Monday, March 7, 2011
Tentang Mereka.
Wednesday, March 2, 2011
Cikgu! Cikgu!
Monday, February 7, 2011
Berat ujian ini..
Monday, October 25, 2010
Dia dan Perubahan.
Dulu.
Dia memang istimewa. Bermula dari zaman jahiliyah yang sangat mengasyikkan, lalu dia hanyut. Namun, hidayah Allah tepat datang padanya. Dia bertaubat. Insan bertaubat. Insan bertaubat ini belayar mencari teman yang baik dan soleh. Itu kemahuannya. Namun kadang-kadang, terbabas jua dia melayan teman yang 'lagha'. Lalu, segera dia muhasabah diri semula agar kembali berada di genggaman Rabbnya.Indahnya kuasa Iman dari Allah.
Hadirnya Wanita Di hatinya
Wanita. Indah suara, indah rupa. Namun,apa indah iman di dadanya?. Bermuqadimahkan dengan satu salah faham. semakin lama, dia semakin tertarik dengan wanita itu. Wanita yang, kurang indah rupa, kurang indah suara namun agamanya ada. hajat untuk bernikah terus dikhabarkan. namun, ada saja halangan yang datang. tahun demi tahun begitu. sangat kuat cabaran dan dugaan hidup yang perlu dihadapinya. Namun, itulah kuasa iman dari Allah.
Perubahan
Kematangan dalam hidup bersumberkan pengalaman-pengalaman yang dilaluinya. hidup yang hadir selepas jahiliyyah itu adalah hidup barunya. mungkin hadiah dari Tuhan. Hadiah dari Tuhan, dan ujian yang dihadapinya dalam kehidupan yang baru itu, itu juga hadiah dari Allah. Ilmu agama sangat diminatinya. terkadang lupa makan dan tidur. indahnya ilmu Tuhan.
Dia yang indah
Apabila segalanya indah belaka. Apa yang terpamer juga indah. Ilmu yang dia punya, di sebarkan dan dikongsikan dengan ramai orang. Sopan santun yang diamalkan memberi impak positif kepada semua jenis lapisan masyarakat. Moga Allah ampuni dosa-dosa lalunya.
Wanita itu dan dia
Wanita itu mungkin bukan jodohnya. Hajat bernikah tidak kesampaian kerana wanita itu tidak sanggup menunggu lama lagi. Dilihatnya lelaki itu terlalu khusyuk berkasih dengan buku-bukunya. Apakah wanita itu kurang berfikir?.
Bagi dia, kasih sayang Allah adalah segala-segalanya
Tidak mendapat kasih wanita itu tidak mengapa. Moga wanita itu bertemu dengan lelaki yang sekufu dan sesuai dengannya. Semoga itu yang terbaik untuknya. Dia, meneruskan rutinnya untuk berkasih dengan bukunya. itu lebih bermakna untuk dirinya, untuk akhiratnya.
Akhirnya...
Aku kagumi dia. Tersangat kagum. mahu jadi sepertinya dalam kuat menuntut ilmu.insyaAllah. Wallahu'alam.
Tuesday, October 19, 2010
Mari Mencari Kerja!
Saturday, October 9, 2010
Kalam Qalbu 1.
Ish! Akak ni!
"Assalamualaikum.."..
"Waalaikumussalam..."..
"Eh adik! Adik balik eh. Mak mana?"..
"Mak gi kedai.."..
"oooo..dah tu, adik watpe tu?"..
"Makan..."..slow je dia jawab..
'Pergh! Makan aje dak ni..' Getus hati si akak..
"Ish, adik ni. Asyik makan aje, gi la tolong mak kat kedai..hehe.."..
"......"...
"Adik nak tau tak? Sape yang makan banyak tapi tak kenyang2 kan, maksudnya ada cacing dalam perut dia yang makan makanan tu. Sebab tu dia tak kenyang-kenyang. Em, maksudnya cacing dalam perut adik tu banyak la kan?!..eiiii! takot! "..si akak menerangkan dengan penuh perasaan.
"Ish, akak ni! Abis tu akak Dhira tuh?". Budak kecik ni menuding jari kepada akak Dhira yang berbadan 3 kali ganda dari dia (em..em,..Dhira tu memang agak besar la badannya)..hee
"Akak Dhira tu takde cacing la maksudnya, sebab akak Dhira kalau makan cket dia terus dah kenyang..aiyook! adik...ei takot!.."..si akak berlalalala dalam hati ..hihi ^^
"Mane ada adik makan la kak, dah kenyang da ni.."..hahahahaha jawapan yang tak bole i go away!..
"Adik!.."..
"........."..senyap..
"Heloo! Aaaa! Aaaa!"..si akak ber'aaa'2 dengan nada rendah,namun hampa sebab si adik dah menyampah dengan usikan si akak. Si akak pon hape lagi...
"Yelatu, tanak cakap da la tu. Ok la, nanti minta mak tepon akak eh."..
"mmm.."..ade balik da suara walaupun kelihatan agak muram dan suram.hihi ^^
'Takot la tu' hua3..^^
Sekian saja, wassalam. [actually, sedang bergelumang dengan projek akhir. dan di sinila medan untuk me'release' tensi.huhui]
Friday, October 8, 2010
A moment with Mr. Drupal.
- PHP
- XML
- C++
- Java - Data Structure
- HTML
- Java Tech - jQuery, AJAX dll
Tentang Mr. Drupal
Berkenaan dengan incik Drupal saya ni, saya telah menggunakan beliau sebagai salah satu main tools saya fyp saya (incik Yabou jangan lupa lagi ye fyp tu ape maksudnye..haha). En. Drupal adalah salah satu powerful CMS (content management system) yang digunakan bagi meng'up'kan website yang berunsurkan plain or community or social nets dll. Seperti CMS yang lain (contoh lain utk CMS ialah joomla dan mambo) incik Drupal mempunyai orang bawahan beliau yang disebut modules (sesuaikah?haha). Sebab kalu Elgg dia pakai plug-in, begitu juga dengan Joomla.
Modifying Mr. Drupal Modules
Modules2 yang digunakan untuk membina SN (stand for social network) ada la dalam 10 or 11. Jadinya, untuk me'modify' module2 tersebut, ia nya memerlukan kepada kepakaran yang sangat tinggi (paling tidak pon moderate) dalam pengetahuan language PHP plus HTML (lagi bagus kalu expert dalam Java. wuwuwu T_T (kali ni nanges teruk).
Untuk progress developed this SN --> 50% (kesian x?) sebab?
Sebab, dari seorang saya yang low rate tentang language2 tersebut, saya terpaksa men'tabah'kan serta meng'gagah'kan diri untuk mengenali Mr.PHP dan Mr.HTML dengan telus dan ikhlas. (oh! oh! oh!). Pencarian dan pendakian dalam meneliti setiap step dalam drupal sememangnya perlu kepada ketekunan. (daripada haku yang tidak tekun ini menjadi super 'TEKKEN' haha)
Pencarian kawan baik Mr. Drupal
Agak2 sesape yang ade terbace blog ini, dan kamu iala seorang yang expert dalam CMS or Mr. Drupal tu snirik, bolela YM saya. wuwu T_T plez2! Nanti saya belanja makan RFC..hik3
Ataupun korang2 yang ade pdf or sebarang alat membantu mengajar untuk drupal tu pun sudah sangat bagus rasenye untuk di kongsi dengan saya.
Doa dan harapan
Doa saya agar awk yang bernama Sib Sib Hus tu dapat menyiapkan fyp nya on time! haaaa! Nak grade on time tak?? wuwu T_T . Korang pon tolongla doakan saya ni yang da super nazak ni (nazak ngadap FYP ye >,>)
InsyaAllah, sampai sini je dulu yeah! thanx for read this entri buruk ngee^^
Saturday, May 29, 2010
Terima Kasih awak :)

Ucapan penghargaan terima kasih tak terhingga pada awak yang sudi melayan kerenah saya yang macam budak-budak ni. (Tapi kadang2 je tu kanak2nya). Ber'chatting' dengan awak, jarang saya tak ketawa atau senyum. Pasti SENYUM atau KETAWA! Luv to chat wit u more n more. Actually, the first person i'd like to see on my friend list is U. Because i luv to chat, and i like to talk or discuss anything than to call or sms on hp. Ini jugak menyatakan bahawa saya suka menaip keyboard berbanding menaip SMS atau chatting thru phone. hihi.
Kadang2, kami berbicara santai tentang isu semasa, isu sewaktu dolu2 atau isu sekarang. Mostly, ingat mengingati dengan santai tentang apa jua peringatan. i luv that! chat wit u, sometimes it remind me to the old u that actually not u at all. Apa pun, terima kasih tak terhingga pada awak! hihi Jangan bosan tuk chat dengan saya lagi ya!
Nota kaki:
Ini tiada kaitan dengan soal hati dan perasaan yang menjerumus kepada perkara yang serius. Tetapi ini lah soal persahabatan, saling faham memahami sehingga buat kita jadi selesa untuk bebicara dan menyelesaikan masalah.Tidak terbatas utk masalah peribadi sahaja. insyaAllah..(^^,)
FRIENDS FOREVER..yeah!
He is.. [final]
Di dalam biliknya Sofea meniarap menghadap dinding katilnya. Matanya terpaku tajam pada dinding katil itu. Kalaulah mata Sofea ade api, mungkin sudah terbakar dinding katil itu. hihi...
Sofea memikirkan tentang criteria apakah yang ada padanya yang menyebabkan Safiuddin jatuh hati padanya. Namun lama-kelamaan fikiran itu terbang jauh sehingga membawa Sofea ke alam tidurnya.
Safiuddin terlihat isterinya dengan penuh rasa cinta dan sayang, walaupun isterinya tidak begitu padanya. Safiuddin tersenyum teringatkan kisah lima tahun lalu, dan sekarang gadis itu telah sah menjadi isterinya.
‘Alhamdulillah’, bisik hatinya..
Safiuddin menghadiahi tidur Sofea dengan sebuah kucupan sayang di dahi Sofea. Dan tidak semena- mena Sofea senyum dengan mata yang tertutup.
‘Ingat mimpi la tu…’ bisik hati Safiuddin..
Berlainan kisahnya dengan Sofea yang sedang enak di alam mimpinya. Di sana, dia berlari-lari bersama Saifuddin seperti sedang bermain lumba lari dan akhirnya Saifuddin memenangi perlumbaan itu. Sofea hanya ketawa dan gembira walaupun kalah. Dia terasa penat dan puas.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Safiuddin dan Sofea, kisah dua insan yang tidak melalui zaman cinta remaja. Tetapi melalui zaman cinta di alam rumahtangga. Dari Sofea yang tidak mengenali Saifuddin, akhirnya menjadi Sofea yang begitu menyayangi dan mentaati Saifuddin. Bagi Sofea…
He is ….Saifuddin yang sememangnya dia tidak pernah kenal dan akhirnya menjadi suaminya.
Mereka melayari hari-hari mereka dengan penuh kebahagiaan berpaksikan panduan dari Al-Quran dan As-Sunnah.
“Semoga Allah redha dengan kita ye sayang…”, bicara Saifuddin sambil mengucup dahi Sofea..
“Ye abang….”, terzahir sudah perkataan abang dari mulut dan hati Sofea…
Ameen…. Happy!