Lilypie
Showing posts with label diary. Show all posts
Showing posts with label diary. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Dia dan Perubahan.

Dia dan perubahan. Siapakah 'dia' itu?. Dia adalah manusia seperti aku juga. Punya hati dan perasaan ingin itu dan ini. Andai mahu, pasti usaha kuat ke arah itu, agar tercapai matlamat yang dituju.

Dulu.
Dia memang istimewa. Bermula dari zaman jahiliyah yang sangat mengasyikkan, lalu dia hanyut. Namun, hidayah Allah tepat datang padanya. Dia bertaubat. Insan bertaubat. Insan bertaubat ini belayar mencari teman yang baik dan soleh. Itu kemahuannya. Namun kadang-kadang, terbabas jua dia melayan teman yang 'lagha'. Lalu, segera dia muhasabah diri semula agar kembali berada di genggaman Rabbnya.Indahnya kuasa Iman dari Allah.

Hadirnya Wanita Di hatinya
Wanita. Indah suara, indah rupa. Namun,apa indah iman di dadanya?. Bermuqadimahkan dengan satu salah faham. semakin lama, dia semakin tertarik dengan wanita itu. Wanita yang, kurang indah rupa, kurang indah suara namun agamanya ada. hajat untuk bernikah terus dikhabarkan. namun, ada saja halangan yang datang. tahun demi tahun begitu. sangat kuat cabaran dan dugaan hidup yang perlu dihadapinya. Namun, itulah kuasa iman dari Allah.

Perubahan
Kematangan dalam hidup bersumberkan pengalaman-pengalaman yang dilaluinya. hidup yang hadir selepas jahiliyyah itu adalah hidup barunya. mungkin hadiah dari Tuhan. Hadiah dari Tuhan, dan ujian yang dihadapinya dalam kehidupan yang baru itu, itu juga hadiah dari Allah. Ilmu agama sangat diminatinya. terkadang lupa makan dan tidur. indahnya ilmu Tuhan.

Dia yang indah
Apabila segalanya indah belaka. Apa yang terpamer juga indah. Ilmu yang dia punya, di sebarkan dan dikongsikan dengan ramai orang. Sopan santun yang diamalkan memberi impak positif kepada semua jenis lapisan masyarakat. Moga Allah ampuni dosa-dosa lalunya.

Wanita itu dan dia
Wanita itu mungkin bukan jodohnya. Hajat bernikah tidak kesampaian kerana wanita itu tidak sanggup menunggu lama lagi. Dilihatnya lelaki itu terlalu khusyuk berkasih dengan buku-bukunya. Apakah wanita itu kurang berfikir?.

Bagi dia, kasih sayang Allah adalah segala-segalanya
Tidak mendapat kasih wanita itu tidak mengapa. Moga wanita itu bertemu dengan lelaki yang sekufu dan sesuai dengannya. Semoga itu yang terbaik untuknya. Dia, meneruskan rutinnya untuk berkasih dengan bukunya. itu lebih bermakna untuk dirinya, untuk akhiratnya.

Akhirnya...
Aku kagumi dia. Tersangat kagum. mahu jadi sepertinya dalam kuat menuntut ilmu.insyaAllah. Wallahu'alam.






Friday, April 2, 2010

1..2..3..go!! - part 5


Tak kan dapat ku ungkapkan kata-kata yg sedih ini pada manusia..sungguh tak dapat kuluahkan..kerana mereka juga punya masalah-masalah seperti aku..namun ini bukanlah masalah yg aku rase membebankan..aku selalu mengambilnya sebagai satu cabaran yg perlu aku tempuhi.. cabaran di alam belajarku, cabaran utk memilih pasangan hidupku (ecehh..), cabaran menjadi seorang ketua adik-beradik dan sebagai seorang anak dan sebagai seorang dai'e di abad millenium ini..sungguh mencabar!!

Tepat!! kadangkala aku juga pernah merasakan bahawa saat itu , dan kadangkala saat ini aku seperti mahu menjerit dan menangis kerana kebuntuan yg menyesakkan dada..sungguh menyakitkan perasaan itu.. namun tidak dapat tidak, aku cuba utk tidak meluahkan pada manusia, kerana insan-insan yg hadir dalam hidupku sgt bermakna buat aku..biar mereka tidak merasakan aku menyayangi mereka, namun jauh disudut hatiku mahukan mereka sentiasa gembira apabila bersamaku..

Aku juga insan biasa, yg ad masenye memerlukan aku utk berfikir dan mengambil mase dlm menyesuaikan diri terhadap satu-satu keadaan dan situasi yg baru.. aku punya hati yg sentiasa berbolak-balik, oleh sebb itu doa sentiasa ku panjatkan agar iman dan taqwa sentiasa subur dalam hatiku ini. Hidup kerana Allah adalah perkara yg paling dalam ertinya bg seseorang muslim yg beriman. Aku berusaha utk jadi pemberi yg terbaek buatMu ya Allah, utk diriku, keluargaku dan agamaku..

Aku juga ketawa, aku juga menagis, dan aku juga punya rasa cinta.. Ya Allah, cintakanlah dan tetapkanlah hatiku utk bertemu para pencintaMu di jalan Dakwah dan Tarbiyah ini ya Allah..aku ingin berjuang bersama para pencintaMu di medan DnT ini..kuatkanlah kami ya Allah..

doakan aku sentiasa berkobar semangat syahidahku..ameen~



Monday, March 29, 2010

weeehuuu!

i've been hacked!!! reli sad blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, March 24, 2010

1..2..3..go!! - part 4

(tomey jewk blogger-emoticon.blogspot.com)

Tajuk: Nasibah dan hobi barunye.
Imbasan : 24 Mac 2010


Bersama dengan semangat hobi barunye, Nasibah melangkah ke pintu masuk dewan renang UiTM. Yang ni adalah kali ke dot dot..agagaga :)
motif crite ditulis : misi breaststroke berjaya :)

Crite bermula apabila latihan sebelum tidak berjaya kerana terlalu rileks dn selesa dengan gaya renang yg bese2 atau dikenali dgn renang kampung. Renang yg tidak memerlukan kuakkan tangan,hanya mengibaskan kaki dn sekali sekala mendongak keatas utk ambil nafas.

Crite semangat breaststroke bermula tatkala rakan serenangnya telah mencuba dan mencuba banyak kali breaststroke itu di depan mata nasibah, namun selalu Si aida hilang stepnye apabila di tengah jalan. Nasibah geram. Nasibah pikir .."Susah ngat ke breaststroke..??"..kebetulan, ad expert breaststroke hadir bersama nasibah dan aida. Kak Rah namenye. dialog bermula..

"Kak Rah...wat jap breaststroke..kite nak blaja ..ngeee..".nasibah senyum manis.
"Boleh..oke,tgok akk wat ea"...
"Baeklah...."..
'syuuuuuuuuuuuuuuuu...gedebush'..breaststroke digayakan..agk lame dalam 2 meter jauh..blogger-emoticon.blogspot.com
"Wow..lajudan rileks jek...".getus hati Nasibah.

"Cane cbah??"...kak Rah tanya Nasibah..
"Okek2..kite try ...hee"...

Dimulai dengan gerakan menguak tangan...kuak dengan luas2 sampai pandai..
Seterusnya, kuak kaki sehingga nmpak mmg cm katak berenang...
seterusnya synchronization antara kedua2 pergerakan..
akhirnya..

Kategori:
1. tangan - pass
2. kaki - pass
3. nafas (mendongak amek nafas) - pass
4. synchronization - pass

alhamdulillah..
"Alhamdulillah.. cepatnye cbah blaja..xsampai sehari pon ..".kak Rah memuji.
"hehe..malu ." ...Nasibah membalas.
'Alhamdulillah,insyaAllah utk Islam'...getus hati Nasibah..

"Aida, beat me..".sengaja mahu mencari lawan utk menilai tahap kepandaian breaststroke nye..
"okeh..".aida tersenyum manis ..plus penat berlatih..
'gedebush...........'

"huwaaaaa..cbah xaci,da pndai ..meh nk ikat kaki tuh"..haha
"ahahaha..ikatla.."mengejek...

p/s: da kawen nti nak aja usband berenang, klo dye xpandaila.pastu ad baby nk aja baby berenang dr kecik lg..agagaga blogger-emoticon.blogspot.com






blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, March 12, 2010

1..2..3 go! -part3

Imbasan : 13/3/2010..(besdaY qoyim)

nasibah menghadap laptopnya. Surf FB, baitulmuslim (eceh), ILI (iluvislam) dan tidak lupa untuk melayari blog2 rakan2 yg laen..
tetiba....

ym 'Aken_fear95' mengjenguk dan menyapa nasibah...
"salam akak.." ..adik2 ku di sane ..(izzah, ilah, dhira, aup, dan amer) ..maklumla cuti sekolah mase ni...hihi blogger-emoticon.blogspot.com
"salam adikku2..." nasibah menjawab dengan rasa seronoknya ..hik3blogger-emoticon.blogspot.com

"bla...bla...bla..haha..hoho..huhu"...seronoknye nasibah apabila dapat berchatting dengan adik2nya yg tersayang..huhu.
point2 bercerita :
1. tanya khabar? sihat ke idak? sampai uma bile?..
2. cite berkenaan masalah duniawi..hp.. motosikal..kete..kolam tepi uma..tv..astro..tenet..etc..ngeh3
3. cite berkenaan belajar.. amer --> SPM , aup --> PMR, dhira --> UPSR..hoho..emak ngn ayh bermalam2 dgn tahajudnya..Allah..
4. cite masalah semasa . lebe kepada menasihat . hati ke hati dr akk kepada adik2..
5. .......hehehe..
~
"amer auf..mathurat jgn tinggal, tu pendinding korang tu..sekarang ni mcam2 bole jadik.."..
"SPM wat betul2..lillahita'ala..target mesti betul2...", aim for ace bak kate cite jepun tuh..ngeh3 ^^.
"akak, nmpk x kitorg??", adik ilah jerit melalui microphone thru ym..hek3
"xnmpk la dik..suh abg invite webcam kat akk..", hehe...
' aken_fear95' invite you to see his/her webcam...accept!!!
"akak nmpk x kitorg?"..adik ilah jerit lg...
"nampaaaak!!~~"...rindu..rindu...rindu...aaaaaaarrrrh!!~~
bile da bg webcam, mcm2 la aksi yg diorg buat..muke senyum, monyok, tunjuk gigi, tunjuk peyut, tunjuk smileys yg pelik2 lg la xterkata..kelako woo00oo!!~~blogger-emoticon.blogspot.com
"akak bile nak balek??"..mereka bertanya..
"jap g akk sampai"..
"tp dlm mimpila..wakakaka XD".nasibah bersenda...hehehe
"akak ni...", mereka membalas dengan hampa..
"bah, nti ko amek aku bwak pegi bookfair kt sane.."..aup megajak dgn penuh harapan...blogger-emoticon.blogspot.com
"hek3...oke3..nti akk bincang ngn abg.."..tak semena2,adam pon termasok dlm rancangan nasibah...ngeh3
dan akhirnya..nasibah menganjurkan pada adik2nya utk mendownload cite dr syok.org..ini adalah kerana dirumah tiada tv..ngeh3..ayh telah berkeputusan utk xgune tv...alhamdulillah...blogger-emoticon.blogspot.comtp bg adik2 ku??diorg akanblogger-emoticon.blogspot.comhahaha...
"ok la bah..aku nk tgk2 cite pe yg best..".ameer mencelah..
"oke2,papehal inform akk.."nasibah menamatkan critera adik bradik ini..
"kim salam mak ayh, salam 'alayk", hehehe...bahgienyew..blogger-emoticon.blogspot.com

nota kaki : thanks to Allah sebb kurniakan daku adik2 yg membahagiakanku, yg bisa buatku menangis,ketawe dn gembira..aku sayangkan mereka tersangat3!~ Allah..~ smg Allah lindungi mereka sentiasa...>,<>,<
nasibah bahgia...daa~~

Saturday, March 6, 2010

1..2..3..go! -part II

imbasan : januari 2010, rumah sewa.

Hp menyanyi.."Sweet Home calling!"..nasibah tersenyum..:)
"Assalamualaikum..." nasibah memberi salam.
"Waalaikumussalam...akkkaaaakk!" adik Ilah punya suaralah..detik hati nasibah..
"Ye dik,nape??"nasibah bertanya..
"Bile akak nak belikan beg adik tu??", soalan itu...huhu
"Nanti akak nak balik uma akk belikanla..ok?", ..
"Yelah,akk balik bile?"..
"Lg seminggu je...huhu"..

Adik ilah ni, selagi tak dapat ape yg dihajati selagi itula die akn menanyakan ttg brg yg diminta.sungguhla budak kecik ni. sayang sgt kat dye.ngeh3 blogger-emoticon.blogspot.com klo da tepon akak die tu, mesti tny psal beg dye. kotla nak tny akk sihatke? da makan ke? akk nak nak guke2 ke? ok la jgak..blogger-emoticon.blogspot.com
seminggu berlalu..

imbasan: februari 2010, rumah...

nasibah lalu dihadapan adik Ilah yg sedang khusyuk berimaginasi dengan brg mainannya yg tak bernyawa itu..
1..2..3..go!

"Adik..."..
"Ape?"..
"Org gila ckp sorg2 tau.."..
"Adik ni org gila la eh..?", nasibah yg saja mahu menempah kemarahan adiknya..
".......", adik ilah tahan..
"Adik gila eh,adik ckp sorang2?"....saje mahu meletupkan gunung berapi..
"akk ni nape ha!!!!!"....trus menarik pipi nasibah,lalu dicubit2 sekuat hatinya, di tarik rambut nasibah dn dicubit2 badan nasibah...
"hahahahahaha,,,geli2!!!!".....
"amik ni (smbil cubit)...sape suruh kacau adik"...seolah2 bg amaran...
"wekwek..."hahahaha....


adik Ilah yg manja dan berdikari...love her very muchblogger-emoticon.blogspot.com

1..2..3..go!



blogger-emoticon.blogspot.comRindu kat adik ilah...teringat kt dia...
imbasan : februari 2010, ruang tamu.
cuti sekolah..

Nasibah berjalan keluar dari biliknya ke ruang tamu. Dia ternampak adik Ilah sedang khusyuk melayan perkakas permainannya sehingga tidak perasan yg kakaknya mahu lalu didepannya....tetiba...

"Praaaaaaaaank!!!"...nasibah meyepak sume perkakas permainan adik Ilah..
"Akk ni nape??tetiba jek ! " adik Ilah. Sambil menghadiahkan jelingan mata dari matanya yang besar itu...
"Hahahaha...akk terlanggar la dik..." nasibah tersenyum sinis...
Nasibah yang suka membuli adik Ilahnya itu..hihi...dia terasa puas...tapi itu belum ckup lagi....

sekembalinya dari bilik emaknya di ruang hadapn..
Nasibah akan lalu di hadapan adik Ilah kembali...tiba saatnya....

"Praaaaaaaank!!!" permainan bertaburan...
"Hahahahahaha....tak sengaja la dik,kecik sangat mainan tuh"...sukanya Nasibah..
"Akk ni!!!" adik ilah jerit. dia berdiri dan meligan akknya hingga ke dapur.
Nasibah sembunyi belakang maknya, adik Ilah tarik baju Nasibah dan mencubit sekuat hatinya di tangan kakaknya..Nasibah hanya ketawa sampai mengah.blogger-emoticon.blogspot.comSungguhla si akak dan si adik ni...


rindu kt adik Ilah....blogger-emoticon.blogspot.comrindu nak sepak mainan dye...blogger-emoticon.blogspot.com hehe..

to be continued...


Wednesday, March 3, 2010

Aasif..

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...


Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...


Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...


Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...

aasif.. aasif jiddan pada insan yg telah bersamaku hampir 4 tahun kerana melukai dirimu..aku tidak berniat menyakitimu dengan kelakuanku serta kata-kataku..namun aku memikirkan tentang masa depan kite yg seharusnya berakhir dengan baek..mg kamu lalui hidupmu dengan penuh rasa kecintaan pd Allah ..dn bukan kerana manusia.. aasif..

~nasibaHusna~

Monday, March 1, 2010

Berubah ??

blogger-emoticon.blogspot.comnangis je hari ni..eiii! maluu..kui3..manyak cgt wat mnde yg Allah xsuke, kan da sedih jek..mg Allah pandu hati ni menuju jalanNyablogger-emoticon.blogspot.com

think positive yaah!~ blogger-emoticon.blogspot.com

Sunday, February 28, 2010

Am down!

Hari ni, 1/3/10..hatiku menjadi pilu tatkala insan yg ku kasihi mesej kepadaku meluahkan rasa cintanya kerana Allah kepadaku..dialah Ummi Kalsom. Aku tersangat sedih dan terkilan akan kelakuanku terhadapnya malam tadi. Pagi ini aku mesej padanya, mengucapkan "maat taufiq wannajah" utk ujian (test) nya pd hari ni. Smg Allah permudahkan urusanmu ummi. Aku menyayangimu jua kerana Allah. Hati sebak bertambah pilu bila melihat wajah k.zan..k.zan juga telah mem'brain wash' aku malam tadi..

sungguh, aku tidak mampu menjaga sume hati2 insan yg aku syg..tekadku utk salu membuatkan mereka gembira keranaku..namun,terkadang ad juga salahku yg membuatkan hati mereka terluka keranaku..

utk melepaskan rase sebak dan pilu ini..aku menghubungi emakku..aku lepaskan segalanya..dengan tangisan dan airmata hiba aku hamburkan..aku rase tersangatlah lemah..aku masih xcukup kuat..namun,aku sentiasa memohon agar Allah terus membri aku kekuatan..

ummi..kak zan...sy minta maaf.. :"(

Friday, December 25, 2009

Am getting sick ~~




blogger-emoticon.blogspot.comcerita 1: sy punya ramai adik-beradik.seramai 8orang.dan kesemuanya sudah pun bersekolah. jika dinilai dari sudut kejayaan,semuanya sederhana.alhamdulillah. ada sesuatu yang bernilai pada diri adik2 lelaki saya yang membuatkan sy agk berbangga dengan mereka.iaitu komitmen mereka terhadap sukan yang mereka ceburi sangat tinggi. sukan hoki lah yang mereka minati sehingga membawa mereka kepada peringkat yang agak tinggi. setelah itu,banyaklah medal2 yang diorg dapat. sewaktu cuti lalu, kami sekeluarga menyaksikan perlawanan akhir antara UiTM dan RAMD yang membawa kemenangan kepada RAMD,yang mana UiTM kalah tipis 2-3 dengan RAMD.namun, UiTM menjadi johan bagi Division 1 kerana pts yang dikumpulkan agak tinggi menandingi yang pasukan lain.

pentomen adik beradik:

"wah3! emas ngan perak medal ko dam..emas betol ke tu?",sy bertanya..

"betulla,xkan tipu plak..malas aku nak ckp dgn ko bah.."..saje menyakitkan ati sy..

amer memintas perbicaraan sy dan adam.."ko je bah yg xpenah dapat medal.."..sakit3..agk sakitla..

"......"..sy terdiam..

apekah2??..ku akui xpenah dpt medal cm diorg..tp sedarilah,akk tetap sokong korang..am always proud of u ol...weeehuu!~~blogger-emoticon.blogspot.com




Monday, December 14, 2009

Sekian Saja Kasih itu..




Sila bertahan nasibah!~
sekian saja kasih itu nasibah
sila melangkah kepada kasih yang sedia terbentang luas untukmu..
kasih yang lama tiada apa..
hanya provokasi dari nafsu dan syaitan..
buatmu yg tersayang..
terima kasih kerana masih bersamaku..
walaupun aku masih tak mampu berkongsi sebarang perkongsian denganmu..
perkongsian pemikiran, dan tentang bermacam-macam lagi
aku masih tak mampu menjadi penghafaz Quran sepertimu..
aku yang masih banyak kekurangan..

nasibah!
bertahan!




sedihyew!~

Monday, November 16, 2009

Buatmu Bear Cumeyku ^,^


Kala hati menjerit namamu
Ku sebat jiwaku untuk beristighfar
Ku tak mahu ia merindu kerana nafsu yang dijala oleh syaitan
Kerana ku mahu rasa cinta itu cinta yang Allah redha
Ku hadirkan cinta kerana ku ingin bersamamu
Dalam menongkah arus perjuangan menuju Tuhan yang satu
Butir kata-kata yang selalu kau damparkan
Selalu mengusik hati dan aku menjadi suka
Semangat tercas
Aku masih lemah lagi
Saat kau menyentakku dengan kata-kata yang benar dari pengalamanmu
Aku akur lalu aku cuba turutkan
Inilah cinta
yang bisa mengubah iblis menjadi malaikat..

Genggamlah cinta Ilahi..
Marilah berjuang bersamaku..
Kau layarkan bahtera
akan aku menjadi anak kapalnya..
kita bergerak menuju destinasi kampung akhirat
yang ditengahnya ombak badai
yang tidak tergambar oleh kita nanti
hanya yang kuat akan berjaya melaluinya
aku yakin kau bisa membawaku bersama
untuk melalui
ujian Allah buat manusia yang beriman
senyumlah kita saat berjaya membuka satu nilai kehidupan
nilai kehidupan yang aman dan bahagia..






senyumlah.. :)

~sibhus~

Strawbery! Carrot! Rabbit!

Butir-butir bicara yang tersalin di kamar hatiku..
Adaptasi dari filem "ketika Cinta Bertasbih"..huu


Ayyatul Husna ,

"Bagiku
Cinta adalah kekuatan
Ia ada kemampuan
Mengubah duri menjadi mawar
Mengubah cuka menjadi anggur
Mengubah malang manjadi tuah
Mengubah sedih menjadi riang
Mengubah syaitan menjadi nabi
Mengubah iblis menjadi malaikat
Menjadi sakit menjadi sihat
Mengubah kedekut menjadi dermawan
Mengubah kandang menjadi taman
Mengubah penjara menjadi istana
Menjadi amarah menjadi ramah
Mengubah musibah menjadi muhibah
Itulah cinta!


Anna Althafunnisa',

"Bagi saya, rasanya kalau saya nyatakan dan huraikan dengan panjang lebar..
Rasanya membuatkan saya malu dengan ucapan saya sendiri.
Biarkan lidah sudah menghuraikan dengan jelas
Rasanya tanpa lidah pun cinta lebih jelas lagi
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata akan pecah berkeping-keping ketika bab cinta
Dalam menghuraikan cinta akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keledai yang terbaring dalamlumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan!"

"Saya cuma mahu seperti Fatimah yang selama hidup berumahtangga dengan Ali bin Abi Talib, dia tidak pernah dimadukan. Dan saya mahu seperti mana Siti Khadijah yang selama hidup berumahtangga dengan Rasulullah s.a.w juga tidak pernah dimadukan. "


~ sibhus ~

Sunday, November 1, 2009

Update! Update! Update!

Seputar tentang diri "Nasibah Husna" yang kelihatannya sudah sekian lama menyepi. =.="
Dek kerana tiada kesempatan untuk menulis, juga lantaran kesibukan yang infiniti. Sungguh penat. Kekuatan neutral hadir melalui pemberian abadi Ilahi. Aku dan kamu sume harus mensyukurinya lantas singkap kata syukur melalui solatmu, zikirmu, dan amal2 solehmu.

Aku mengaku masih lemah dalam berubudiyah pdNya. Aku selalu tewas dengan nafsu tidurku, nafsu malasku utk belajar, juga nafsuku untuk berhibur dengan hiburan yang entah apa2- kadang2 aku jadi lain dari diriku yang lain. "She's not Nasibah laa"..tapi sebenarnya itulah aku. kadang ade kat atas, kadang ade kat bawah.

Aku mendoakan agar umairah nasuha mendapat tempat yg mulia dalam berjuang meneruskan hidupnya..ya Allah! sungguh besar balasan pahalamu buat mereka2 yang berjaya menempuhnya dengan sabar dan tabah..Min, semoga min berada di kalangan mereka..sayang min T_T

Securah ucapan tahniah kepada rakan2ku yang bakal mendirikan bahtera impian bersama2 jejaka2 idaman mereka.. :) - especialy dedicated to: asma' n ainul..^,^

di saat ini aku bertarung dengan final exam..
ayah pesan "Pekse tu ujian kecik, yg besarnya nak bawak ISLAM tu haa.."..
benar2...itu benar..
satu detik permulaan yg baik harus disemai dalam diri...
lantaran semaian itu memberi kebaikan kepada sejuta manusia...
aku kagumi itu..
kuasa Allah..
keajaiban...
ya Allah beri kekuatan kepada aku dan semua umat Islam yg sedang berjuang untuk mendapatkan syurgaMu.. T_T





mode :: [sedih]
~nasibahusna~

Thursday, August 20, 2009

Aku melakar sepi~~

Aku melakar sepi ke sebuah perjalanan yang penuh dengan sandiawara drama dunia...kadang aku tabah kadang aku terpesona..saat aku tabah, aku mengucap syukur panjang kerana masih diselamatkan dari keonakkan dunia yg selalu melampaui...namun...salah duniakah?? tidak! tetapi salahkan manusia yang selalu membuat keonaran di dunia ini..aku menjadi benci dengan kepura-puraan mereka...senda gurau yang tiada pahala, tapi apakah mereka sedar yang mereka sedang menempah tiket dosa??

Allah sudah banyak menjelaskan di dalam al-Furqannya bahawa telah banyak nikmat yang telah Dia berikan pada hamba-hambanya, namun...apakah balasan kita untuk Allah kita?Ape????aku seperti tahu apa jawapan yang bakal manusia-manusia jawab..."kami guna kaki kami untuk clubbing laa","kami guna tangan kami untuk meraba orang, untuk mencuri, untuk membunuh, untuk mencemari diri kami sebenarnya"...

Kadang-kadang kita merasakan diri kita ini kita yang punya, sedangkan itu namanya "tak sedar diri"...aku menangis..terlalu mudah manusia mencerca manusia lain tanpa usul periksa...di manakah otakmu???! nama saja pelajar U, tp fikiran macam sampah...nauzubillah!..ya Allah, ampunkanlah kami :,( ampunkanlah kami seandainya kami terlupa atau kami terlalai dalam beribadah kepadaMu...oleh itu sedarkanlah hati kami selalu... :,(

~N~

Wednesday, July 15, 2009

Kisah Benar Mujahid atau Kisah Benar Hidup Manusia?

Aku menjadi terkedu tatkala membaca sebuah artikel dari blog seorang sahabat yang mana membicarakan soal penulisan dalam blog. Menyingkap kembali permulaan saya untuk membina blog ini, saya selalu menyusun dan berkira-kira untuk menulis kisah hidup atau diari saya di atas blog saya ini. Tatkala saya sedih, saya gembira, saya pergi melancong dengan keluarga dan sebagainya pasti saya tak lupa untuk coret kisah hidup saya itu. Yang pada asalnya matlamat saya adalah untuk berkongsi rasa dengan pembaca-pembaca blog saya. Namun, Allah telah membuka pandangan mata dan hati saya kepada sebuah hadith ini...
yang berbunyi...
"Berahsialah dalam melaksanakan keperluan-keperluan mu, kerana sesungguhnya setiap yg beroleh nikmat pasti ada yg hasad padanya"( hadis sahih diriwayatkan oleh al-imam at-Tabrani)
Lalu, saya berkemas-kemas cuba menutup dan membaiki kelemahan saya ini. Hidup saya untuk Islam. Lalu, setiap apa yang saya buat perlu ada link dengan Rabb saya. Dan melangkahlah dalam melakukan pembersihan hati dan menuju matlamat saya yang pasti itu. Allah sangat baik memberikan saya nikmat-nikmatnya yang tidak berbelah bagi. Lalu nikmat apakah lagi yang saya hendak dustakan?Ingatlah segalanya Allah yang punya. Usah perasan itu milik kamu, hak milik kekal kamu. Usah perasan, itu hanya akan mengundang kemurkaan Allah.Nauzubillah..benci apa yang Allah benci, redha apa yang Allah redha..
Menyingkap catatan arwah 'Ammar Zulkifli....
"Tidak ingin saya jadikan blog ini sekadar catatan diari kisah hidup saya atau tempat saya luahkan segala isi hati saya. Saya tidak mahu jika Dalam Jiwa Hamba ini sekadar menjadi wadah berkongsi cerita perihal pelajar perubatan dalam rutin hariannya yang tipikal ataupun hikayat jejaka melayu di bumi afrika bernama Mesir.Yang diharapkan adalah muntahan buah fikir dari sumber yang jelas, sarat dengan iktibar. Dan ibrah ini dikongsi dalam bentuk pandangan dan pengalaman yang membuah untung kepada saya terutamanya, serta pembaca sekalian.Kerana itu, Dalam Jiwa Hamba wujud dan terus beroperasi.Operasinya adalah meraih sebesar mungkin Redha Allah. Kerana itu, modus operandinya harus konsisten rentaknya, bersih jalannya, teguh tapaknya dan yang penting dan paling susah Istiqamah. Hasilnya, terus menerus roh perhambaan kekal mekar, segar menawan".Moga blog ini dimanfaatkan dengan baik...biarkan ianya hidup dan terus hidup sampai bila2. Hidup dengan roh-roh iman dan ketekunan dalam dakwah!
~s-i-b-h-u-s~

Usah Jadikan Masalah Sampingan sebagai Matlamat!

"Apa matlamat kamu wahai Nasibah" dia bertanya.
"Matlamat saya untuk mencari keredhaan Allah dalam setiap apa amalan yang sy buat." saya menjawab.
"Kalau begitu, mengapa menjadi terlalu stress sampai kena menangis?", dia bertanya lagi.
"......", saya kelu.
Saya redha dengan pertanyaan tersebut. Saya menjadi malu, kenapa? Dari seorang muslimah yang dirinya selalu berkobar-kobar mengibarkan jiwa Islamnya, hari ini menjadi lemah dan hampir tertunduk dengan permasalahan sistem buatan manusia yang memerlukan kerahan tenaga manusia bagi mendapatkan kepuasan secara total. Komitmen amat diperlukan untuk hal-hal sebegini seperti belajar (kuliah), group project, assignment dan termasuklah perkara-perkara sampingan seperti menunggu bas dan penempatan di kolej yang masih belum tetap. apakah?
"Awak kena kuat.", dia menyambung perbualan.
"Ya..", saya menjawab.
Kekuatan asli terbina hasil dari jiwa yang beriman. IMAN. Saya mohon semoga Allah sentiasa memberi saya kekuatan untuk melalui detik-detik perjalanan yang dibentangkan kepada saya yang dipenuhi dengan onak dan duri dugaan dan cabaran. Apakah contoh-contoh cabaran itu?banyak, memang terlalu banyak. Sehingga transport pun menjadi masalah kepada saya. Transport? yelah, saya terpaksa bergesel-gesel badan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana kesesakan yang teramat di dalam bas tersebut. Ya Allah! kenapa sesak? Ini pula adalah kerana sistem manusia yang menginginkan pemgambilan pelajar yang ramai ke dalam sesebuah kampus tersebut yang menginginkan peningkatan dari segi kuantiti yang banyak akan menghasilkan pengeluaran dari segi kualiti yang baik. Malu! malu? Malu dengan Allah! Andai setiap hari saya perlu melalui saat ini, semoga Allah ampunkan dosa saya, dosa mengumpat di dalam hati saya ini yang selalu merungut dengan kejahilan sistem buatan manusia ini. Bukankah setiap yang berlaku itu sudah Allah susun?pasti ada hikmah kan?ya, saya redha lagi.
Kerapkan berzikir agar networking kita dengan Allah sentiasa successfully connected. Antara protocol untuk sentiasa connected dengan Allah, 'amar ma'ruf nahi munkar. Siapa yang melakukan kemungkaran, di saat dia melakukan kemungkaran itu tiada iman di hatinya di saat itu.Nauzubillah. Mengaku orang Islam tetapi jiwanya?Islamkah?atau Jahiliyahkah?atau Islam di waktu solat Jumaat atau membaca Yaasin di saat kita kematian ahli keluarga kita?Ya Allah, sedih sekali bila memikirkan kemuncak kemusnahan Islam pada akhir-akhir zaman ini.
Sentiasa membuat research tentang Islam, lalu amalkanlah. Apa yang Islam nak sebebanrnya?Islam hendakkan seorang muslim atau muslimah itu hidupnya kerana Allah. Bila dikatakan kerana Allah secara langsung, bila muslim itu belajar, menunggu bas, berbual dengan teman, makan hingga ke perkara-perkara kecil pun, muslim itu sentiasa mengingati Rabbnya iaitu Allahu Rabbi..subhanallah, sungguh tidak dapat digambarkan di saat Malaikat di bahu kanan kita ini senantiasa menulis segala kebaikan kita di bukunya itu lalu dipersembahkan kepada Allah dengan gembiranya. Adakah kita pernah fikir sedalam itu?pernahkah?!
Wahai orang-orang yang sedar, di sini saya linkkan bebrapa web yang boleh anda dapatkan bacaan dzikir atau mathurat untuk kita sama-sama sentiasa mengingati Rabb kita. Hayatilah maknanya. InsyaAllah, hati kita sentiasa online dan Allah akan memberi ganjaran pahala di atas setiap kebaikan yang telah kita lakukan itu.InsyaAllah...mari bekerja dan belajar untuk Allah.
Ingatkanlah aku, seandainya aku terlupa atau terleka akan matlamat hidupku ini. Mari berlumba mencari redha Allah bersamaku...
>>Klik di link di bawah<<
~s-i-b-h-u-s~

Tuesday, June 30, 2009

Tagged || From Safi

Salam. I’ve been tagged again, by ukhti Safi. But simpler one inshaAllah. So here goes…

1. Copy the picture below, and paste it on your post. (or copy the whole post)




2. Tag 10 friends and ask them to do the same.
(really sorry because i got 7 only, yang lain Safi da tagged...ngee :) )



This tag reminds me of the verse that we always read in our prayer;

“Say. Surely my prayer and my sacrifice and my life and my death are (all) for Allah, the Lord of the worlds” (Al-Anaam: 162)

It inspires me a lot to practice my faith vigorously which will eventually hearten my life. Those who practice Islam are a super model and a pillar of stability for all societies. And I wanna be one. InshaAllah…Do pray for me too.


Saturday, June 27, 2009

~Bidadari a.k.a Nasibah Yg Berduka~

Salam sume :) pe kaba??harapnye sume2 sihat..;) tika sy mencoret post ini, sy wat kt laptop adam kadir a.k.a adik no.2 sy.kemudian, apa yg xbestnye ialah di laptopnye xdop emoticon..borink jek..da la xceria post sy neh ha..=.= tp xpe, sy cube ceriakan post ini dgn kata2 yg penuh warna-warni keceriaan...wink2! sila senyum sume :) sudah banyak hari sy berkira2 utk menulis apakah tajuk utk post sy kali ni. kembaralah insan ini pergi mencari serta menyaksikan persembahan teman2 sy melalui aksi coretan di dalam madah elektronik mereka...cewah! paham x ap yg sy maksudkan??ngeee ...tolongla angguk je pale tu ye..ngee ;)

apa yg sy buat sepanjang cuti sem ini?? toink2 ~ kesimpulannya ::
1. jadi fasi utk KKM9
2. jadi peserta KRM
3. Jage omma c0z ma' oppa bru sj meninggal
4. Jage kedai ~ tp besenya turun ari Khamis
5. Jadi housewife, majoring in kemas uma ngn ngadap laptop ..ki3
6. persediaan utk kembali ke uitm !_!
7. kembara tarbawi ke blog2 org..ngee :)

apa yg berlaku sepanjang cuti ini?? erk~
1. pemergian ummi halimaton a.k.a istri mudir matri !_!
2. pemergian ma' oppa~
3. pemergian kwn adek sy ('ammar zul)
4. pemergian Dr. Fathi Yakan
5. pemergian adek kepada kwn adek sy..
6. byk lg yg berlaku......~

berkenaan dengan tajuk nasibah yg berduka di atas, sebenarnya sy merasakan begitu berduka apabila seramai 5orang insan yg sy kenali telah pergi menemui Allah..innalillah..sedih..satu persatu hambaNya dijemput pergi..lantas ia menjadi pengajaran kepada yg masih hidup ini untuk pergi meneruskan perjuangan mereka di tapak persinggahan yg tiada abadi di sini.. Allah menjemput hambaNya tidak kira org tua, kanak2 kecik ataupun yg masih muda remaja..kesedaran itu perlu bagi menjalin kesebatian dlm diri antara roh, aqal dan jasad.. sama2lah kita bangkit dan membina semangat untuk meneruskan hidup ini demi menuju singgahsana abadi iaitu syurga Allah..

tiap kali kita melangkah ke satu langkah yg baru, di hati itu sudah tertanam keazaman dan semangat yg membakar demi mencari keredhaan Allah..sesungguhnya keredhaan Allah itu amat penting sebagai tiket untuk kita memasuki syurgaNya..ya Allah...kuatkanlah hati2 kami ini..keindahan syurga itu telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran, begitu juga tentang dahsyatnya neraka...seharusnya kita yg sudah mengerti untuk apa kita dihidupkan di dunia ini, kita seharusnya berlumba-lumba utk mengejar redha Allah..sbg contoh, kita kejar redha Allah dgn menambahkan amalan2 kita dengan solat2 sunat, puasa2 sunat, amal2 soleh, dan banyak lagi amal2 soleh...jgn merasa sudah cukup dgn amalan yg kita ada sekarang..jgn berasa selesa..malah terus mencari dan mencari...

sy sendiri masih berada dalam under big construction, amal2 yg ade terlalu sedikit xckup raseny utk dipersembahkan dihadapan Allah nti... !_! sejujurnya, selepas kira2 2mggu menjaga ma' omma di kampung, timbul rasa jemu dan sering mempertikaikan kenapa sy yg perlu jage omma, knp tidak anak2ny atau cucu2nya yg laen?knp?..kemudian, sy pikir rasa2 itu adalah rasa2 yg xenak sbenarnya kerana rasa itu sepertinya berbaur kemarahan, tidak suka, dan akhirnya tidak ikhlas utk terus melakukan amalan itu yg sebenarnya amatlah soleh (yela, jage omma dan teman omma je, bkn suh pikul balak). sy istighfar.. lalu, sy ambil ia sebagai iltibar utk terus sy mengikhlaskan diri dalam melakukan apa jua amalan..sebenarnya, perkara yg sgt susah utk dibuat dn di amalkan tetapi kita buat jugak dengan seikhlas yg mungkin, dengan hal itu lah Allah paling suka dengan kita.cthnya, bgn awl utk solat subuh. klo ikutkn remaja skg,mnde tula paling susah nak wat tp disebabkan kesedaran yg tinggi dikuatkan jugak hati ni utk melawan syaitan dan hawa nafsu utk bgn jugak solat subuh..

yg sedikit itu dtg dr Allah...insyaAllah..
~s-i-b-h-u-s~

(ngantok daaa...ngeee) 2.35AM.