Lilypie

Monday, March 7, 2011

Tentang Mereka.

Waktu ini aku merasakan mahu mengetuk papan kunci laptopku. Pelajar asrama di sebelah sedang membaca Ma'thurat. Subhanallah. Aku bertanya pada diriku...apakah yang sedang rakan-rakan yang sebaya dengan mereka di sana lakukan? membaca Ma'thurat?membaca Al-Quran?bermain atau merayau-rayau yang tidak ketahuan arahnya?

Doaku..
Sentiasa aku panjatkan pada Ilahi moga anak-anak ini menjadi anak-anak yang soleh solehah yang mampu menjadi pembimbing remaja yang lain. Membimbing anak-anak yang ramai memang payah. Namun, seandainya strategi dan perancangannya itu rapi dan diikuti dengan doa yang tidak putus yang dipohon daripada Rabbnya, maka akan lahirlah satu hasil yang insyaAllah akan membawa kepada keuntungan Islam berzaman. Ini satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. Kesedaran setiap individu perlu ditarbiyah dan dipupuk demi menegakkan hukum Allah di bumi waqafan ini...

Harapanku..
Setiap kali aku bersama mereka, harapanku agar mereka bisa menjadi seorang muslimah yang disegani dan dihormati masyarakat disekeliling mereka. Dan yang lebih utama, mereka menjadi hamba popular dihadapan Allah nanti. InsyaAllah, orang yang mengasihi Allah dan dia dikasihi Allah, dia akan dikasihi orang dan dia juga mengasihi orang. Allahuakbar! Sungguh hebat kuasa kasih sayang Allah itu. Daripada itu juga, aku selalu mengingatkan diriku dan mereka semua bahawa, biar kita tidak popular di mata manusia, tapi kita mesti popular di mata Allah nanti. Ya, itu bukan perkara mudah. Umat manusia kini mengejar populariti untuk sentiasa anggun dan berwibawa di hadapan manusia. Namun, kita begitukah?Sama atau tidak? Renung-renungkanlah...

Aku memohon keampunan dari Allah seandainya kalam aku kali ini ada yang tersalah bicaranya. Sesungguhnya yang Haq itu adalah dari Allah. Dan yang lemah itu dari diri ini. Namun hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah. InsyaAllah.. ;)


5ibhu5

0 butir bicara: