Lilypie

Friday, April 2, 2010

1..2..3..go!! - part 5


Tak kan dapat ku ungkapkan kata-kata yg sedih ini pada manusia..sungguh tak dapat kuluahkan..kerana mereka juga punya masalah-masalah seperti aku..namun ini bukanlah masalah yg aku rase membebankan..aku selalu mengambilnya sebagai satu cabaran yg perlu aku tempuhi.. cabaran di alam belajarku, cabaran utk memilih pasangan hidupku (ecehh..), cabaran menjadi seorang ketua adik-beradik dan sebagai seorang anak dan sebagai seorang dai'e di abad millenium ini..sungguh mencabar!!

Tepat!! kadangkala aku juga pernah merasakan bahawa saat itu , dan kadangkala saat ini aku seperti mahu menjerit dan menangis kerana kebuntuan yg menyesakkan dada..sungguh menyakitkan perasaan itu.. namun tidak dapat tidak, aku cuba utk tidak meluahkan pada manusia, kerana insan-insan yg hadir dalam hidupku sgt bermakna buat aku..biar mereka tidak merasakan aku menyayangi mereka, namun jauh disudut hatiku mahukan mereka sentiasa gembira apabila bersamaku..

Aku juga insan biasa, yg ad masenye memerlukan aku utk berfikir dan mengambil mase dlm menyesuaikan diri terhadap satu-satu keadaan dan situasi yg baru.. aku punya hati yg sentiasa berbolak-balik, oleh sebb itu doa sentiasa ku panjatkan agar iman dan taqwa sentiasa subur dalam hatiku ini. Hidup kerana Allah adalah perkara yg paling dalam ertinya bg seseorang muslim yg beriman. Aku berusaha utk jadi pemberi yg terbaek buatMu ya Allah, utk diriku, keluargaku dan agamaku..

Aku juga ketawa, aku juga menagis, dan aku juga punya rasa cinta.. Ya Allah, cintakanlah dan tetapkanlah hatiku utk bertemu para pencintaMu di jalan Dakwah dan Tarbiyah ini ya Allah..aku ingin berjuang bersama para pencintaMu di medan DnT ini..kuatkanlah kami ya Allah..

doakan aku sentiasa berkobar semangat syahidahku..ameen~



0 butir bicara: