Lilypie

Tuesday, September 13, 2011

Matri dan berita kematian.

Aku dan MATRI. Dahulu di situ tempat aku belajar. Tempat aku bermain. Tempat aku berlaku nakal. Oh!. Aku gembira di sana. 5 tahun aku menimba ilmu dan pengalaman di sana. Aku bahagia. MATRI bagaikan rumah ketigaku selepas rumah dan kampungku. Walau tiada ikatan keluarga namun insan-insan di sana sentiasa punya ukhwah Islam yang sentiasa hangat mengalir dalam tubuhku.

Hari ni. Emak call aku. Mengatakan MATRI ditimpa kejadian yang meyedihkan. Emak kata darahnya berderau mendengarkan berita. Kerana ia melibatkan kematian insan-insan dari MATRI. Allah. Dari Engkau kami datang, dan kepada Engkau kami kembali. Aku cukup sedih. Salam takziah untuk ahli keluarga mangsa. Semoga arwah diletakkan bersama para solihin di sana.

Cerita kematian untuk muhasabah diri.

0 butir bicara: