Tuesday, July 19, 2011

Rutin Haku Semenjak Bergelar Zaujah, ouch!

Zaujah ni membawa erti isteri. Isteri dalam istilah arabnya zaujah. Aku nak pakai nama zaujah sebab style sikit la. arabic2 gituh.kuikuikui.Semalam aku bedah buku (sikit jek) dengan zauj. Tajuknya 'Istriku Bidadariku-Agar menjadi Istri yang Didambakan Suami' karangan Isham Muhammad Asy-Syarif, buku ni dia dedikasikan untuk anak kesayangan dia jugak namanya Sarah yang bakal berkahwin agaknya. Lepas tu kami bedah punya bedah adelah penulis tu cakap, untuk nak jadi zaujah solehah ni ada beberapa petunjuk belajar, iaitu ada tiga tingkat. Bila aku baca je tingkat pertamanya tu, wallah! berkerut-kerut dahi aku dangan zaujku membacanya. Yang Zauj aku ni baca sampai tergeliat lidahnya, sebab kitab yang penulis minta baca tu kami tak pernah dengar dan tak pernah baca. Di bawah saya senaraikan tingkat pertama:

1. Al-Qur'an
a. Menghafal "Juz 'Amma" serta mengetahui tafsir dan tajwidnya, dari tafsir Ibnu Katsir. [Ni ade]
b. Kitab "Rawai'u Al-Bayan fi Tafsiri Al-Ahkam" karya Syaikh Muhammad Ali Ash-Shabuni , juz 1, Muhadharah 1-20.
2. Dzikir dan Doa
"Shahih Al-Kalim At-Thaayyib" karya Syaikh Nasiruddin Al-Albani.

3. Hadits
" Qawa'id wa Fawaid min Al-Arba'in An-Nawawiyah" karya Nazhim Sulthan hal. 1-13. Atau kitab "Idhah Al-Ma'ani Al-Khafiyyah fi Al-Arba'in An-Nawawiyah" karya Muhammad Tatay.

4. Fiqih
"Fiqh As-Sunnah" karya Sayyid Sabiq, dari awal kitab sampai bagian akhir bab dua shalat 'ied. [Ni ade]

5. Sirah Nabawiyyah (Sejarah Nabi SAW)
"Waqfat Tarbawiyyah ma'a As-Sirah An-Nabawiyyah" karya Syaikh Ahmad Farid rahimahullah, hal. 1-134.

6. Aqidah
a. Risalah "Tathiru Al-Janan wa Al-Arkan 'an darani Asy-Syirki wa Al-Kufran" karya Syaikh Ibnu Hajar Alu Buthami.
b. "Al-Iman" karya Muhammad Na'im Yasin.
c. "Da'wah At-Tawhid" karya Syeikh Muhammad Khalil Harras.

7. Buku-buku yang berkenaan dengan hati.
"Al-Jawabu Al-Kafi liman saala 'an Ad-Dawai As-Safii" karya Ibnu Al-Qayyim Al- Jawziyyah, hingga akhir pembahasan "Fawa'id Ghadhdil Bashari"

8. Dakwah dan Pemikiran
a. "Hal Nahnu Muslimun" karya Muhammad Quthb.
b. "Ushul Ad-Da'wah" karya Abdul Karim Zaidan, hingga akhir pembahasan keempat.

9. Buku-buku Khusus Wanita
a. "Fatawa Al-Mar'ah" karya Syaikh Ibnu Utsaimin.
b. "Al-Kalimatu An-Nafi'ah li Al-Akhawati Al-Muslimati" karya penulis.
c. " Awdatu Al-Hijab" karya Muhammad bin Ahmad bin Ismail juz. 1.
d. ""Az-Ziyarah baina An-Nisa'" karya Khaulah Darwisy.
e. Risalah "Fatayatani baina At-Taghrib wa Al-'Ifaf" karya Nashir Al-Umar.
f. "Al-Mutabarrijat" karya Zahra' Fathimah binti Abdullah.

Haaa! Tu dia! Memang banyak buku dan setiap aspek lah buku-bukunya. Kami ada 2 jenis jek dari berbelas tu. Aku cakap kat zauj ai, mana nak cari buku2 nih, dia kata, takpa nanti dah berduit sikit kita gi cari buku2 nih kat Indonesia. Sebab buku yang kami baca ni dari Indonesia. Buku bestseller. Apa yang aku nak share kat sini ialah, untuk menjadi solehah ni kena ada ilmu. Memang penting banget la ilmu tu. Ilmu Da'wah, Al-Quran, Aqidah, Hati dan lain-lain. Sebab isteri solehah tu bukannya, bangun kemas tempa tidur, masak di dapur, mandi dan kemas rumah sahaja tapi banyak sangat aspeknya selain dari menjaga kehormatan diri dan maruah suami semua tu la. Allahuakbar!!! Besar woo cabarannya. hik3 . okelah, nak housekeeping then try to read a book .ngee^^

Peringatan untuk diriKU yang lupa

0 butir bicara: