Lilypie

Thursday, May 20, 2010

He is.. [part I]

Jam melangkau ke waktu 1130malam. Aku membiarkan skrin laptop ku terbuka kerana hajatku mahu menghabiskan download game rappelz itu. Mata sudah meronta-ronta untuk ditutup tirainya. Aku akur. Aku masuk bilik dan menepuk2 bantal. Bismillah dan ZZzzz..

"InsyaAllah dia akan menikah dengan akk", suara emak dibelakangku..
"Ha?"..aku terkejut..
"Dalam minggu ni akadnye.."..
"Siapa dia mak?"..
"Nanti da akad kenal la.."..emak tidak berterus terang..

Tibalah hari untukku di akadkan.aku hanya mampu melihat bakal suamiku dari belakang.aku seakan redha dengan segala perancang keluargaku. mungkin kerana penangan umurku yang semakin meningkat ini menyebabkan aku tidak tegar untuk memilih2 pasangan lagi.

"Sah!"..saksi2 mengesahkan akad yang dilafazkan oleh lelaki itu..
"Alhamdulillah.." dan doa terus berkumandang..
Aku masih tiada apa rasa.hanya gementar sedikit. juga terharu kerana hanya sekali lafaz saja akadnya.
"Kak, pergi salam..", emak berbisik.
Dengan perasaan gemuruh dan malu, dia berada di hadapanku.menyuakan salam. dan...aku membalas salamnya diikuti dgn ciuman di tgnnya.lalu aku mengangkat muka dan senyum padanya. Sungguh! aku tidak kenal siapa dia. Tapi, dialah suamiku.

seusai majlis akad itu.
tibalah di suatu hari aku sedang berkemas barang. sekarang aku berada di rumah kami. hari itu, hanya kami berdua, berdua berada di rumah kami. malam itu, dia bercerita tentang dirinya.katanya..

"Saya dari keluarga yg miskin, sy berkahwin dengan awk sebb sy pernah ternampak awk dan sy berusaha mengumpul duit utk berkahwin dgn awk. dan inilah hasilnya. sy ckup bersyukur dpt berkahwin dgn awk. terima kasih sudi menjadi isteri sy. sy harap awk terima sy seadanya."

romantik.
setiap hari, setiap kali aku bangun tidur pasti akan dia tinggalkan nota kaki di meja solek.

"Selamat pagi, sila senyum ye. sy sayang awk salu.nanti sy balek kita makan same2. tunggu sy balek eh awk. salam sayangku."

Hari2 sy penuh dgn senyuman. sy hanya byk berdiam kerana dia seorang yg terlalu peramah dan pemurah dengan cerita.

semoga Allah redha dengannya.
.......................................................

1 butir bicara:

terry bogart said...

hurmm.. menunggu next entry utk faham kisah di atas