Lilypie

Monday, July 4, 2011

Main Ketawa Ketawa!

Salam. Saya Sibhus. Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah. Dapatlah tangan ini bergerak menekan keyboard laptop ni untuk saya mencoretkan cerita-cerita buat dikongsi bersama pelawat2 blog saya ini. ngee^^. Adela satu hari tu saya jalan-jalan kat satu blog ni lepas tu ayat yang saya tertarik nak baca tu dia tulis gini :

"Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja."



Sebenarnya ayat di atas ni adalah ayat yang saya petik dari Ciri-ciri Isteri Solehah. Semua isteri memang berhajat untuk menjadikan diri mereka isteri yang solehah. Isteri-isteri yang solehah inilah yang akan menjadi pendidik berharga bagi melahirkan insan-insan rabbani pada masa sekarang dan akan datang. (^^,) Saya juga tidak terkecuali. hi3.

"Sibhus! Kenapa tajuknya "main ketawa ketawa?"...
"hehe..."..

Saya dan suami rajin bergurau dan usik-mengusik. Suami selalu usik saya atas sifat saya yang suka hentak-hentak kaki bila benda yang saya hajati tidak dipenuhi (hehe..ni sifat tak bagus ni jangan ikut). Contohnya, saya minta suami kiss saya di dahi, tiba-tiba dia buat-buat hidu je kat dahi saya tanpa cium dahi saya. Saya pun akan menghentak kaki. Tak lama tu, nanti dia pulak buat seperti yang saya buat sebelum tu. hahahaha :D tak jadi merajuk da, sebab saya memang akan tergelak kalau dia usik saya begitu. Lagi satu, kalau dia jerit dari jauh :

"Ayang! mana kain abang?"..
"Ade tu, kat dalam almari atas kat tepi2 tu.."
"Takde pon!"...
"Adela bang...."..
"Takde sayang..."

Saya pun berlari nak gi carikan...tengok-tengok..

"Tadaaaaaaa!!! Hahaha.."...
"Abang ni!"...sambil hentak kaki..
"Abang saje je.." sambil hentak kaki..
"Hahaha..ngade abang ni.." saya tergelak..
"Mekasih sayang..."..

Gitula ceritanya...dalam kita melalui hari-hari kita ni, sebenarnya ada manis ada pahit, kita sebagai manusia yang ada Allah ni, kena pandai kita mengurus hidup kita dengan sebaik-baik pengurusan. Kita uruslah dengan baik sambil kita sentiasa berdoa dan mengharap bahawa Allah sentiasa ada bersama dengan kita dalam setiap urusan kita. InsyaAllah, berkahNya sangat kita harapkan. Semoga urusan kita sentiasa dibantu dan dipermudahkan Allah ;) daaa..

Jom jadi insan Soleh dan Solehah !!!

0 butir bicara: