Lilypie

Tuesday, September 13, 2011

Matri dan berita kematian.

Aku dan MATRI. Dahulu di situ tempat aku belajar. Tempat aku bermain. Tempat aku berlaku nakal. Oh!. Aku gembira di sana. 5 tahun aku menimba ilmu dan pengalaman di sana. Aku bahagia. MATRI bagaikan rumah ketigaku selepas rumah dan kampungku. Walau tiada ikatan keluarga namun insan-insan di sana sentiasa punya ukhwah Islam yang sentiasa hangat mengalir dalam tubuhku.

Hari ni. Emak call aku. Mengatakan MATRI ditimpa kejadian yang meyedihkan. Emak kata darahnya berderau mendengarkan berita. Kerana ia melibatkan kematian insan-insan dari MATRI. Allah. Dari Engkau kami datang, dan kepada Engkau kami kembali. Aku cukup sedih. Salam takziah untuk ahli keluarga mangsa. Semoga arwah diletakkan bersama para solihin di sana.

Cerita kematian untuk muhasabah diri.

Wednesday, September 7, 2011

[Photo Shoot] Photo Story

Gambar ni. Antik. Haha. Candid by Angah kot. :) Ni gambar masa Tok Wan ngan adik beradiknya sedang rancak berkongsi cerita. ;) Jom eratkan silaturrahim!

Sunday, September 4, 2011

Outing Pantai Batu Itam,Pahang . [Photo Shoot]


"Dam dam dum! Bunyi merecun..hoho" itulah sebaris lagu raya yang sudah lali didengari oleh telinga mulus kita tu.keh3.kali ni ai pos tentang photo shooting kami di beberapa buah tempat di atas bumi Ilahi ini. Untuk photo shoot ini, kami outing ke Pantai Batu Itam. Memang hitam ye kawan2 batunya. Pantai Batu Itam ni pantainya luas dan sering menjadi tarikan manusia yang gemarkan suasana tenang dan meriah. Meriah pantai tu dengan orang.huhu.


Haaa...! Gambar atas ni abang ai yang tangkap. berbekalkan SLR nikon d3000 dan guna A dan ISO berpatutan sehinggalah dapat menghasilkan gambar di atas. Fuhh! penat woo jadi subjek sebab if kamera tu snap pada A dan ISO yang tak tepat, kenala tunggu sampai tepat. Maksudnya kena posing dan kamera akan menangkap menangkap dan menangkap terus gambar anda .hehe. sampailah cameraman kata okey. Gambar atas ni berlatarbelakangkan batu bata laut. Abang kata ni sebenarnya dasar laut. Tapi sebab air surut sangat, jadi nampaklah batu-batunya. wink ^^

Monday, August 15, 2011

Ramadhan Mahu Syawal Juga Mahu?


Kelihatan ramai orang sedang berpusu-pusu menuju ke gedung-gedung pakaian kerana tidak mahu ketinggalan membeli pakaian baru dan cantik buat menemui Syawal nanti. Tidak kurang juga mereka yang sedang bertungkus-lumus menggaul dan menguli tepung untuk berbiskut dan berkuih tatkala Syawal nanti. Namun, apa sudah kita menggaul dan menguli ibadah kita di dalam bagi memperbanyakkan ibadah dan mencantikkan Ramadhan kita ini?Cukupkah? Sudahkahkita berpusu-pusu mengejar untuk membaca dan menghayati Al-Qur'an kita? Allah. Memang lemahnya diri kita ini. Ketahuilah! Tiada makna Syawal kita andai Ramadhan kita tidak hebat. Allahuakbar! Ya Allah, pengangilah hati2 kami agar sentiasa berada di landasan yang benar yang ingin sentiasa ada bersamamu..

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah s.a.w yang sedang menaiki mimbar, lalu Baginda menyebut "amin" sebanyak tiga kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut "amin" sebanyak tiga kali?

Rasulullah s.a.w menjawab bahawa Jibril datang ketika itu dan berdoa. Sangat kecewa dan rugilah bagi:
1. Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat atasnya.
2. Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
3. Orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya.

"Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya azabNya sangat pedih"

Mari renungkan dan amalkan :)

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem!

Rumah ini. Dihuni oleh insan-insan yang baru berumahtangga. Pemilikan telah ditinggalkan hampir 3 tahun lebih. Agak lama. Hari ini 1 Ramadhan, 1 Ogos. Subhanallah. Bulan ini bulan ulangtahun hari lahirku. 24 hari lagi. Apakah tulisan ini perlu? Nampak mendatar saja kah?. Sedikit ucapan ingin aku tujukan buat muslim muslimat di luar sana, Selamat Menyambut Ramadhan Kareem dengan penuh beriman dan bertaqwa. Agar ramadhan kali ini kita penuhi dengan hiasan ibadah kita. Ameen :) Sekian wassalam.

Thursday, July 28, 2011

Cameron Highlands Ziarah!

blogger-emoticon.blogspot.comCameron Highlands Ziarah.Ye! Memang ai teruja dengan percutian ai dekat Cameron Highlands ni. Ai saje nak kongsi dengan diari digital ai ni. Walaupun ai tawu ade orang2 kat luar nun datang pergi Cameron berkepuk-kepuk kali. Huh! Walau pon ni first time ai, namun ai rase bersyukur sgt sebab Allah izinkan ai jejak kaki ke situ. husband ai cakap, "Nikmat yang Allah bagi tu adalah rasa sayang Allah pada kita. Manakala solat tu, bertasbih tu, bertahmid dan bertakbir tu adalah tanda rasa syukur kita pada Allah, sudahkah anda berbuat demikian pada hari-hari anda?" Gedebukk! blogger-emoticon.blogspot.com Bagi ai, ai masih belum cukup lagi. Mari kita kejar pahala dan redha Allah ye!

Muqaddimah
Asalnya si Abg tak nak pun pergi Cameron, sebab dia kata dah pernah pergi dengan keluarganya. Maklumlah, Raub-Cameron 2 jam je. Then, pujuk punya pujuk dia pun bersetuju untuk pergi. Kami pun bersiap-siap bagai untuk bertolak ke sana. Bawak dslr d3000 (pinjam family die..hik3), bawak baju basahan, bawak bunya kahwin, baju sejuk dan bawak diri <3 ni penting woo....

Monday, July 18, 2011

Ketawa itu bahagia?

Siapa bilang ketawa itu bahagia? Siapa bilang mentertawakan itu bahagia? =.=" Aku menggalas seribu satu ujian yang diberi Allah untuk menjadikan aku insan taqwa dan insan rabbani. Hanya dengan lafaz hati antara mahu atau tidak sahaja untuk melalui ujian penuh ranjau dan duri. Aku ketawa bukan erti aku bahagia tetapi itu adalah faktor untuk aku melaluinya hari-hari aku. Manusia punya banyak ragam. Ada yang orang suka dan ada yang tidak suka. Namun percayalah wahai manusia bahawa suka dan tidak suka itu adalah ujian Allah untukmu. Usah membenci kepada manusia lain atas sikapmu yang begitu. Kerana kamu bukan Allah dalam menghukum manusia itu penipu dan berlakon. Itu hanya mainan hidup. Andai Allah ada dalam hatimu, itu takkan menjadi peganganmu. Saling menyalahkan itu bukan sangkaanmu. Bersangka baik kepada Allah atas setiap kejadian yang berlaku. Aku tetap aku. Ketawa aku bukan bahagia. Dan bahagia itu bukan ketawa.

Peringatan buat diriKU yang lupa.

Wednesday, July 6, 2011

Kamu tiada kawan??

Jam 6 petang. Hp Abg berbunyi. Dia angkat. Rupanya adiknya, Naqiah. Dia menelefon Alongnya hanya kerana ingin mengajak abangnya berbual. Naqiah atau panggilan manjanya 'Yah' adalah seorang anak yang agak manja. Dia adalah anak perempuan bongsu. Bersekolah di sebuah sekolah yang agak famous di dalam negeri Pahang itu. Nama sekolah tu, TAHAP. Yah ni, mempunyai satu masalah besar (Yah tu la ngadu) tapi bagi kami kecil je huhu iaitu, dia tidak mempunyai kawan di sana. Tiap hari dia akan menelefon Alongnya. Maka, Alongnya pun pas la Hp ke akak iparnya ni..

Monday, July 4, 2011

Main Ketawa Ketawa!

Salam. Saya Sibhus. Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah. Dapatlah tangan ini bergerak menekan keyboard laptop ni untuk saya mencoretkan cerita-cerita buat dikongsi bersama pelawat2 blog saya ini. ngee^^. Adela satu hari tu saya jalan-jalan kat satu blog ni lepas tu ayat yang saya tertarik nak baca tu dia tulis gini :

"Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja."