Lilypie

Tuesday, October 4, 2011

Aku dan Cemburu.


Gambar di atas adalah dua bijik bantal. Satu abg sy punya, lagi se sy punya. Antara dua tu yg pink tu sy punya(mesti punya). Sy peminat pink disamping biru dan hijau. Sy sentiasa berdoa muge tuan puan pemilik bantak ini sentiasa bersama berdua sahaja hari ni,esok, lusa dan selamanya. Ameen ya Rabb. Sy sentiasa berdoa.

Tragedi cemburu.
Dua minggu lepas, sy dan abg pergi ke pesta konvo UKM. Mase tu hari Sabtu. Kami round2 tapak jualan yg ada disitu. Tetiba sy nampak 2 orang perempuan senyum2 sambil angkat tangan dan...
"Assalamualaikum..akhi Busyro kan?dulu KUIS kan?"tegur perempuan tu.
"Waalaikumussalam...erm a'ah Busyro dari dulu. Erm, sape eh?"sambil tunjuk kat perempuan2 tu. (kat dalam hati aku ni da terbakar je,syaitan mungkin).
"Erm, kitorg budak Syari'ah KUIS dulu, la further UKM ni."budak tu jawab.
"Ooooh...ohhhhh.." abg sy ber'oh oh' jela sebab bukannya kenal pun.
"Oklah, gerak dulu eh." puan tu nak blah da sebab tengok mata sy mata tak puas hati sebab dia tegur laki orang tanpa sebab.(hahahaha)

Kitorg pun jalan2 lagi,tetiba nampak Uncle Bob punya stall yang jual ayam goreng tanpa tulang, yang sedap2 tu la. Then, abg sy order dua. Sementara tunggu siap, kami duduk dekat2 area Uncle Bob tu. Tetiba, sy nmpak abg sy angkat tangan dekat orang. Bila sy tengok balik, rupenya budak2 tadi. Diorg angkat tangan dekat abg sy. Ya Allah!.Sy hangin tul, perlu ke angkat2 tangan. Sy tak tahulah kan kalau orang tu memang style gitu. Tapi, kalau sy la kan, takdenye nak angkat or tegur orang laki tengah2 jalan ke, sebab if kite kenal pun, just senyum je la. kalau sayalah,sy segan. hadoila.nape tah. lastly, masuk kete sy masam mencuka la.

UJIAN ALLAH
Allah Maha Tahu aku ni kuat cemburu. jadi dia turunkan ujian untuk aku pikir apa hikmahnya disebalik kuat sangat cemburu tu. Kenapa pikir dulu sebelum nak cemburu lebih-lebih. Allah tahu aku ni da tebiat sangat sebab dok mengata orang, sebab aku sendiri tak jelas apa niat puan2 yang tegur zauj aku tu (aku doa je supaya diorg takde niat nak ngorat abg aku tu). Semoga aku terus tabah dan pikir betul2 setiap ujian mendatang yang datang. Semoga ia terus menguatkan cinta dan rinduku padaMu Allah.

0 butir bicara: