Lilypie

Friday, May 11, 2012

Alahai anak murid

Assalamualaikum semua. (cip3!) hee (: updates kali ini berkisar dengan kerja saya sekarang sebagai guru kafa. Bekerja hanya tiga kali seminggu. Sehari 3 jam. (: . Yeah. Masuk bulan ini, hampir 2 bulan lebih saya memegang title guru kafa. Nampak mudah kan? Nampak macam biasa je kan? Huh! Ya, itulah intrepretasi saya terhadap kerja guru kafa ini dulu. >.> sekarang, hamek kaw! :"( Nak menangis pun ada. Wuwu.

"Pasai pa pulak sibah wei?"
"Pasai pa? Huuuu..."

Saya telah diamanahkan untuk menjadi guru bagi subjek Sirah, Ibadah dan Amali solat bagi tahap dua. Actually, memang saya yang nak, dan memang berhajat untuk mencabar adrenalin saya bagi memegang tahap dua. Yeah!. Saya juga merupakan guru kelas bagi kelas 4 Berlian. Kelas kedua diantara dua kelas. Kelas pertama kelas 4 Intan.

Oh 4 Berlian!
Kelas 4 Berlian. Berlian. Ya, memang indah didengar. Namun agak perit untuk ditelan ditekak. Yelah, siapa yang nak makan berlian kan?haha. Bagi saya, kelas 4 Berlian ini murid-muridnya seperti berikut :
1) Ganas - terjerit-jerit, gegar habis kelas, kerusi meja semua kasi langgar baru gempak =.="
2) Hiperaktif - Tanya satu soalan, jawapan beribu tapi jawapan semua super tak kena. Agagagaga (0_o")
3) Ejek mengejek - Ini adalah adat tradisi. Harap tidak menurunlah ke generasi bawah.
4) Malas - Yang okey, buat keje. Yang tak okey memang tak jalan. Apa pun tak boleh!
5) Kurang kerjasama, suka condemn orang - Jadilah kelas tu macam kelas sarkas.

Memang tak supo berliang ah!

At first sight.
Semua guru kafa memang akui yang kelas 4 Berlian memang begitu. Dan sepanjang pengalaman aku berkerja sebagai guru, ini adalah kali pertama aku mempunyai pengalaman meng'handle' anak-anak murid yang hiperaktif seperti mereka. Ya, ujian dari Allah barangkali. Bagi aku, tahap satu atau tahap dua sama sahaja. Mereka tetap kanak-kanak yang sedang membesar. 

Setiap manusia dilahirkan berbeza cara, berbeza jenis keluarga, berbeza latarbelakang, berbeza cara hidup yang mereka alami dan pelbagai lagi. Lalu, dari situlah apabila murid-murid masuk ke dalam kelas maka masuklah jua perbezaan-perbezaan ini menjadikan kecelaruan dalam persekitaran murid-murid tersebut. Sebagai guru, untuk memberi pengajaran yang berkesan guru tersebut harus memahami keadaan murid-muridnya. Ya, memahami murid-muridnya. 

Kadangkala tercabar juga jiwa sebagai guru ini apabila murid-murid menjadi semakin 'ganas' dan tidak mahu mendengar kata. Ada juga hati berdetik, 'Kenapalah kelas aku ini tak macam kelas 4 Intan yang dengar kata, selalu ikut arahan, kerja sekolah berlumba-lumba untuk disiapkan..hmmm..'. Secara tidak langsung, masa awal saya mengajar rasa itu memang wujud. Macam diskriminasi pun ada. Namun begitu, saya tetap yakin dan kuat untuk terus mencari jalan dan terus membuat perancangan dalam mengendalikan murid-murid tersebut.

Pergaduhan
Murid kelas saya bergaduh. Berguling-guling atas tanah. Allah. memang mengejutkan. Ya, ini kali pertama dan berlaku di depan mata saya. Apabila di ungkai, sebab utama pergaduhan adalah kerana mulut. Memang kerana mulut badan binasa!. Kerana mulut, hampir setiap kali masuk kelas akan ada adegan airmata, tidak kira lelaki atau perempuan yang akan menangis. Oh umatku yang semakin tenat. 

Sebagai seorang guru, sebagai seorang Muslim dan seorang umat yang sayangkan ummahnya. Saya perlu bersedia untuk menunaikan hak-hak murid-murid saya. Hak mereka untuk mempelajari ilmu. Hak mereka untuk mengetahui hal-hal tentang pahala dan dosa. Hak mereka untuk mereka tahu bagaimana yang dikatakan ibadah yang sahih. Ya, murid-muridku akan aku tunaikan hak itu. InsyaAllah! Saya sentiasa berharap agar Allah membaiki urusan saya ini dan tidak akan tinggalkan saya untuk menentukan nasib saya ini. 

Memang sedih. Hati saya menangis memikirkan anak-anak murid saya ini. Terkadang hampir tumpah airmata ini dek kerana mereka membuat perangai. Namun, saya cuba bangun dan terus berdoa agar mereka ini menjadi insan berguna untuk umat di masa hadapan. 

Solusi.
Setiap kali masuk ke kelas. Antara perkara yang saya akan lakukan :
1) Sewaktu mereka membaca doa, saya akan betulkan cara mereka berdiri saat membaca doa, bagi berdiri tegak. Tidak goyang sana sini. Tangan ditadahkan dengan betul, tidak meloyot-loyot ke bawah.
2) Membetulkan bacaan doa penerang hati dan doa untuk mula belajar. (Dengan doa yang betul lafaznya, semoga terkesan ke dalam hati mereka).
3) Mendengarkan kisah-kisah para sahabat Rasulullah, kisah Rasulullah, kisah teladan anbia', dan kisah-kisah lain yang menarik untuk memberi keseronokan dan khayalan yang baik untuk mereka.
4) Sering mengingatkan perbuatan-perbuatan baik dan buruk dan balasannya yang diterima di hari akhirat kelak.

dan beberapa cara lain lagi termasuklah sesi taaruf secara rawak dengan murid yang bermasalah..
mereka belajar. saya juga belajar. Belajar tentang manusia. Tentang tingkahlaku manusia. Kepada Allah saya memohon agar diberi kekuatan dan ilmu yang bermanfaat sepanjang hayat dalam meningkatkan pengetahuan saya bagi mencorak dan membimbing anak-anak ini. Sesungguhnya jalan ini tidak mudah. Belajar itu sepanjang hayat. Subhanallah.

Wala Hawla Wala Quwwata illa Billah. Sekian.

0 butir bicara: