Lilypie

Monday, November 21, 2011

Interview dengan makhluk Huawei.


                                                                                  Klik Sebelah :>>Huawei Technologies

Assalamualaikum :) juz nak share tentang pengalaman interview dengan Huawei semalam. Huawei? Apakah dia? Huawei adalah satu syarikat gergasi yang ada di Malaysia ni. Untuk lebih detail, leh tanya atok google. hiks3. Dan masyarakat akan perasan perkataan 'Huawei' ni pada software broadband mereka. Tak kiralah yang guna Maxis ke, Digi ke or Celcom or lain2. :) Sepanjang berada di Huawei HQ semalam, yang kuar masuk syarikat tu semua Chinese, Malay boleh kire, tak silap deria adalah sorang. Tak pasti yg dalam tu berapa. hoho~ Okeh, straight to the point. hehe. Sy haritu interview untuk position Pre-Sales Product Engineer. Dan produknya ialah Wireless, Core Network dan Transmission. Huhu~ Sangat2 berkaitan dengan apa yang sy belajar masa dalam bidang Netcentric Computing :). Dan kalau nak tahu, yang temuduga tu Chinese pure rasenya.hoho~

Soalan2 interview:
1. Please describe yourself?- Sy explained pasal diri (nama, umur,asal) sikit, pastu terus education background, mase yg sampai dekat belajar yg tentang Network and Netcentric tu, kat situ memang sy explained banyak kait dengan role kerja yang kita mintak tu la. 

2. Then, terus dia bagi case, 3 case tu, satu individual problem, satu masalah yg melibatkan company, dan satu melibatkan fakta. kuang3. case2 ni semua memang sy belajar tapi tu lah, buku dah tak tengok. Hari tu study, banyak ingatkan balik nama2 macam LTE/UMTS dan lain2 tu apa. Dan alhamdulillah, kira sy boleh jugaklah goreng. Cuma bila dia tanya pasal LTE, boleh pulak stuck, kuang3. Pastu hape lagi, ai pun jawabla, 

"LTE actually  is kind of telecommunication system 'lah "..hoho, punyala nak kawal english malay ai tak nak kasi ada 'lah', dan time di situlah terkeluar 'lah' tu. memang syahdu betol. Bila sy jawab gitu, Zhu (nama interviewer tuh) tu pun senyum dan cakap "Yes..yes..yes"..

3. Pastu dia tanya, perbezaan WiMAX dan UMTS. hir3. 
4. Dia tanya lagi, pasal Chinese culture. Leh ke ai ni kerja ngan Chinese? Ada pengalaman ke dengan Chinese? 
5. Then, mase sy gi trraining ngan Huawei dulu, apa yang Huawei dah training...huhuhuhu...
6. dia tanya balik, "ada nak tanya pape ke?" (in english la) hehe. Sy tanyalah tentang salary, then die kata, kalau nak tahu salary kena tunggu lepas 3 interview sekiranya betul2 sy ni dah di terima masuk dalam Huawei. Interview sy adalah stage pertama. If lepas then go to next interview dan if lepas gi seterusnya plak. Pergh! (dalam hati). Banyaks gila  betul interview. Biasalah, ni gigantic company kan, bak kata Arham Zulqarnaen. hehe. Pastu sy kata takde soalan dah. Dia kata, "if u're selected, then we'll call u for the next final interview".
Maksud die, ada saringan kali kedua pula. Sangat berhati2 dan teliti kan. Inilah Chinese culture (hagaknyelah) :p Lastly, dia ucap terima kasih. Dan kami pun bangun dan pergi dari situ. Camtu jep. 

Seriously, dasat gakla soalan2 die. huhuhu. Yang pasal study case tu memang agak terkebil jugak mata. Sebab ai ni memang tak handal bab specific range yang setiap system tu kendalikan. Ada satu tu dia tanya range untuk WiMAX, berapa frequency range dia? Kalau terror cuba korang jawab?kui3. Ai jawab, "WiMAX range is about 4 Gig and below.."..dalam hati ai, 'kuang3'. Zhu tu senyum, "that's okay, kind of good".. Ai pun taktau apa yang good.nanananana.. >.>

Inilah interview yang kali pertama sy. Sy memang berminat untuk bekerja dengan Huawei. Sampai terbawak-bawak masuk mimpi woo. 2-3 hari lepas mimpi tuh ada dapat call dari Huawei. Tapi, sy tahu kekurangan diri ni. Memang tak layak woo. Kire, memang rasa syukur gila sangat99 pada Allah sebab dah bagi peluang buka hati Chinese tu review resume ai kat jobstreet dan di interview.Itu pun kira cukup lah buat diri yang banyak kurang sesangat ni.  yosh~! Dapat jejak kaki kat Huawei tu memang rasa gumbira dan macam tak percaya woo. Diiringi Cik Abg dan ibu mentua juga adik ipar. Rasa macam hati kena rebus, sebab ada ramai yang sudi teman. Alhamdulillah100x. ^^. 

Se lagi peristiwa yg sukar memori ai nak padam adalah, di saat sy nak pulangkan kad pelawat kat level bawah tu. Akak kaunter tu tanya dengan ramahnya.. "Yang pakai kopiah tu bapak ye?"..Sy tanya dan tunjuk kat Cik Abg sy tu..Then akak tu hangguk..Sy hape lagi, tergelak kat situ jugaklah. "Eh takla, itu suami..." Suami ai tu adalah bapak ai ye? Kuang99x. :p Ai pun cerita kat Cik Abg ai. Terus mencuka muka dia. Umi da gelak2 dah. Ai pun saja usik Cik Abg tu.. " Hai bapak..hahahahaha"...hir3. Macam-macam. Dan itulah cerita interview sy. :) Semoga dapat membantu, if tak banyak, sikit pun ok. Ye dakk? hehe..hokeylah. Jumpa lagi ya di post yg lain ;)

                                                                                 
wassalam.     

Sunday, October 30, 2011

Aku dan hari ni.

Hari ni. Perasaan aku dicengkam sembilu yg amat3 memedihkan. Pedih macam haram  kena tikam. Huh! 'Dia' pemilik cinta aku selepas Allah dan Rasul. Apa orang lain yang bukan mahram mampu memilikinya jugak? Kalau makhluk tu kata 'ya'! Memang nak kena kutuk dengan aku hidup2. 

'Haishhhh'..
'Allah..'
'Kembalikan kekuatan aku supaya aku bersangka baik denganMu.'
'Mungkin ada silap yg aku buat terhadapMu.'
'Semoga ini menjadi ibrah agar aku lebih berani bertindak dan mempertahankan sesuatu keranaMu.'
'Fighting!'


Wednesday, October 19, 2011

Hohohoho~~~

Nasibah Husna  Ai saja nak test editor yang blogger recommend ni..keh..not bad la (: 

Monday, October 17, 2011

IS vs CS huh?

IS vs CS?

IS stand for Islamic Studies while CS stand for Computer Studies. Hem3. Apa kena dengan dua tu Sibhus?hohoho~ IS tu my husband punya background edu while CS tu ai la yang punya. Keh3. Hem3. Berbeza kan? But, insyaAllah lengkap melengkapi. wink3^^. Dalam rumah ai ni kalau ai nak cerita tentang buku apa yang ada, hehe..jawapannya ialah buku-buku ilmiah yang terdiri daripada karangan Dr.MAZA (Dr. Muhd. Asri Zainul Abidin), Dr. Zaharuddin, Dr. Zahazan, Sheikh Yusuf Al-Qardhawi dan ramai lagi penulisnya. Buku-buku ini semuanya husband yang punya. Memang banyak. Pengetahuan ilmu Allah yang luas ini perlu sangat2, bagi meastikan setiap amalan yang kita lakukan itu berpaksikan ajaran dan berpegangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah^^. Banyak perkara kena dipastikan. Dari segi Fiqhnya, 'Aqidahnya, Akhlaknya dan banyak lagi. Kalau buku ai pulak boleh bilang dengan jari jep. Sebab excelli, sy punya info or pengetahuan tentang computer dan yang seangkatannya ni boleh saya dapati di internet ..ngee^^ sebab, bab-bab komputer ni praktikal.huhu.if kita mahir praktikalnya insyaAllah teorinya kita dapat belajar dengan mudah. huhuhu..

Tuesday, October 4, 2011

Aku dan Cemburu.


Gambar di atas adalah dua bijik bantal. Satu abg sy punya, lagi se sy punya. Antara dua tu yg pink tu sy punya(mesti punya). Sy peminat pink disamping biru dan hijau. Sy sentiasa berdoa muge tuan puan pemilik bantak ini sentiasa bersama berdua sahaja hari ni,esok, lusa dan selamanya. Ameen ya Rabb. Sy sentiasa berdoa.

Tragedi cemburu.
Dua minggu lepas, sy dan abg pergi ke pesta konvo UKM. Mase tu hari Sabtu. Kami round2 tapak jualan yg ada disitu. Tetiba sy nampak 2 orang perempuan senyum2 sambil angkat tangan dan...
"Assalamualaikum..akhi Busyro kan?dulu KUIS kan?"tegur perempuan tu.
"Waalaikumussalam...erm a'ah Busyro dari dulu. Erm, sape eh?"sambil tunjuk kat perempuan2 tu. (kat dalam hati aku ni da terbakar je,syaitan mungkin).

Tuesday, September 13, 2011

Matri dan berita kematian.

Aku dan MATRI. Dahulu di situ tempat aku belajar. Tempat aku bermain. Tempat aku berlaku nakal. Oh!. Aku gembira di sana. 5 tahun aku menimba ilmu dan pengalaman di sana. Aku bahagia. MATRI bagaikan rumah ketigaku selepas rumah dan kampungku. Walau tiada ikatan keluarga namun insan-insan di sana sentiasa punya ukhwah Islam yang sentiasa hangat mengalir dalam tubuhku.

Hari ni. Emak call aku. Mengatakan MATRI ditimpa kejadian yang meyedihkan. Emak kata darahnya berderau mendengarkan berita. Kerana ia melibatkan kematian insan-insan dari MATRI. Allah. Dari Engkau kami datang, dan kepada Engkau kami kembali. Aku cukup sedih. Salam takziah untuk ahli keluarga mangsa. Semoga arwah diletakkan bersama para solihin di sana.

Cerita kematian untuk muhasabah diri.

Wednesday, September 7, 2011

[Photo Shoot] Photo Story

Gambar ni. Antik. Haha. Candid by Angah kot. :) Ni gambar masa Tok Wan ngan adik beradiknya sedang rancak berkongsi cerita. ;) Jom eratkan silaturrahim!

Sunday, September 4, 2011

Outing Pantai Batu Itam,Pahang . [Photo Shoot]


"Dam dam dum! Bunyi merecun..hoho" itulah sebaris lagu raya yang sudah lali didengari oleh telinga mulus kita tu.keh3.kali ni ai pos tentang photo shooting kami di beberapa buah tempat di atas bumi Ilahi ini. Untuk photo shoot ini, kami outing ke Pantai Batu Itam. Memang hitam ye kawan2 batunya. Pantai Batu Itam ni pantainya luas dan sering menjadi tarikan manusia yang gemarkan suasana tenang dan meriah. Meriah pantai tu dengan orang.huhu.


Haaa...! Gambar atas ni abang ai yang tangkap. berbekalkan SLR nikon d3000 dan guna A dan ISO berpatutan sehinggalah dapat menghasilkan gambar di atas. Fuhh! penat woo jadi subjek sebab if kamera tu snap pada A dan ISO yang tak tepat, kenala tunggu sampai tepat. Maksudnya kena posing dan kamera akan menangkap menangkap dan menangkap terus gambar anda .hehe. sampailah cameraman kata okey. Gambar atas ni berlatarbelakangkan batu bata laut. Abang kata ni sebenarnya dasar laut. Tapi sebab air surut sangat, jadi nampaklah batu-batunya. wink ^^