Lilypie

Monday, March 7, 2011

Tentang Mereka.

Waktu ini aku merasakan mahu mengetuk papan kunci laptopku. Pelajar asrama di sebelah sedang membaca Ma'thurat. Subhanallah. Aku bertanya pada diriku...apakah yang sedang rakan-rakan yang sebaya dengan mereka di sana lakukan? membaca Ma'thurat?membaca Al-Quran?bermain atau merayau-rayau yang tidak ketahuan arahnya?

Doaku..
Sentiasa aku panjatkan pada Ilahi moga anak-anak ini menjadi anak-anak yang soleh solehah yang mampu menjadi pembimbing remaja yang lain. Membimbing anak-anak yang ramai memang payah. Namun, seandainya strategi dan perancangannya itu rapi dan diikuti dengan doa yang tidak putus yang dipohon daripada Rabbnya, maka akan lahirlah satu hasil yang insyaAllah akan membawa kepada keuntungan Islam berzaman. Ini satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. Kesedaran setiap individu perlu ditarbiyah dan dipupuk demi menegakkan hukum Allah di bumi waqafan ini...

Wednesday, March 2, 2011

Cikgu! Cikgu!

Salam 'alayk :) saya harap para pembaca semua sihat dan didoakan semoga semua sentiasa dirahmati dan disayangi Allah hendakNya...ameen! Kali ni, suka untuk saya sentuh mengenai CIKGU. huu! Kenapa Cikgu? Kenapa tak Jurutera ke ? Juruukur bahan ke? Jururawat ke? dan segala anak juru ke..hahaha..saya sentuh pasal cikgu ni sebab sekarang saya telah menjadi seorang cikgu di salah sebuah sekolah swasta. ngee^^ Jadilah Cikgu Nasibah Husna. ngee^^

First time masuk mengajar, memang kekok. masuk-masuk kelas Tingkatan 1 Al-Khawarizmy untuk mengajar kelas Bahasa Melayu. Saya minta diorang buat karangan tentang minggu orientasi diorang.huhu^^ Masa diorang dah siapkan, dan itulah kali pertama aku menanda buku kerja pelajar-pelajar ni. huuu^^


Tugas yang bukan sekadar Cikgu
Tugas saya disini bukan sekadar cikgu, kerana disini aku juga menjadi seorang pendidik. Pendidik pelajaran duniawi dan ukhrawi. Memang berat amanah dan tanggungjawab ini. Namun, saya sentiasa berdoa agar Allah kuatkan dan tabahkan hati saya untuk menempuhinya. Hampir dua bulan saya berada di sekolah ini. Banyak perkara yang saya belajar. Alhamdulillah, murid-muridnya comel somel ^^ walaupun nakal namun mereka tetap melucukan. Buat cikgu-cikgu semua, apa yang dapat saya kongsikan ialah, marilah sama-sama kita mendidik anak-anak murid kita untuk menjadi pemimpin yang dapat menegakkan syiar Islam. Jom!