Lilypie

Monday, November 16, 2009

Buatmu Bear Cumeyku ^,^


Kala hati menjerit namamu
Ku sebat jiwaku untuk beristighfar
Ku tak mahu ia merindu kerana nafsu yang dijala oleh syaitan
Kerana ku mahu rasa cinta itu cinta yang Allah redha
Ku hadirkan cinta kerana ku ingin bersamamu
Dalam menongkah arus perjuangan menuju Tuhan yang satu
Butir kata-kata yang selalu kau damparkan
Selalu mengusik hati dan aku menjadi suka
Semangat tercas
Aku masih lemah lagi
Saat kau menyentakku dengan kata-kata yang benar dari pengalamanmu
Aku akur lalu aku cuba turutkan
Inilah cinta
yang bisa mengubah iblis menjadi malaikat..

Genggamlah cinta Ilahi..
Marilah berjuang bersamaku..
Kau layarkan bahtera
akan aku menjadi anak kapalnya..
kita bergerak menuju destinasi kampung akhirat
yang ditengahnya ombak badai
yang tidak tergambar oleh kita nanti
hanya yang kuat akan berjaya melaluinya
aku yakin kau bisa membawaku bersama
untuk melalui
ujian Allah buat manusia yang beriman
senyumlah kita saat berjaya membuka satu nilai kehidupan
nilai kehidupan yang aman dan bahagia..






senyumlah.. :)

~sibhus~