Lilypie

Monday, May 18, 2015

Dia Yang Aku Rindu Ep. 1

 AUNI SYIFA'

 Dari kanan : BABY BOY

AUNI SYIFA'

Auni Syifa' sedang lena tidur di dalam rocker Fisher Price nya. Usianya telah menginjak dua bulan pada seminggu yang lalu. Auni membesar dengan cerdik dan sihat. Beratnya adalah 5.1kg semasa dia dua bulan berbanding berat lahirnya iaitu 2.9kg. Alhamdulillah, padamu aku panjatkan doa kesyukuran.

11 Mac 2015. Tarikh Auni Syifa' dilahirkan di Hospital Sultan Ismail, Johor.
10 April 2015. Sebulan Auni. Dan juga,perginya seorang suami, seorang baba dan seorang hamba Allah menyahut panggilan Sang Rabb.

 'BABY BOY' vs 'BABY GIRL'

Untuk detik ini. Aku sangat merinduimu wahai 'baby boy' ayang. Siapa sangka. Allah ambil 'baby boy' ku, lalu diberinya seorang 'baby girl'. Sangat cantik dan hebatkan aturan dan perancangan Allah. Inilah hikmahnya, semasa di awal usia perkahwinan kami, aku secara tiba-tiba mendapat idea 'gila' untuk memberi gelaran kepada suamiku dengan gelaran 'baby boy' dan aku 'baby girl'. Bila diimbas semula saat-saat dan setiap detik apabila aku memanggilnya baby boy memang kelakar tapi bahagia. Terlalu bahagia. Terlalu comel. Dia pula sangat suka dengan gelaran yang telah aku berikan itu. Dan ini semua adalah gara-gara aku baca novel apa tah tajuknya, yang mana di dalam novel tu ada sebut satu pepatah English :

"I'll respect you as my hubby, and
I'll treat you as my baby.."

Sebab pepatah inilah datang idea gila nak panggil dia Baby Boy. Ke mana sahaja kami pergi, walau kami berada di rumah kampungku atau dia aku tetap sahaja memanggilnya dengan gelaran itu. Terkadang, adik beradik malah keluarga tergelak bila mendengarkannya. Dan selalunya dia bersahaja tersenyum dan menjawab semula mengatakan tak perlulah cemburu dengannya. Memang dia seorang yang kelakar dan romantik.

Hari ini baby boy ku telah tiada. Perginya seorang suami yang sangat manja, bertanggungjawab, pemanis orangnya, seorang yang tegas, dan seorang pejuang agama yang terlalu ingin melanjutkan pengajian ke luar negara untuk mendapatkan ilmu dari syeikh dan professor yang betul khusus ilmunya. Namun hajatnya tidak kesampaian, dia pergi menghadap Sang Pencipta terlebih dahulu. Tidak mengapa sayang, insyaAllah di syurga nanti baby boleh baca buku banyak-banyak dan minta untuk belajar di mana sahaja yang baby suka ya. Semoga baby ditempatkan bersama para solihin di alam lain di sana. insyaAllah setakat ini dahulu untuk episod ini.

Sib_Hus
Raub,Pahang
19 Mei 2015
12.14 t/hari


0 butir bicara: