu kurang berfikir?.

Bagi dia, kasih sayang Allah adalah segala-segalanya
Tidak mendapat kasih wanita itu tidak mengapa. Moga wanita itu bertemu dengan lelaki yang sekufu dan sesuai dengannya. Semoga itu yang terbaik untuknya. Dia, meneruskan rutinnya untuk berkasih dengan bukunya. itu lebih bermakna untuk dirinya, untuk akhiratnya.

Akhirnya...
Aku kagumi dia. Tersangat kagum. mahu jadi sepertinya dalam kuat menuntut ilmu.insyaAllah. Wallahu'alam.






0 butir bicara: