Lilypie

Wednesday, May 11, 2011

Sehangat Cintaku Ep. 1



Setenang awan biru yang bergerak
Sesegar daunan yang meghijau
Seriang burung yang mencicip
Sebesar - besarnya kasih yang telah dicipta
dari Rabbmu kepada kita

Kelopak mata yang melihat
Semanis senyuman sang pendengar
Cerianya mereka apabila ketawa
Riangnya hati apabila hanya memikirkan
kebaikan yang mahu di buat demi Kekaasihya...


Coretan puitis di atas aku alunkan tatkala aku teringat akan anak-anak muridku yang kali pertamanya bersama denganku dan bermentor-mentee denganku. Anak-anak seusia 7 tahun, 8 tahun, dan 9 tahun ini aku ibaratkan mereka seperti kain putih yang suci. Anak-anak ini cergas sifatnya, berlari-lari mencari diri, terkuis-kuis tanah menimba keindahan alam dan terbang bagaikan burung bagi merasai kebebasan sang burung yang punya sayap. Segala-galanya indah. Subhanallah. Aku bahagia melihat anak-anak itu ketawa, senyum, bercakap dan bersenda. Aku cemburu. Allah. Aku tersedar dalam keseronokan di saat menyelami hidup mereka. Aku tersedar bahawa tugasku sebagai seorang pendidik yang perlu memberi ilmu tentang kehidupan alam dan ilmu tentang kewujudan Rabb mereka. Itu yang utama. Di saat umur mereka ini, mereka lebih berminat untuk bertanya dan mencari kenapa itu dan ini. InsyaAllah, semoga Allah menjadikan kamu umat manusia yang paling bersyukur dan kuat wahai anak-anakku. Aku sangat senang saat kalian menanyakan soalan tentang keraguanmu terhadap satu satu penemuan yang telah kamu temui. Apabila soalan itu kamu tanyakan, maka akanku sedaya upaya mengaitkan jawabanku dengan Agungnya Rabbmu. Sememangnya itu perlu.

Cikgu Sibhus.

0 butir bicara: