Lilypie

Friday, May 28, 2010

He is.. [final I]


sekarang aku duduk disebelahnya...dan dia mula berbicara tentang hatinya terhadap sy..cerita tentang die, sy dan masa dulu..
"Ya Allah!", hatiku menjerit
...............................................................................................................................................................................................................
"Ya Allah!", hatiku menjerit.
'Aku seperti tidak percaya dengan apa yang dibicarakan sebentar tadi. mengapa hatinya terlalu murni sehingga sanggup memperisterikan diriku yang tidak seberapa baik untuk dirinya. Saat dia menceritakan kisah tentang waktu dia ternampak aku, aku cuba kembali mengimbau saat itu, saat dia jatuh hati kepadaku, saat itu juga aku tidak menyangka itu adalah dia, suami ku yang kini berada di hadapan mataku.

Saat itu.
Saat itu, saat yang telah berlalu selama lima tahun lamanya. Saat sewaktu umurku melonjak ke 20-an. Jika dihitung, saat itu umur suamiku adalah 25 tahun. Dan aku, 21 tahun. Ketika itu, aku seorang yang sangat lincah. Lincah untuk berkata-kata, lincah pergi mencari kawan untuk di jadikan sahabat dan pendek kata lincah untuk meneroka alam remajaku.

Cerita bermula..
Cerita bermula apabila aku menghubungi adikku Fateh untuk berjumpa dengannya di rumah sewanya. Aku dan Fateh berada di universiti yang sama. Jadi, mudah untuk aku pergi kemana-mana dengan hanya bertemankan dia. hehe. Dialah teman aku sewaktu aku berselera untuk makan malam di luar, teman aku sewaktu pergi membeli-belah di pasaraya dan teman aku sewaktu balik ke kampung. Rumah sewanya tidak jauh dari rumah sewa aku. Hanya mengambil masa 2 hingga ke 3 minit sahaja untuk sampai ke rumahnya. Semasa dalam perjalanan ke rumahnya, aku menghubunginya untuk siap-siap berada di luar rumahnya supaya senang proses untuk mengambil barang yang dikirimkan ummi aku pada dia.

"Fateh, kau tunggu di luar siap-siap tau..", aku membuat permintaan..
"Okey-okey..", Fateh bersetuju..

Keretaku menluncur perlahan dan sudah hampir ke perkarangan rumah Fateh. Tiba-tiba..

"Aik, ni bukan Fateh..", aku kehairanan melihat lelaki yang sedang terpacak di hadapan rumah sewa adikku itu. Jika dilihat dari segi wajahnya, memang tidak pernah aku melihatnya. Jika mahu dikatakan itu ahli bait adik aku, bukan juga. Sebab lelaki itu kelihatan seakan sudah berumur sedikit dari aku yang agak muda lagi ni. hihi.Hmm, abaikan saja lah.

'Subhanallah, perempuan dalam kereta itu. Tudungnya yang hitam itu menampakkan kulit wajahnya yang sawo matang, dari riak mukanya yang kelihatan seperti seorang yang berkeyakinan dan punya karisma. Cara pemanduan kereta yang penuh hati-hati. Dan aku begitu tertarik dengan semangat juangnya yang meletakkan mafla Palestin di hadapan dashboardnya. Sungguh, siapakah gadis ini?' hati Safiuddin berkata-kata lantaran terlihat gadis di dalam kereta itu. Setelah kereta itu hilang dari pandangannya, Safiuddin terus melintas jalan untuk pergi ke keretanya yang berada di seberang jalan bersama hati yang penuh tanda tanya.

Sofea yang tidak nampak kelibat adiknya itu terus memberhentikan keretanya di bahu jalan yang berdekatan dengan rumahnya adiknya. Terkumat-kamit mulut Sofea seolah-olah geram dengan adiknya yang tidak kunjung tiba, mahu sahaja di telan hidup adiknya itu. Sambil menekan butang call di telefon bimbitnya, tiba-tiba Fateh mengetuk cermin tingkap pintu Sofea.

" Kau ni pergi mana aje tau..", Sofea marah..
"Sorry2, aku urgent tadi pergi toilet, sakit perut loh..hehe", Fateh berseloroh.
"Mane barang akak?"..
"Ni ha..", Fateh memberikan barang kakaknya..
"Ok terima kasih..hihi", Sofea kembali ceria.

Sofea terus meluncur kereta pergi setelah mendapat barangnya. Happy!
Rupa-rupanya ada mata lain yang melihat adegan adik-beradik tadi dari sebuah kereta yang menapak tidak jauh dari tempat Sofea berhenti bertemu dengan adiknya. Kini Safiuddin telah tahu bahawa gadis itu adalah kakak kepada sahabat juniornya, Fateh. Safiuddin tersenyum kerana hatinya berbunga-bunga setelah mengetahui akan hal itu. Tetapi, cepat-cepat dia beristighfar takut-takut itu adalah mainan syaitan.

"Ya Allah, sekiranya benar dia bakal isteriku. Permudahkanlah jalanku untuk memperisterikan dia..", hati Safiuddin berdoa..

...........................................................................................................................................................................................................

'Ya, aku pernah lihat dia. Tapi aku tak pernah menyapa dan berhadapan dengan dia. Sungguh! Aku memang tidak mengenalinya..", Hati aku terus berkata-kata..
"Sayang..", Safiuddin berbisik nama Sofea..
"Ye awk..."..
"Dah ingat ke?"..
"A'ah dah..", Sofea membalas..
"Habis tu kenapa senyap aje ni? Sayang tak suke ye? Saya minta maaf ye.."..
"Tak ada apelah..awk, saya masuk bilik dulu boleh?"..Sofea membuat permintaan..
"Boleh sayang..", Safiuddin cuba menjadi pemberi terbaik..
Sofea bangkit dan pergi meninggalkan Safiuddin. Safiuddin faham akan permintaan isterinya itu untuk bersendirian dan sedang belajar untuk menerima dia dan kehidupan rumahtangga mereka itu.

'InsyaAllah..semoga kami kekal hingga ke syurga. Redhai kami Ya Allah!'. hati Safiuddin berdoa. Safiuddin senyum dan kembali membaca kitabnya yang berada ditangannya itu.

Di dalam biliknya Sofea meniarap menghadap dinding katilnya. Matanya terpaku tajam pada dinding katil itu. Kalaulah mata Sofea ade api, mungkin sudah terbakar dinding katil itu. hihi...

bersambung..( tengah ada guruh ni..maaf eh) wuwu ^^Y








1 butir bicara:

Safi ArRahman said...

hmm...ada elemen lucu yang melampau. haha...cth mata berapi. fuh...

tp alhmd ada potensi. bole gilap lagi. tgh tunggu utk cerpen lain pulak.