Wednesday, April 12, 2017

Hadir untuk membahagiakan, pergi bukan untuk menyeksakan

Pagi tadi. As usual. Aku cubit lembut pipi gebu Auni.

"Auni, mama nak work ni, bangunlah syg.."

Lalu terdengar si kecil bersuara sambil mata masih rapat terpejam....

"Mama..."
"Auni..." aku membalas..
"Mama..." auni menyebut lg sambil mata terbuka terpisat...
Hampir 10 kali kami mengulang dan memanggil nama masing²..
Aku letakkan kepalaku di belakang tubuh kecil yg meniarap itu, tidak menekan, hanya letak bersahaja, membina skinship..
Auni terlihat selesa begitu.. we communicate dan aku cerita padanya plan aku hari ini dan esok... dia mendengar dan dia mengulang beberapa perkataan yg dia tahu dan dia tangkap.. antaranya ialah nenek, atuk, rindu, sayang..
.
"Ok sayang.. salam mama" dia salam..
"Mama pergi dulu.." aku mula bangun dan berjalan beberapa tapak keluar dari rumah.. Lalu dia jerit.. "mama!" Mula menangis nak ikut..
.
Apa yang aku nak cerita di sini..pagi tadi aku dah tinggalkan momen bahagia pd dia,lalu aku pergi tinggalkan dia.. dia mungkin rasa terkilan tapi terpaksa melepaskan..dengan muncung bibir bawahnya.. kalau baba dia dulu cakap, itik dah keluar dah tatkala aku merajuk kerana sesuatu perkara.
.
Ya Allah, sayunya tengok dia nangis. Aku tahu dia tak puas bermain dengan aku. Hanya aku tempat dia bergantung. Aku perlu didik untuk dia jadi berdikari di masa akan datang. Auni bukan aku punya, tapi aku perlu menjaganya, mendidik dan membesarkan amanah Allah ini. Manusia biasa bernama Nasibah Husna ini terlalu mudah mencintai sesuatu. Mudah juga kehilangan sesuatu. Tarbiyah dari Allah untuk aku.
.
Kalau Auni merajuk dengan mama, Auni akan berguling perlahan-lahan menjauh dari mama, lepas tu nanti datang semula. Haha, kelakar! Ya Allah...
.
Aku bencikan diri aku yang mudah mencintai ini. Walau aku tahu aku akan kehilangannya nanti.
.
Sesungguhnya, solatku, hidupku, matiku keranaMu Allah..

0 butir bicara: